Bila dah terlalu lama tak masuk hutan, mata tak melihat pokok-pokok besar dan tinggi, telinga tak mendengar bunyi unggas di hutan, hidung tak mencium bau hutan...jiwa jadi tak tenteram. Rindu kah? Hahaa...
Untuk mengubat rasa, jomlah kita menuju ke Kuala Pilah. Tak berapa jauh dari rumah saya, tak perlu tenaga yang banyak sebab tak manjat bukit/gunung, cuma duduk dalam kereta dan nikmati keindahan alam! Kalau hari Sabtu, bolehlah terus ke Pasar Tani Kuala Pilah.
JALAN LAMA BUKIT PUTUS
Laluan lama Bukit Putus yang sunyi ini menyajikan keindahan tersendiri. Matahari jam 8.25 pagi menyinar indah di sebalik rimbunan pokok. Udara terasa segar dan sejuk (saya suka turunkan cermin tingkap kereta bila berpeluang lalu sini pada waktu pagi). Di sebelah kanan tu Hutan Simpan Angsi, tak masuk hutan dapat lalu tepi hutan pun bolehlah kan..hehe.
TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL
Niat asal cuma nak makan-makan di kedai tepi jalan sambil menikmati pemandangan petak sawah dan perbukitan yang menjadi latar di sini. Tapi, tiba-tiba rasa nak meninjau di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul pulak. Dah terlalu lama tak ke sini walaupun akhir-akhir ni agak selalu ke Kuala Pilah. Kali terakhir rasanya lebih 10 tahun lalu, masa saya tinggal di Juasseh. Nak ke sini mudah sangat sebab ia terletak di tepi jalan besar Jalan Seremban-Kuala Pilah.
Ada disediakan kolam, lebih mudah dan lebih selamat untuk yang membawa anak kecil. Masih terlalu awal (belum pun jam 9 pagi), tempat ni belum ramai pengunjung. Tapi dah kelihatan beberapa pengunjung dewasa dalam kolam tu. Untuk info, tempat ni dibuka mulai jam 7 pagi.
Kolam tadi di bahagian depan, kami bergerak ke dalam lagi. Alhamdulillah tergerak hati nak meninjau sini. Rupanya ada 'sajian' buat saya. Pemandangan indah, udara segar dan bunyi aliran air sungai, semuanya cukup memberi ketenangan! Pengunjung pun belum ramai, cukup aman nak menikmati alam semulajadi dan mudah untuk saya ambil gambar.
Untuk yang suka aktiviti perkhemahan, boleh pacak khemah di kawasan ini. Ada dua kawasan tapak perkhemahan dan ini salah satu darinya. Menurut info yang saya dapat, sewa tapak cuma RM5 dan untuk penggunaan tandas caj RM1/sehari/seorang. Kawasan ni nampak menarik dan bersih. Tapi sunyi sebab cuma kelihatan satu keluarga kecil je yang sedang berkhemah. Teringin jugak nak berkhemah di sini, tapi seram pulak malam-malam kalau sunyi sangat kan? Keluarga kami ni pulak kecil sangat - berdua je. Huhu..
Penggemar aktiviti mendaki? Boleh daki Gunung Angsi ikut laluan ini (mula masuk sebelum jam 9 pagi sahaja), atau boleh ikut laluan di jalan lama Bukit Putus. Bayaran permit RM5.
Lagi pemandangan yang membuat saya tersenyum bahagia.
Sebuah ketenangan...SubhanAllah.
Replika keris - pada replika keris ini ada disertakan catatan sejarah Hutan Lipur Ulu Bendul.
Menarik kan? Ayat tu yang menarik, bukan tong sampah ya!
Sebenarnya, ada lagi yang menarik perhatian saya. Tapi cukuplah gambar-gambar di atas untuk catatan kali ini. Kesimpulannya, Taman Eko Rimba Ulu Bendul memang menarik sebab ada kemudahan lengkap dan banyak pilihan aktiviti. Cuma, masih ada sampah (termasuk lampin pakai buang) yang bersepah di tepi sungai. Sebaiknya, kita selaku pengunjung mesti bertanggungjawab bawa keluar segala sampah sendiri dari kawasan rekreasi begini. Barulah kawasan rekreasi kita bersih dan terhindar dari penyakit kencing tikus (leptospirosis).
Ada lagi aktiviti lain di sini - lawatan ke Taman Ular. Tak jauh pun dari sungai/kolam tadi, sebab ia memang berada di kawasan yang sama di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Tapi kami tak masuk, jadinya takde catatan lanjut mengenai Taman Ular.
KEDAI MAKAN AIN
Dah penat jalan-jalan di Hutan Lipur Ulu Bendul, kita pergi makan pulak lah...
Nasi Lemak sedap! Tu rendang ayam campur daun maman.
Kedai makan yang kerap kami singgah setiap kali ke Kuala Pilah - Kedai Makan Ain. Sebab Nasi Lemak dan lauk pauk di sini memenuhi selera kami. Lagi satu, ada ruangan untuk kita parkir kereta dengan selamat. Makan pulak sambil melihat hijau alam, memang bertambah sedap! Kedai ni terletak berhadapan simpang masuk ke Seri Menanti.
cantik sangat kak, dah lama sangat dana tak sampai taman eko rimba ulu bendul tu, dulu masa awal2 kawin rajin la ke situ jenguk kawan kat situ, lepas ada kes menyayat hati kt air terjun ulu bendul tu terus dana tak pernah sampai dah... sampai skrg nih
ReplyDeleteAlahai..mesti kes yg sgt meninggalkan kesan kat Dana.
DeleteSubhanallah cantik semua.. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSama2 😊
DeleteCantiknya sungai dia.
ReplyDeletesubhanallah keindahan alam semulajadi. paling saya teruja, rendang ayam campur daun maman. wah!
ReplyDeleteSrnk skali skala kenhutan kn.. hehe
ReplyDeleteSubhanallah, cantik sungguh...
ReplyDeleteDekat juga dekat rumah tapi tu lah bila tempat dekat sebenarnya kurang nak pergi. Dah lama tak singgah, last singgah hiking angsi dan bawa anak buah mandi kolam je. Tapi ulu bendul ni memang best lah.
ReplyDeletesungguh lama aida x ke ulu bendul ni. dulu kala time kanak2 lagi.
ReplyDeleteanak2 aida x pernah lagi jejak kaki ke sini meskipun dekat jer.
sgt indah ekk.
ada plak swimming pool.
ada pilihan nak mandi mana kan, pool or sungat semulajadi.
Assalamualaikum Cik Ujie. Kalau saya nak guna salah satu dari foto di atas untuk video Youtube saya boleh tak?
ReplyDeleteWa alaikum salam, boleh.
Delete