Aktiviti yang dah lama teringin nak buat, tapi tak terlaksana - berkhemah. Semasa saya di zaman remaja dulu memang agak biasa berkhemah, samada di dalam hutan atau di tepi pantai/jeram. Kalau di hutan tu sebab melakukan aktiviti pendakian yang bermalam, paling lama selama 3 malam sewaktu mendaki Gunung Stong, Kelantan dan bersambung pula 1 malam di Gua Ikan. Lebih banyak cabaran ditempuhi, lebih banyak kenangan yang tercipta.
Kini setelah lebih 20 tahun, saya kembali melakukan aktiviti berkhemah. Tapi sudah tentu caranya tak sama seperti zaman remaja. Zaman khemah satu lapis, tidur tanpa alas dan berbantalkan backpack. Bila hujan, menggigil sejuk dan basah dalam khemah yang banjir. Bila ribut, tak menang tangan menahan khemah yang dah macam nak terbang. Zaman duit tak berapa ada, semuanya berjimat dan ringkas je.
Riverside Janda Baik, Pahang | 16 - 17 November 2019
Masya Allah...cantik sangat dan cukup menenangkan! Saya jadi sangat teruja masa mula-mula sampai sini, tak sabar nak celup kaki dalam air tu. Masa kami sampai ni awal pagi (sekitar jam 8.30 pagi) sebab nak pastikan dapat pondok pilihan (di sini ada banyak jenis pondok). Sementara orang belum ramai, cepat-cepat saya ambil gambar sana-sini.
Akhirnya...khemah yang saya dan suami beli lebih setahun lalu dapat juga digunakan. Lama dah menyimpan hasrat tu kan, Alhamdulillah kali ni terlaksana. Sebagai permulaan dan tanpa kelengkapan yang cukup, kami memilih untuk berkhemah di Riverside Janda Baik. Kami pilih untuk mendirikan khemah di pondok ni. Dah tak perlu risau kalau hujan nanti banjir ke apa kan. Untuk pondok ni, bayaran RM40/bermalam dan RM20/balik hari.
Pandangan dari dalam khemah kami. Saya suka!
Pengunjung dah mula ramai, hampir semua pondok dah ada yang punya. Meriah dengan gelagat kanak-kanak bermain air, tak ketinggalan juga yang dewasa (termasuk kami..haha). Air memang sangat sejuk dan menyegarkan.
Sungai ni ada banyak batu di bawah dan aliran agak deras. Tapi tidaklah berapa dalam. Sesekali kita kena ke tepi sebab ada pengunjung sedang melakukan aktiviti 'water tubing'. Alah...duduk atas pelampung besar sambil di bawa arus sungai tu. Seronok tengok!
Tak kan tengok je orang ber'water tubing' kan? Kami akhirnya tergoda nak mencuba. Tapi kami tunggu sebelah petang, waktu pengunjung dah berkurangan. Kurang segan dan kurang mengganggu pengunjung lain yang sedang asyik bermain air.
Kami sewa pelampung hijau besar tu di sebuah gerai yang terletak berhampiran jambatan (perlu berjalan kaki ke depan lagi dari lokasi khemah kami). Kadar sewa RM10 untuk 2 jam. Deposit RM10 dikenakan.
Gambar kami ber'water tubing' memang takdelah, sebab dua-dua pun masuk dalam air kan. Tapi memang aktiviti yang sangat-sangat seronok! Juga sedikit mencabar bila kadang-kala pelampung tersangkut di bahagian berbatu. Masa pertama kali buat aktiviti ni, saya (pelampung saya) lalu di sebelah seorang kanak-kanak perempuan yang peramah. 'Makcik..makcik jangan pergi sampai chalet yang hujung tu tau. Dalam.' Lebih kurang begitu dia berpesan. Ya Allah, tersentuh hati saya. Dan selepas itu setiap kali pelampung saya lalu di kawasan dia bermain air, dia akan memanggil 'makcik..makcik' sambil tersenyum melambai. Hihi...anak sendiri takde, anak orang bersorak kat kita pun dah rasa seronok.
Sewa untuk 2 jam, tapi kami cuma guna selama 1 jam lebih. Dah keletihan dan rasa cukup puas main air. Tambah penat sebab nak kena angkut pelampung besar tu ke tempat di mana kita nak bermula → naik atas pelampung untuk water tubing → stop sampai kawasan pilihan → angkut lagi. Begitulah berulang-ulang sampai puas ber'water tubing'. Harap-harap fahamlah apa yang sedang saya cuba sampaikan ni ya. Hahaa..
Malam pun tiba...ada sedikit debaran dalam keterujaan, disebabkan ini adalah pengalaman pertama kali tidur dalam khemah (setelah lebih 20 tahun tak berkhemah). Tiada pengunjung lain yang bermalam di pondok sebelah kami, tapi ada pengunjung lain selang beberapa pondok dari kami. Tak rasa takut sebab lampu disediakan dan kedudukan kami cuma di tepi jalan. Bukan dalam hutan pun.
Selepas solat di surau, kami memerap je dalam khemah. Badan pun mula rasa lenguh-lenguh dek aktiviti water tubing petang tadi. Saya berehat sambil menikmati nyanyian alam - bunyi cengkerik, deruan aliran sungai dan rintik-rintik hujan gerimis yang menimpa dedaun. Cukup mendamaikan! Lena ke tak malam tu? Saya tak lena sebab rasa tak selesa badan tidur tanpa alas tebal. Suami tidur lena je macam biasa..hehe. Tapi memang sedap tidur sebab langsung tak panas walaupun takde kipas.
Pagi yang indah! Walaupun baru jam 8 lebih, dah ada pengunjung yang datang bermain air. Termasuklah kami yang 'menyeksa diri' masuk dalam air sungai sejuk ni, sebabnya kami nak bergerak balik pagi ni jugak. Sebelum balik, harus main air dulu.
----------------------------------------------------------
Jenis penginapan dan pondok yang ada di Riverside Janda Baik. Siap mintak dari staf pejabat, senang saya nak rujuk akan datang. Untuk pondok tak boleh booking, konsep siapa cepat dia dapat. Bayaran terus buat di pejabat sebelum menggunakan pondok.
Yang bermalam di pondok akan dapat kertas notis ni. Patutlah aman je sepanjang berada di sini, rupa-rupanya memang ada peraturan.
Info lain - surau, bilik mandi/tandas dan restoran ada di seberang jalan. Boleh parkir kenderaan kita di belakang pondok. Ruang parkir yang luas juga ada di seberang jalan. Tempat BBQ ada disediakan di setiap pondok. Pendek kata, secara keseluruhannya saya berpuas hati dan nak datang lagi dengan membawa tambahan kelengkapan (setelah percubaan pertama ni, baru tahu apa lagi yang perlu di bawa).
RIVERSIDE JANDA BAIK
Lot 5506, Jalan Sum-Sum Hilir,
Kg. Janda Baik, Bentong,
Pahang.
Fb : Riverside Janda Baik
No. H/P : 019 948 3100 (WhatsApp sahaja)
Hakak belum pernah lagi berkhemah mcm tu Ujie... rasanya hakak ni bukan jenis org yg adventure kot...kalau mcm tu pun tak suka apa tah lagi panjat gunung. Memang taklah rasanya kecuali kena hukum bunuh hihi...
ReplyDeleteTapi yelah kan kita sendirilah yg kena mencipta bahagia betul tak.... kalau lalui benda sama je boring jugakkann
Kecuali kena hukum bunuh kak ya...😂
DeleteTakpe kak, minat tak sama. Kot sama semua org, bosan hidup 😅
Bestnya sungai dia
ReplyDeleteMmg best Wak 😊
Deleteaktif jugalah kak Ujie di zaman muda mudi ya.ehe..dgr cerita janda baik mmg seronok kalau pergi untuk dapatkan kedamaian.. bape jkali dah plan dgn kawan2 kerja nka ke sini.tp berlangsung lagi plan ny..hehehe
ReplyDeleteKalau plan ramai2 selalu lambat nak jadi 😄
Deletecantiknye lahai tempat ni
ReplyDeletenampak tenang sangat
dah berzaman bercita2 nak pegi lepak camping camnih, lepas ni kene terjah jugak ni
Ni pun..lps setahun beli khemah..baru jadi plan nya 😄
DeleteSeronoknya aktiviti macam ni. Saya pun dah lama tinggal zaman camping-camping. Tapi takdelah sampai mengikut team-team aktif yang naik yong belar, gunung ayam, gunung stong.. Pernah sewa chalet di RIVERSTONE 1 malam.. memang nyaman suasana kat sini..
ReplyDeleteNyaman..mendamaikan jiwa ☺
DeleteSeronoknya tidur dalam pondok tepi sungai. air sungai pun jernih je seronok lah mandi tak kisah sejuk sekalipun. Nice place lah untuk family bercuti
ReplyDeleteBetul..nak dtg picnic je pun sesuai sgt.
Deletesubhanallah. cantik nya view. terasa macam nak masuk terus ke dalam gambaq. huhu
ReplyDeleteTq Ujie utk post ni. Saya baru nak pergi sini minggu depan. Takpernah lagi bawak anak2 pergi chalet tepi sungai.
ReplyDeleteSama-sama Lyd.
DeleteSyoknya! Sederet pondok kami berkhemah tu ada 2 buah chalet. Memang seronok kalau stay situ. Selesa berbanding tido khemah. Selamat bercuti-cuti tepi sungai Lyd 😀