Tuesday, 12 November 2019

Dilema Pengundi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

Minggu lepas Mak saya menelefon dari kampung, semata-mata nak berbincang mengenai siapa yang patut diundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai. Sebelum itu, sudah beberapa orang wakil parti datang ke rumah Mak untuk menjalankan kempen.

Jika pilih calon Barisan Nasional (BN), bermaksud terpaksa mengundi Wee Jeck Seng dari MCA (baca : Cina). Jika pilih calon Pakatan Harapan (PH), akan mengundi Karmaine Sardini tetapi ada DAP (baca : Cina) disebaliknya. Mak saya berada dalam dilema untuk membuat pilihan.

Dan mungkin ini juga adalah dilema kebanyakan pengundi Melayu di sana. Ramai menolak PH sebab adanya DAP yang dilihat sebagai 'parti Cina yang jahat'. Mengundi Karmaine Sardini ibarat bersetuju dengan DAP. Nampaknya DAP merupakan satu liabiliti kepada PH.

Mak bertanya saya lagi, apakah sebaiknya beri undi kepada calon BERJASA - Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz? Iaitu sebuah parti serpihan PAS (baca : Melayu Muslim).


Merungkai Persoalan
Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, saya juga merupakan pengundi untuk Parlimen Tanjung Piai. Saya kemudiannya menukar alamat kad pengenalan dan seterusnya menukar pusat mengundi mengikut lokasi saya menetap kini (di Negeri Sembilan).

Saya cuba membayangkan jika saya masih menjadi pengundi di sana, siapakah yang harus saya beri undi? Saya juga mengalami dilema. Namun pilihan harus tetap dibuat berpandukan beberapa perkiraan mengikut situasi semasa.

Jadinya, saya katakan kepada Mak saya perkara berikut :
  1. Daripada 6 orang calon, kita ketepikan 4 calon. Iaitu 2 Bebas, GERAKAN dan BERJASA. Atas alasan 4 calon tersebut 'tiada kekuatan', kerana mereka bukan dari parti gabungan seperti BN dan PH. Harapan untuk menang adalah tipis, jadi jangan membazirkan undi untuk calon yang hampir pasti tidak menang.
  2. Tinggal 2 calon iaitu BN dan PH. Maka untuk PRK kita pilih saja calon dari parti yang sedang memerintah, tanpa mengira bangsa dan agamanya. Alasan saya, jika wakil kita berbeza parti dengan parti yang memerintah, tentulah sedikit sebanyak timbul kesukaran untuk membawa suara dan memajukan kawasan.
  3. Jika sekiranya ini adalah PRU, maka pilihlah mengikut parti yang kita mahukan dia berkuasa untuk mentadbir negara.
Sudah tentu di dalam Islam jika kita menghadapi dilema, kita dianjurkan melakukan solat istikharah. Tetapi dalam masa yang sama kita juga harus memikirkan pertimbangan yang terbaik. Saya sekadar memberi pendapat, apa pun jua pilihan Mak itu menjadi hak beliau.

Paling penting, jangan lupa bahawa negara kita adalah negara demokrasi. Tidak ada sesiapa yang berhak memaksa kita mengundi calon mana pun, dan tidak ada sesiapa yang berhak marah jika kita tidak mengundi calon mana pun. Perbuatan seseorang menghina individu lain atas undian yang dibuat, menunjukkan kegagalannya memahami konsep demokrasi.

----------------------------------------------------------
Senja di Tanjung Piai Resort pada 12 Oktober lalu, saya dan sebahagian ahli keluarga datang ke sini untuk makan malam dan meraikan ulang tahun kelahiran Mak yang ke-71.

Mak saya seorang yang mudah dibawa berbincang dan mudah memahami. Tengoklah, sampaikan nak mengundi pun diajaknya saya berbincang...hehe. Tak cukup melalui panggilan suara, bersambung pula di WhatsApp (Mak belum mahir menaip, jadinya Mak menggunakan 'voice messages').


6 comments:

  1. betul cara akak tu, dana pun sokong... kesian jugak mak akak pening mikir
    nasibla dana bukan mengundi kat tanjung piai, kalau tak mesti abah dah call suruh balik.

    suka jalan2 kat tanjung piai bila balik kg...

    ReplyDelete
  2. dah boleh penganalisis politik..

    undi adalah rahsia dan setiap undi amat bernilai untuk menentukan maju mundurnya sebuah negara..

    jalan terbaik undilah calon yang dimninati

    ReplyDelete
  3. Betul juga pandangan puan. Saya pun boleh terbuka minda bila membacanya.. Boleh jadikan nasihat yang baik

    ReplyDelete
  4. Pandai anak makcik memberi cadangan yang bernas.
    Semoga makcik dapat membuat pilihan yang bijak.. ;)

    ReplyDelete
  5. mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****