Semasa di Riverside Janda Baik tempohari, saya dan suami tak memasak sendiri pun. Kami pun tak bawa kelengkapan memasak, maklum je baru pertama kali berkhemah. Tambahan lagi, dapat tau di Janda Baik ni tak susah cari tempat makan.
Kami makan tengahari dan malam di restoran Riverside Janda Baik. Manakala untuk sarapan pagi, selama dua hari kami bersarapan di Restoran Kopi Ladang yang terletak tidak jauh dari Riverside Janda Baik.
Kami antara pelanggan yang paling awal datang pada pagi Ahad, kedai masih lengang. Masa ni sekitar jam 7.30 pagi. Tapi tak lama pun begini, kedai ni dah mula dipenuhi pelanggan.
Semalamnya (Sabtu) kami berdua makan Nasi Lemak, harini saya try Roti Goyang.
Kopi Ladang - Kopi Panas dan Kopi Ais, minuman istimewa di sini sebab pokok kopi ditanam dan diproses sendiri. Ada kebun kopi di belakang kedai ni. Rasanya? Menepati citarasa saya 😋.
Kos makan sarapan kami.
Satu masalah di sini yang ketara adalah ruang parkir yang sangat-sangat terhad. Susah payah jugak la kita nak parkir dan keluar dari parkir 😅.
-------------------------------------KOPI LADANG RESTAURANT
Lokasi :
Lot 6503, Kampung Janda Baik,
Bentong Pahang.
Waktu operasi :
Jumaat (11 pagi - 7 malam)
Sabtu (7.30 pagi - 8 malam)
Ahad (7.30 pagi - 7 malam)
Harga boleh tahan
ReplyDeletemmg terasa mahal pun wak..huhu
Deletemenarik kedainya, mesti harum lain macam sebab proses sendiri...
ReplyDeleteharga dia ok lah walaupun agak mahal...
ya, mula2 rasa mahalnya kopi.
Deletelepas tu fikir balik, dengan rasa dan rupa...mmg hampir sama dgn kedai kopi mahal. so..oklah.
kak ana pernah gak stay kat Riverside ni, betul tu makan memang senang je kat sini banyak kedai makan dalam kampung tu kan :)
ReplyDeleteya kak..lepas ni datang sana nak try kedai makan lain pulak. :)
Deletekos breakfast pun boleh tahan.. tp kalo sedap dan kena ditekak, apa salahnya :-)
ReplyDeletealhamdulillah mmg sedap dan kena ditekak.
Deletedan sesekali..bolehlah. hehe
Allahu. belum ada kesempatan nak ke janda baik :(
ReplyDeleteok ler tu harga dia.... mahal lagi coffee latte mcd
ReplyDelete