Friday 18 October 2019

Pasar Kedai Payang @ Pasar Payang 2

Isnin | 07.10.2019

Saya bukanlah kaki shopping, tapi kalau dah sampai Kuala Terengganu wajiblah kita jenguk Pasar Payang dan membeli ole-ole Terengganu. Lagi pulak sekarang Pasar Payang berada di lokasi baru.

Pasar Kedai Payang atau Pasar Payang 2 terletak tidak jauh dari lokasi Pasar Payang yang lama (tapak lama saya lihat sedang dalam proses pembersihan, tiada lagi bangunan dan cuma kelihatan longgokan besi bahan binaan). Untuk info, ini hanyalah lokasi sementara sebab bangunan Pasar Payang yang baru akan dibina di atas tapak asal Pasar Payang. Bangunan baru dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Inilah rupa Pasar Payang 2. Terletak di pinggir Sungai Terengganu. Mula beroperasi pada 1 Ogos 2019 yang lalu. Kawasan parking kereta adalah di sepanjang pesisir sungai. Kami sampai dah tengahari, dapat parking yang agak jauh. Takpelah...bagus berjalan kaki untuk membakar kalori sebab pagi tadi dah sarapan Nasi Kerabu ðŸ˜„

Kawasan parking motor di hadapan bangunan. Terus jumpa kawasan makan-makan. Ramai jugak orang sedang makan walaupun harini Isnin. Baguslah...ada rezeki peniaga.

Ruangan yang lebih luas, lebih tersusun dan lebih pengudaraan. Terus rasa seronok nak melihat-lihat.

Lebih mudah kita nak cari barang sebab setiap blok ada dinyatakan jenis barang jualan. Kalau tak cukup masa, mudah la kita nak menuju ke blok yang tertentu je.

Ruang antara kedai kanan dan kiri pun cukup keluasannya, memudahkan pergerakan pengunjung yang datang. Bahagian alatan dapur/keperluan rumah ni adalah bahagian yang saya suka tengok. 

Di bahagian pakaian, saya beli kain batik Terengganu warna pastel sebagai ole-ole untuk diri sendiri dan mak/mak mertua. Menurut penjual, ia adalah rekaan terkini untuk kain batik Terengganu. Harga RM15/satu. Saya beli juga kain batik labuh untuk solat berharga RM25/satu.

Ternampak mee segera dari Thailand - Serda. Tak pernah merasa tapi tau dari cerita-cerita orang, biasanya orang buat kerabu meggi guna mee ni. Saya belilah satu pek besar perasa Tomyam berharga RM5 (ada 5 pek kecil).

Bila balik rumah try buat kerabu maggi...mak aihh pedas rasa kat bibir 🔥. Hahaa...lain kali kena buat lebih lagi bahan campuran untuk kerabu meggi atau kurangkan perencahnya supaya tak terlampau pedas. Opss...dah tercampur cerita buat kerabu meggi la pulak!😄

Saja letak sini harga serunding untuk rujukan akan datang. Kot nak kirim atau nak ambil kiriman dah boleh tau anggaran harga. Kat sini saya beli keropok kering dan keropok segera cap Pinggan berharga RM33/pek besar (mengandungi 30 pek kecil). Cap Pinggan ni paling mahal, tapi rasanya sedap dan rangup. Kalau makan susah nak berenti.

Oh ya, tuan kedai ni mintak tolong bagitau kawan-kawan. Kedai dia Warisan Anita Serunding ada buat pengeposan serunding. Harga serunding korang tengok je kat gambar atas ni, tak termasuk caj pos tau. Lepas tu boleh hubungi Ita di 019 335 3902 untuk pembelian. Kalau di Pasar Payang kedainya bernombor BMR 3. Nak tanya apa-apa pasal pembelian, sila hubungi nombor tu ya, jangan tanya saya pulak ðŸ˜…

Ok, jom tengok sisi bangunan Pasar Payang ni pulak. Bangunan direka dengan konsep terbuka dan bumbung tinggi, baik untuk pengudaraan. 

Pasar basah dan buah-buahan terletak di bangunan berasingan, sebelah je. Saya tak masuk sebab takde keperluan dan tak cukup masa.

Secara keseluruhannya, Pasar Payang 2 memang lebih baik berbanding Pasar Payang lama. Nanti kalau dah siap yang baru mesti lebih menarik! 

8 comments:

  1. Rindunya nak pegi Pasar Payang ni.. last pegi tahun 2001 kot..dah berkurun..skrg dah makin cantik.. suka beli serunding & batik dulu2... hehe

    ReplyDelete
  2. Pasar payang setiap kali blik kg husben mesti singgah sini..last balik masa puasa thun ni.. ms tu tgh pembinaan lagi.. skrg da bukak.. weeken konfirm jem..tambah diorg nk buat sogo jugak kat sne kn ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..nak buat Sogo? tak tau..
      tapi kalau takde pun ok je, KT dah ada tarikan tersendiri.

      Delete
  3. dah pindah ke tempat baru ek...syukur..sbb JM pegi bulan 6 hari tu masih di tapak lama..sempit..agak panas dan kurang selesa..temogk tempat baru mcm lebih luas dan selesa..tak bestnya kat pasar pasang ni..barang agak mahal la bagi JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg lama mmg tak selesa, akak masuk kejap je cpt2 nak keluar. Panas dan rasa serabut 😅

      Delete
  4. Warian Wanita Serunding!! hari tu kami borong serunding kat kedai ni la hihiih

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****