Selepas percubaan hari kedua (Selasa) ke Warung Pok Nong menghampakan, saya terus buat carian tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu. Saya dan suami memilih untuk mencuba makan di Pok Rashid Ikan Bakar. Dari Warung Pok Nong kami terus ke sini...
Kedai makan ni terletak berhampiran Pasar Bukit Tunggal. Dari tepi jalan agak tersorok. Tapi kalau nak mudah, cari je Pasar Bukit Tunggal. Nampak bangunan pasar, sebelah tu ada deretan lot kedai. Kedai Pok Rashid Ikan Bakar berada di hujung.
Orang kedai bagitau, kat belakang kedai pun ada tempat makan. Selepas memilih ikan dan sotong untuk dibakar, kami pergi ke bahagian belakang kedai. Duduk makan di sini terasa lebih santai. Kedai masih lengang, sebab kami datang masa kedai baru je buka. Sebenarnya risau jugak kot tak sedap makan di sini, sebab lengang begini. Tapi takpelah, tak cuba tak tau pulak kan.
Hidangan kami dah sampai - ikan Kerapu Bara dan sotong. Kat sini semuanya memang bakar-bakar semata. Takde pilihan nak buat masak 3 rasa atau nak goreng tepung. Nasi kami mintak sepinggan je dan satu pinggan kosong, nak elak terlebih kenyang.
Rupa nampak sangat menarik. Alhamdulillah...rasanya juga sedap dan puas hati makan! Harga pun sangat berpatutan. Untuk sotong tu harganya cuma RM20 (RM5/100g) dan ikan Kerapu Bara tu harganya RM52.
Untuk korang yang nak ke Kuala Terengganu bolehlah masukkan kedai ni dalam senarai JJCM. Tapi kalau datang masa orang ramai tu mungkin akan menunggu lama, sebab semua bakar-bakar.
-------------------------------------------
POK RASHID IKAN BAKAR
Lokasi : Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
<<< Klik Google Maps DI SINI >>>
Waktu Operasi : 5 petang - 11 malam
(Tutup : Rabu)
wah rupa sambal dia memang mengancam sangat lah! ^_^
ReplyDeletekan..^_^
Deletemenarik rupanya kak, terutama sotong ngn ikan tu... best3
ReplyDeletebesar betul sotong2 kt area sana kan kak
betul..sotong dia besar besar, puas makan. :)
Deletemengamcammm mak
ReplyDeleteAlamakk sedapnyaa... takde rezeki kat Warung Pok Nong tapi kat Pok Rashid Ikan Bakar lah rezekinya ye sis..Alhamdulillah..:)
ReplyDeleteaturan Allah..Allah nak kasi rezeki makan ikan/sotong bakar rupanya. Alhamdulillah!
DeleteSuka ikan bakar yg Ada sambal .
ReplyDeleteKenalah ke Trengganu ni 🤗
Kalau di Bangi/Kuantan boleh ke Ana Ikan Bakar, ikan bakarnya ada sambal jugak. Sedap!
Deleteikan bakar nampak sedap dengan sambal.
ReplyDeletelebih berselera makan :)
DeleteMasya allah ni baru betul betul mkn..kenapalah waktu JM google tempat mkn best x de org cite pasal kedai ni..kami hari tu puas cari dpt kedai jual ikang singgang jek..adeh sampai kwn serik nk ke kola terengganu lg sbb susah cari mkn sedap katanya adehh
ReplyDeleteaduhai...siannya korang! Kedai ikan singgang akak tak try, tak minat..hehe
Deletenampaknya JM kena pegi lagi la..misi JJCM pulak. ^_^
Ya Allah sedapny ikan bakor tu..rupanya banyak tempat sedap dekat area kuala terengganu..kenapa suami sy xpernah bawak pn..nak kene ajak ni kalau balik kg ganu ni...hahaha
ReplyDeletehahaha..balik kg ganu JJCM lah nampaknya nanti.
DeleteThe service extremely slow...
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete