Monday 21 October 2019

Tiada Rezeki Di Pok Nong, Rezekinya Di Cik Su

...sambungan catatan ke Kuala Terengganu...

Hari Isnin petang, saya dan suami dah plan nak makan di Warung Pok Nong. Siap datang awal supaya tak perlu beratur panjang.

Kecewanya...bila sampai sana warung tutup pulak. Sedangkan ikut waktu operasi memang sepatutnya buka. Selain kami, ada beberapa kenderaan lain dah sedia menunggu di kawasan parking. Menunggu warung di buka. Selepas menyedari memang warung tak beroperasi, masing-masing pun beredar.

Selain Warung Pok Nong, terdapat beberapa warung lain dengan menu celup tepung di jalan yang sama. Kami teruskan pemanduan dan mencari warung lain.

Kami pilih untuk makan di sini - Warung Cik Su. Warung yang terletak betul-betul hampir dengan pantai.

Konsep yang sama...layan diri. Beratur untuk ambil makanan.

Boleh pilih duduk bahagian dalam, atau bahagian luar yang lebih hampir dengan pantai. Tapi dah penuh la pulak, kalau tak mesti lagi syok.

Kami ambil sepiring mee goreng campur mee hoon, seekor sotong celup tepung (harga berbeza ikut saiz, yang ni RM15) dan seekor ikan celup tepung. Ni konon-konon kecewa tak dapat makan kat Pok Nong, tu ambil sikit. Kalau tak...harus lagi banyak makan ni. Hahaa!

Masa balik dari Warung Cik Su memang akan melalui Warung Pok Nong, nampak masih banyak kenderaan masuk di kawasan parking. Masing-masing mesti kecewa...ada la hal penting sampai Pok Nong tutup pada hari yang sepatutnya beroperasi.

Oh ya, pantai depan warung ni pun dah berubah rupa. Dah tak nampak pantai landai dan dah tiada pokok-pokok. Berganti dengan buaian kayu (di Warung Cik Su tadi pun ada buaian yang serupa).

Keesokan harinya selepas suami habis kursus, bergegas dia balik dan ambil saya di hotel. Percubaan hari kedua nak makan di Warung Pok Nong. Sampai je di warung, terpampang besar-besar papan bertulis 'TUTUP' 😢. Kalau memang bukan rezeki...begitulah.

14 comments:

  1. Sayangnya kan...takpe la takde rezeki..Pok Nong ada kecemasan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah kan...
      Kalau tak mesti dia bukak.

      Delete
  2. Takde rezeki nak makan di Pok Nong tu.. rezeki di Warung cik sue... hehe.. ramai jg yg makan kt situ kan.. sedap nampaknya.. :)

    ReplyDelete
  3. uii sedap2 tu nampaknya Ujie, memang kecewa kan kalau tempat yang kita nak pi bila sampai tutup laa pulak hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak tempat tu jauh utk kita sampai. Entah berapa thn lagi baru nak dtg 😅

      Delete
  4. wahlawehh, 2012 dh 7 tahun tak smpi sini erk makcik., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..taklah Wak, tu entry thn pertama kali pegi situ.
      Tp mmg dah beberapa thn ni takde ke Tganu.

      Delete
  5. selalunya jarang isnin pok nong tutup, dana khamis tu memang rezeki lah... warung cik su tu dana pernah makan situ tapi masakan nya kadang ada yang sejuk dan ada yang dah tak berapa fresh. tp nak buat hilang kempunan kita layan jugak la ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana..buat hilang kempunan bolehlah. Mmg kat Pok Nong jugak yg lebih sedap. Tapi dah itu rezekinya..layan!

      Delete
  6. alaa..sianya..2 kali pergi still tutup?? mmg x de rezeki la...bln 6 ke kalau tak salah JM pergi warung pok nong ni sbb femes sgt warung pok nong ni..nasib baik bukak sbb bwk kwn dari johor..tapi dlm semggu ada sehari dia tutup tak pasti hari isnin or selasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selasa tutup.
      Ingat kot dah tutup Isnin, Selasa bukak. Sekali dua2 hari pun tutup 😭

      Delete
  7. mcm biasalah kalau kat warpung pok nong ni..beratur panjang!!! pastu tempat duduk sentiasa penuh..kena bertabah dan sabar menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...ya!
      Pnh dtg dulu2...mmg Q panjang sgt. Tu konon kali ni dtg awal tunggu kedai bukak. Sekali tak bukak2 😅

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****