Wednesday, 16 October 2019

Fauzi Nasi Kerabu, Gong Badak, Kuala Terengganu

Isnin | 07.10.2019

Cerita minggu lalu...saya berkesempatan ke Kuala Terengganu selama 3 malam. Memang dah lama sangat tak berkunjung ke Terengganu. Kunjungan kali ni pun disebabkan suami ada kursus, bolehlah saya ikut berjalan sekali.

Alang-alang dah sampai, saya pun buat carian Internet tempat makan sedap di sini. Kali ni nak cuba makan Nasi Kerabu di Fauzi Nasi Kerabu. Betul ke sedap? Tapi...sedap tu subjektif, ikut la citarasa tekak masing-masing kan.


FAUZI NASI KERABU
Dengan berpandukan aplikasi Google Maps, mudah je kami nak sampai ke sini. Masa ni dah mula hujan renyai, Alhamdulillah masih ada ruangan parking dan cepat-cepat lari masuk dalam kedai.

Bahagian hadapan kedai. Orang ramai sedang makan, tapi tak penuh. Kalau datang hujung minggu mesti sesak dengan pengunjung masa ni.

Konsep di sini 'layan diri'. Beratur di sini untuk pilih hidangan kita.

Menu makanan.

Menu minuman. Special di sini Tehpeng Jebok dan Greentea Jebok. Tapi tadi saya tak perasan menu ni, dah order air lain. Takpe, simpan untuk datang lain kali. Hehe..

Nasi Kerabu Ayam Bakar pilihan saya. Ayamnya sedap berjus.

Nasi Kerabu Daging Bakar pilihan suami. Dagingnya lembut dikunyah.

Ok, memang betul Nasi Kerabu di sini sedap! Dah lama rasanya saya tak jumpa Nasi Kerabu sedap. Alhamdulillah...puas hati makan. Harga pun sangat berpatutan, tak mahal. Untuk kami berdua cuma RM15.50 termasuk dua gelas minuman panas.

Insya Allah boleh ke sini lagi jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Mujur jugak jauh, kalau tak memang susah nak kawal keinginan makan bila jumpa Nasi Kerabu sedap gini. Haha..

------------------------------------------------------------------------

FAUZI NASI KERABU
Lokasi :
Gong Badak, Kuala Terengganu
<<< Klik Google Maps DI SINI >>>

Waktu Operasi :
6.30 pagi - 1 petang

*satu lagi kedai (cawangan bandar) terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

12 comments:

  1. Makanan sedap dengan harga yang sangat berpatutan, mesti teringat-ingat untuk datang lagi, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kakcik :D
      tapi ntah bila ada rezeki ke sana lagi. kalau takde hal, susah nak sampai.

      Delete
  2. kat mana kedainya ni Ujie? area dalam bandar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya pegi ni kat Gong Badak.
      Area bandar pun ada, kat Jln Sultan Sulaiman.

      Nanti saya update post ni, tertinggal tulis. :)

      Delete
  3. Aduhaii..sedapnya nampak..kat sini susah sikit nak jumpa Nasi Kerabu yg betul2 sedap..huhu
    Teringin nak cuba Nasi Kerabu Daging Bakar tu..sllu makan yg biasa ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tu yang rasa puas ati makan sebab dah lama tak makan yang betul2 sedap.

      Delete
  4. nmpk gmbr pon sedapp nasi kerabu tuuh..

    ReplyDelete
  5. Sedap nampak.. husban org terengganu.. slalu bawak g pasar payang je..hehe.. mungkin boleh ajak die mkn kat kat sini skali skala.. sb nak buat nasi kerabu leceh..kt kuala tganu ade satu kedai ayam goreng mcm kfc pernah mkn dekat sne..pn sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh kalau buat sendiri sebab banyak aksesorinya kan. Nasi kerabu yg sedap mesti nasi dan segala aksesori tu sedap.

      kat sana best sbb banyak pilihan kedai makan. :)

      Delete
  6. waduh..pergi kola terengganu hari tu punya la susah nak carik tempat makan sedap...tak tahu plak kat gong badak ni ada nasi kerabu sedap..frust sgguh tau..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****