Saturday, 5 October 2019

Why Did I Become A Muslim | Daud Kim

Jay Kim ➡ Daud Kim
Alhamdulillah....Youtuber dari Korea Selatan - Jay Kim kini telah pun kembali kepada fitrah (mengEsakan Allah) dengan nama Islamnya Daud Kim.

Ya, ini bukanlah satu berita yang luar biasa (orang belum Islam kembali kepada Islam). Tetapi, kisah-kisah disebalik bagaimana seseorang itu kembali kepada Islam itulah yang menarik dan perlu kita ambil pelajaran.


Kita Belajar Daripada Dia Yang Sedang Belajar
Sebelum kembali kepada Islam, Jay Kim menerusi video Youtube ada memaparkan perbincangan dan hasil carian beliau mengenai pelbagai topik asas di dalam Islam. Bila kita tonton, ia seakan kita pulak menghadiri kelas agama (dalam bentuk santai).

Beliau membuat kita berfikir sama dan mencari jawapan. Kadang-kadang, kita sendiri tak terfikir asas hukum kepada satu-satu perkara. Cuma terima atau buat sekadar ikut-ikutan sebab itu yang diajar atau dibiasakan kepada kita sejak kecil. Bila kita tahu dan faham asas kepada sesuatu hukum, ia memudahkan kita membuat pertimbangan dalam apa jua keadaan.

Antara topik yang dipaparkan :
  • kenapa diwajibkan berhijab
  • poligami
  • batas pergaulan lelaki dan perempuan
  • tujuan hidup
Bukanlah kata bagus sangat-sangat (yang terbaik tentulah tonton video ceramah agama dari mereka yang bertauliah), cuma sambil-sambil bersantai tengok Youtube tu dapatlah juga mengingatkan kita semula mengenai hukum-hakam dan membuat kita lebih berfikir. Apa yang lebih menjentik hati, orang yang belum Islam sibuk cari tahu mengenai Islam sedangkan kita yang dah lama Islam selalu terlupa (terleka lebih tepat).


Why Did I Become A Muslim


Banyak yang kita boleh ambil pelajaran daripada paparan video ini. Antara pelajaran yang kita dapat, orang belum Islam melihat kita orang Islam sebagai gambaran 'apa itu Islam'. Mereka melihat diri kita, akhlak kita sebagai cerminan Islam. Dari situlah permulaan mereka kenal Islam, bukan melalui pembacaan al-Quran atau kitab agama.

*Segala percakapan kita, perbuatan kita, penampilan diri kita adalah dakwah*

-------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukanlah peminat artis Korea atau drama Korea, saya mula mengikuti Jay Kim di Youtube secara kebetulan ternampak video beliau. Walaupun ada yang kata Jay Kim buat video mengenai Islam cuma untuk dapatkan penonton yang ramai, bagi saya mana yang baik kita ambil je lah. Selagi tak nampak jelas ia berniat buruk, kenalah kita bersangka yang baik-baik je.

Semoga Daud Kim (dan kita semua) mampu menjadi hamba Allah yang baik dan semoga paparan video-video beliau terus memberi kebaikan kepada ramai orang (yang belum Islam dan orang Islam).

11 comments:

  1. Ohh Jay Kim ni byk buat video bincang dgn org Islam dari luar negara yg menetap di Korea..

    Siap puasa same2 pon ade..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bertambah lagi seorang saudara seislam.

    Semoga beliau terus istiqamah.

    Anyway nice sharing baru tahu pasal dia nih!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... hidayah Allah sampai kat diea. =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah hidayah itu milik Allah swt , bila kita perhatikan antara insan terpilih yang memeluk Islam secara rela ni ialah mereka yang banyak mengkaji tentang Islam itu sendiri dan mereka jelas nampak keindahan Islam dari mereka2 yang lahir sebagai umat Islam yang tidak mahu mengkaji dan memahami Islam.. Waallahu a'lam . KAk AJ follow sini #593

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, mereka yg berfikir dan mengkaji akan temui jawapan.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. ada terbaca kisah beliau di FB..syukur dibukakan pintu hati beliau,
    hidayah milik Allah,bila Allah nak bagi tak kira siapa..

    ReplyDelete
  6. dana kenal dia pun baru2 ni je... rasa seronok, bertambah satu lg umat islam di dunia nih. Dahla dia di negara yang tak banyak islam... mesti sangat mencabar buat dia

    ReplyDelete
  7. Yeahh..kita kena tahu tujuan utama hidup...refer al-Quran semua soalan ada jawapan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****