'Self-watering pot' sangat sesuai bagi mengatasi masalah tak sempat siram pokok atau sering terlupa siram. Juga sangat sesuai untuk tanaman yang mudah kering seperti pokok kesum. Walaupun saya dah guna pasu tanpa lubang, pokok kesum masih perlu disiram setiap hari dengan air yang banyak.
'Self-watering pot' boleh dibuat sendiri dengan menggunakan botol minyak/botol air minuman. Cuma perlu potong kepada dua bahagian, gunakan tali mop/span untuk menyerap air. Lebih jimat sebab tak payah keluar duit lebih, guna bahan yang ada di rumah je.
Disebabkan rumah saya tak ada ruang belakang untuk menanam, maka semuanya perlu letak di bahagian hadapan rumah. Situlah nak letak kereta, nak letak ampaian baju dan letak pasu tanaman. Maka, saya lebih suka dan sedap mata memandang kalau guna pasu yang elok di mata saya. Termasuklah 'self-watering pot', saya pilih untuk beli. Ada juga saya buat sendiri, tapi saiz kecil dan boleh sorok kat celah pasu besar.
Beli di Shopee, saya beli dua pasu je. Harga satu pasu untuk saiz ni RM7.92. Ada promo percuma pos, jadi saya cuma perlu bayar harga pasu. Satu set pasu ada 'outer pot' yang putih tu, 'inner pot' yang hitam lubang-lubang tu dan satu tali.
Isi air dalam pasu putih tu, tapi jangan sampai air mencecah kat pasu hitam pulak. Tali tu kita masukkan di dua lubang yang paling besar - hujung ke hujung. Kalau nak lebih senang, masa ni boleh guna 'marker pen' siap-siap tanda paras air maksima kat bahagian dalam pasu putih (supaya lepas ni bila isi air tak terlebih sampai cecah pasu hitam).
Dalam pasu hitam, kita isi tanah macam biasa. Saya letak tanah dan 'cocopeat'. Bab pilihan dan campuran tanah ni saya tak arif tau, cuma logiknya guna tanah (ada nutrien) dan guna 'cocopeat' (menyimpan kelembapan dan tak padat, mudah untuk pertumbuhan akar).
Dah siap isi tanah, saya siram rata air untuk bantu percepatkan tanah jadi lembab. Lepas tu dah boleh terus cucuk keratan pokok kesum. Ambil keratan dari pucuk pokok kesum tu panjang sikit, buang daun yang bawah-bawah dan cucuk ke dalam sampai tinggal bahagian pucuk.
Setelah 14 hari...Alhamdulillah pokok kesum hidup segar dan meninggi. Tak perlu siram, tapi sesekali jenguklah air bawah tu kot habis. Sepanjang 14 hari, baru sekali je saya buat isian semula air di bawah tu. Selain tu, saya kerap juga buat semburan air untuk segarkan daun kesum. Untuk pembajaan, saya tak beli baja cecair jadinya guna jelah baja biji yang dah ada kat rumah. Masukkan dalam air, kalau nak cepat larut mungkin boleh kacau-kacau baja biji tu dalam air.
Satu lagi pasu, saya gunakan untuk tanam pokok 'Snake Plant' di dalam rumah. Pokok yang dikenali juga sebagai Lidah Jin / Lidah Mak Mertua ni sebenarnya tak perlu disiram selalu sebab ciri-ciri pokoknya yang menyimpan air. Jadinya tak berapa perlu guna 'self-watering pot'.
Tapi...bila guna pasu biasa saya selalu lupa siram sampai tanah jadi sangat kering (letak di sudut, satu pasu je...jadi terlepas pandang). Dan bila siram pulak...air ada yang terpercik di luar dari pasu. Bila guna 'self-watering pot' masalah pun selesai! Tadi saya tengok dah mula terkeluar akar baru di celah-celah lubang sisi pasu hitam, kiranya pertumbuhan yang baik.
----------------------------------------------------------------
Situasi jerebu semakin memburuk, di tempat saya setakat jam 11 pagi tadi rekod bacaan IPU - 207. Keluar sekejap untuk siram pokok dan menyapu je pun boleh buat mata rasa pedih dan kepala mula pening. Sama-samalah kita terus berdoa moga keadaan pulih seperti biasa. Kita nak marah-marah dan menuduh mana-mana pihak pun bukan mampu mengubah apa yang dah berlaku. Kita cuma orang biasa tanpa kuasa, tapi kita masih ada kuasa melalui DOA.
sama sama la kita doa semoga jerebu jerebu ni cepat hilang....
ReplyDeletemenariknya kak cara ini kak, nnti nk cuba jugak lah cara yg akak tunjuk tuh...
ReplyDeletesekarang jerebu mmg makin teruk, kadang rasa sesak napas jgk
Bagus cara ni
ReplyDeletetak payah siram2
kaedah terbaik ni..bole la tanam kesum kat dapur nanti..hehe
ReplyDeleteMcm menarik jugak tu tanam pokok kesum. Pernah jugak tanam tapi tak tahan lama. Mungkin tak kena dgn cara penanaman dia kot. Kalau beli daun kesum sampai layu dalam petiais hahhaha....
ReplyDeleteMasy allah mudah tumbuh ek guna cara ni..nk try la beli pot tu sbb JM suk masak asam pedas dan laksa so sesuai sgt tanam pokok ni
ReplyDeleteTq atas perkongsian yg bermanfaat!
ReplyDelete