Saturday, 14 September 2019

Pameran Hutan Kita, Menara Kuala Lumpur

08.09.2019 | Ahad

Jalan-jalan hujung minggu lalu...ke Kuala Lumpur (KL). Dah lama rasanya tak ke KL semenjak saya berhenti menjual tudung yang di borong di Jalan TAR/ Jalan Masjid India.

Awal pagi lagi saya bersama suami dah bergerak dari rumah di Pajam untuk ke lokasi tujuan pertama - Nasi Lemak Wanjo, Kampung Baru, KL. Tak pernah pergi pun, itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di Kampung Baru.

Lepas bersarapan di Nasi Lemak Wanjo (catatan mengenainya pada entri lain), kami menuju ke Menara Kuala Lumpur untuk ke Pameran Hutan Kita.


PAMERAN HUTAN KITA

Menara Kuala Lumpur. Suram je cuaca, bukan mendung tapi masa ni dah mula jerebu. Gambar pun jadi kurang menarik.

Pameran Hutan Kita diadakan di bahagian luar menara. Yang ada banyak pokok itulah pamerannya. Di ruangan terbuka, cuma ada sebahagian kecil di ruangan bertutup/berbumbung.

Pintu masuk ke Pameran Hutan Kita. Tak ramai pengunjung, mungkin sebab masih awal. Masa ni menghampiri jam 10.15 pagi.

Antara sudut info yang dipamerkan. Tanjung Piai dan Pulau Kukup kedua-duanya saya dah pergi, yelah kan...di kampung sendiri! Heheh..

Replika 'Mulu Pinnacles', batu kapur berbentuk tajam di Taman Negara Mulu, Sarawak. Tempat yang saya teringin nak jejak, tapi sedar tahap kemampuan diri...kita tumpang bergambar kat sini ajelah ya.

Masuk pulak ke ruangan macam bilik. Disambut oleh pak belang dan kawan-kawannya. Ni sudut pameran haiwan. Nampak macam 'hidup' tau.

Ni pulak ruangan audio visual yang memaparkan kepelbagaian rupa hutan Malaysia. Siap ada gajah keluar dari celah hutan tu tau. Menyeronokkan terutamanya bagi anak-anak. Bangku disediakan, boleh la duduk-duduk sambil menyaksikan audio visual bertukar-tukar paparan.

Paparan bertukar suasana malam, lengkap dengan kelip-kelip dan bunyi cengkerik. Leka jugak duduk kat sini...sekejap siang sekejap malam, kadang dalam hutan, kadang dalam gua, kadang di hutan paya bakau. Saya rasa ruangan audio visual nilah yang paling seronok untuk pengunjung. Ok...untuk saya sebenarnya, sebab saya suka hutan! hehee..

-----------------------------------------------------
Bagi yang berkesempatan atau tak tau nak ke mana, bolehlah berkunjung ke Pameran Hutan Kita ni :

Tarikh : 24.08.2019 - 22.09.2019
Masa : 9 pagi - 6 petang
Lokasi : Menara Kuala Lumpur
Bayaran : PERCUMA

Selain ke Pameran Hutan Kita, boleh juga masuk ke Mini Zoo dan Upside Down House yang terdapat di Menara Kuala Lumpur ni. Bayaran dikenakan.

4 comments:

  1. menarik jgk nih kak.... tengok la kalau berkesempatan boleh juga ke sini... menarik jgk tgk pada apa yg ada di situ...

    ReplyDelete
  2. yeyy...saya pun dah pergi tanjung piai...bestt...sy suka...anak2 pun suka...tengok siput pelbagai jeni..ikan belacak...belangkas...monyet jgn cerita lah...hahaha...

    ReplyDelete
  3. alamak..dah nak habis dah pameran nya.. lambat nau tahu ada pameran hutan ni..

    ReplyDelete
  4. Tak berapa suka pergi tengok pameran mcm ni Ujie kecualilah terpegi sini dan ada pameran....boleh je layan... Nasiblah percuma kalau kena bayo mmg terus tak pergi hihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****