Sunday, 22 September 2019

Kabut Asap

Musim jerebu ni eloklah berkurung dalam rumah...ni degil jugak nak berjalan. Tak cukup hadap jerebu di Nilai, semalam saya 'menikmati' jerebu di Shah Alam pulak. Tapi bukanlah buat aktiviti luar, kita berjalan-jalan di Decathlon Shah Alam (tempat yang membuat saya leka membelek dari satu rak ke satu rak...hehee).

Pemandangan dari kejauhan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diselubungi jerebu. Masa ni menghampiri jam 2 petang.

Bacaan IPU untuk Shah Alam setakat jam 2 petang - 126. Tapi kalau tengok situasi semasa, tak rasa macam rendah segitu bacaannya. Sama seperti di tempat saya (Nilai), bacaan menurun dari hari-hari sebelumnya (>200). Tapi mata kita yang tengok ni macam sama je keadaan jerebu, malah rasa lebih teruk sebab dah mula berbau asap.

Sudah dua minggu jerebu melanda...paling lama rasanya untuk setakat ini. Hati sangat merindui langit biru, gumpalan awan putih dan sinaran matahari, nikmat Allah yang telah ditarik daripada kita ðŸ˜¢.


"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan turunkanlah hujan yang mencurah-curah."






.

7 comments:

  1. Semoga jerebu kembali reda, saya di penang pun menghadapi jerebu lebih kurang bacaan IPU ini

    ReplyDelete
  2. Monsun timur laut akan hadir menghalau jerebu kembali ke tempat asalnya

    ReplyDelete
  3. Moga jerebu segera hilang.. nak keluar pun best.. takut jg kesan2 jerebu ni.. jadi byk duk rumah ja..

    ReplyDelete
  4. salam ukhuwah, malam semalam kak AJ lalu Shah Alam, tengok ramai juga orang lepak kat dataran walaupun cuaca berjerebu ni, sama-sama kita doakan semoga alam kembali bernafas dengan sempurna..Aamiin

    ReplyDelete
  5. pagi td nampak terang sikit pemandangan, selalu tak nampak klcc dengan menara kl dari opis, pagi ni dh nampak terang dah bangunan- sekitar. Harapnya terus ok dan hilanglah jerebu tuh

    ReplyDelete
  6. Betullah Ujie.... mata kita nampak mcm dah tebal je jerebu, tapi bila tengok bacaan, rendah pulak...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah jerebu dah kurang dan hujan pun dh turun

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****