Wednesday 25 September 2019

Nasi Lemak Wanjo, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Alhamdulillah...setelah lebih dua minggu tengok langit putih dek jerebu, pagi ni langit di tempat saya kembali biru. Tiada lagi jerebu menyelubungi. 😍

Berbalik kepada tajuk entri, ni cerita sekitar dua minggu lalu. Sebelum ke Pameran Hutan Kita di Menara Kuala Lumpur, saya dan suami ke Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menikmati sarapan pagi di Nasi Lemak Wanjo.

Ini merupakan kali pertama saya datang ke Kampung Baru. Kalau suami, dia dah biasa makan di kedai sekitar sini semasa bekerja di KL dulu.

Pandangan hadapan kedai. Kedai Nasi Lemak Wanjo ni sederet dengan kedai Nasi Lemak Antarabangsa. Dua-dua pun nampak ramai pelanggan. Jalan agak sesak, kami letak kereta di kedudukan yang sedikit jauh dan berjalan kaki untuk ke sini.

Beratur untuk ambil makanan kat sini. Bila saya toleh belakang...ehh kejap je dah panjang barisan sampai luar kedai. Tapi jangan risau, servis di sini pantas.

Sarapan kami...semuanya RM17. Harga yang berpatutan. Semuanya sedap dan menepati citarasa kami berdua. Alhamdulillah, tak kecewa datang dari jauh.

Pekerjanya ramai, sebab tu servis di sini pantas.

Lepas makan, saya ajak suami berjalan kaki melihat-lihat sekitar kawasan Kampung Baru. Ambik gambar sana sini...dah macam pelancong asing gayanya. Hahaa!

Pintu gerbang Kampung Baru. Bila berjalan kaki gini lebih senang nak ambil gambar.

-----------------------------------------------------------

Dengan perkembangan terkini mengenai pembangunan yang bakal dilaksanakan di Kampung Baru, berkemungkinan pada masa akan datang gambar-gambar di atas hanya tinggal kenangan. 

Kampung Baru memang perlu dinaik taraf supaya menjadi kampung moden sesuai dengan kedudukannya di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Tetapi biarlah pembangunan yang bakal dilaksanakan itu tidak melenyapkan identiti asal. Biar ia kekal sebagai satu warisan sejarah negara. Pelancong asing pun ramai suka datang ke tempat yang mengekalkan warisan sejarah dan budaya tempatan.

Semoga penduduk Kampung Baru dan pihak yang terlibat mendapat kata sepakat yang terbaik demi kelangsungan Kampung Baru di tengah hutan konkrit Kuala Lumpur.

19 comments:

  1. dah lama tak mkn situ, sebenarnya dah bertahun-tahun dana tak jjcm kt kampung baru, tak berapa suka persekitarannya yang sesak, kalau waktu malam lagi lah sesak sangat. Makan kt wanjo ni lauk nasi lemak dia banyak servis pantas itu yg orang suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rasanya sekali ni jelah Dana, sebab tak suka nak bersesak jugak.

      Delete
  2. Alhamdulillah jerebu dah beransur pergi..
    seronok bila pegi Kg baru..byk pilihan nak makan..
    betul tu..klu pun nak dibangunkan, jgn sampai hilang identiti asal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok tengok...banyaknya pilihan kedai makan. :)

      Delete
  3. dah lama tak pergi sini. last pergi tu beli yong tau fu..sedap tp lupa dah kedai mana sebab perginya waktu malam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar jugak ada kedai ytf sedap kat sana. Kot jalan situ tak sesak, mau akak datang lagi try makan ytf pulak. hehe

      Delete
  4. kalau lapar waktu lewat malam, kat sini ada nasi kerabu (dan nasi dagang - kedai sama) yang sedap. bukak sampai awal pagi. cubalah. di jalan rasa uda dekat dengan simpang jalan daud menghala ke arah chow kit. highly recommended.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..insya Allah kalau ada pegi area sana malam2, boleh la try. :)

      Delete
  5. X pernah lg mkn nasik lemak wanjo ni..x suka pegi kg baru sbb susah nak parking kalau ada pun mahal gak parking per entri..padahal dulu tggal kat kg baru hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala JM...sesekali jenguklah tempat lama. hahaa

      Delete
  6. sedap tuuu nasik lemak dia, pilihan lauk pon banyak.. done follow sini yang ke #590 jemput singgah blog saya juga ye.. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Belum sempat sampai ke sini. lepas ni naik grab lagi senang kot. tak perlu susah cari parking.

    Harap pembangunan Kampung Baru tak hilangkan rumah rumah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...rumah melayu tulah yang 'mahal' dan perlu dikekalkan.

      Delete
  8. Belum pernah makan nasi lemak Wanjo nih! nasi lemak antarabangsa tu pernah dahulu-dahulu.
    Lama giler... dah mrs. A tak datang Kg Baru time duk K.L dulu tiap minggu mesti ada lepak kat kG baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah MrsA datang lagi..mengimbau kenangan lalu..:D

      Delete
  9. selama duk kat KL pernah sekali je makan kat kg baru..hehe... makanan die mmg sedap2.. tapi satu hal xde org nak bawak kat sane sebab skrg da pindah shah alam

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****