Tuesday 11 March 2014

PAJAM

Assalamualaikum sahabat semua...lama sangat saya meninggalkan blog ni. Kali terakhir menulis pada 24 Januari lalu. Fuh! Paling lama dalam sejarah saya sendiri! Bulan Januari hanya enam entri dan Februari terus kosong! Mac...yang penuh sejarah negara, saya bertekad untuk kembali. 
 
Dan sebenarnya, Februari 2014 adalah sejarah buat saya sendiri (dan suami). Pada 2 Februari lalu, kami dah pun selamat berpindah ke rumah sendiri. Perasaan dan kesibukan persiapan masuk ke rumah baru kepunyaan sendiri dengan rumah baru yang di sewa sangatlah berbeza. Dan...keletihannya juga berlebih-lebih. Hingga terpaksa melupakan hobi menulis di blog.
 
 
Tiga beradik (anak saudara) yang sibuk nak tolong
dan sibuk nak bergambar dalam lori.
 
 
Kini, secara rasminya saya adalah penduduk Negeri Sembilan. Untuk lebih tepat, di PAJAM. Selamat tinggal Selangor dan air percuma (yang telah saya nikmati sekian lama)! Nampaknya takdir hidup banyak membawa saya ke Negeri Sembilan. Bermula dari usia 13 tahun saya merantau dari Johor ke Labu, Negeri Sembilan kerana tawaran belajar. Lepas berkahwin ke Gemencheh & Kuala Pilah pula, kerana pekerjaan suami. Dan akhirnya kini membeli rumah di Pajam (walaupun perancangan asal ingin di Bangi atau Melaka).
 
 
Nota hati : Jangan pernah berhenti mendoakan keselamatan penumpang & anak kapal MH370. Mereka mengharapkan bantuan kita. Yakinlah pada ajaibnya kuasa Allah!



32 comments:

  1. assalam Ujie..selamat menetap diN9..negeri acik dilahirkan..merantau ke Selangor dan kembali semula ke N9 bila dan nak bersara

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, kiranya saya ni derhaka la..lahir kat Johor. Tapi takde niat pun nak dok Johor. Tak mcm akak..kembali.. :)

      Delete
  2. rumah area bangi mahal sgt lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal la niat terkubur..terpaksa menghala ke tempat lain.

      Delete
  3. Selamat menduduki rumah baru Ujie... macam akak dulu2 juga bila dah lama menyewa , kemudian ada rumah sendiri memang teruja dibuatnya... macam2 idea nak dibuat rumah tu ehe.. :)

    ReplyDelete
  4. wah... tahniah kembali... bestnya dah duduk rumah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..tapi tak best part nak bayar. :D

      Delete
  5. patut laa lama tak tengok akak update...rupanya dah pindah ke rumah baru...hehehe...Semoga akak dirumah baru ini akan membawa lebih rezeki dan keceriaan kepada akak sekeluarga...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Hai anak-anak seronok ye tolong mak Ujie pindah rumah. (bila besar tengok gambar ini mesti mereka gelihati Ujie). Dah tertulis yg Ujie akan menetap di Pajam

    Sungguh kemampuan kita hanyalah berdoa moga kemelut MH370 dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rajin bdk2 ni kak, sibuk nak angkat sume benda..pdhal berat.
      betullah kak..dah tertulis hidup saya di Pajam.

      Delete
  7. bestnya dah dok rumah baru...mesti rumah cantik..:)

    ReplyDelete
  8. ooo... bz pindah rumah rupanya. Patut la sepi je rumah ujie kat alam maya ni. Selamat menjadi org N9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun masih blm siap kemas..buku2. tinggal dulu.

      Delete
  9. Lamanya ujie cuti berblog
    Tapi saya tau ujie bz dengan
    Rumah baru
    Alhamdulillah,moga dimudahkan
    Segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah sibuk dan letih..tak perasan masa berlalu. tengok2 dah lebih sebulan tak update!

      Delete
  10. Dah dekat sangat tu dgn rumah mertua saya, di Kg Batang Benar! Dan rumah adik ipar saya, di Seri Pajam tu!!! Selamat menduduki rumah baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik ipar doc kat Aria Park eh? sana pun dah dpt kunci. Mmg setaman la dia dgn saya, cuma lain2 fasa. Sng2 leh singgah rmh saya. Tapi takdela mknn sedap2 mcm isteri doc masak tu. :D

      Delete
  11. Best kan dapat duduk rumah sendiri... boleh buat itu ini ikut citarasa sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebelum ni menyewa tahan hati je lah dgn segala masalah.

      Delete
  12. Nanti jangan lupa cerita pasal rumah baru pulak....

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah akak dh ade rumah sendiri..mesti seronok kn.. :)

    ReplyDelete
  14. duk umah sendiri lah best...tak kisah lah kat mana pun...

    rindu akak tau tak...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul eita...kalau dah rumah sendiri, tak kisah la kat ceruk mana atau dok sorang2..tetap best.

      bakpe nye rindu kat akak...rindula kat ehem2 awok tu! hahahaa

      Delete
  15. pttlah lama menyepi ... pindah rumah rupanya.. nanti kongsikan deko² rumah yer kat blog..

    ReplyDelete
  16. tumpang tanya, sesiapa tahu taska atau sesiapa yang mengasuh kanak-kanak bawah 2 tahun di Pajam?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  17. sy baru nak pindah aria park..InsyaAllah hujung bulan.. kat zeta park dah ramai penghuni ke? akak ade kenal mana2 pengasuh baby ke area situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau blok akak baru 4 rumah, blok hadapan baru satu rumah. Kira belum ramai.
      Pasal pengasuh, maaf tak tau. Jiran yg ada pun tgh mencari. Maybe anies dan hassimi boleh join fb group aria park citra hill utk info/bantuan. :)

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****