Selama ni saya menghadapi masalah rambut gugur. Kalau tak vacuum lantai tu walau sehari, memang banyak sangat rambut bersepah-sepah. Sakit mata tengok. Dan ianya memalukan kalau ada tetamu yang datang mengejut, sebab tak sempat vacuum.
Macam-macam syampu yang ada kat pasaran saya cuba. Tapi keadaan tetap sama. Ada baca kat blog seseorang yang dia guna rumpai laut dan berkesan, tapi saya pulak malas nak buat. Ada jugak yang jual supplement berkaitan, pun saya tak mau sebab rasa dah banyak jenis supplement nak kena makan setiap hari. Akhirnya, saya jumpa yang ni...
PANTENE Hair Fall Control Intensive Hair Mask |
Hasilnya? Selepas beberapa kali penggunaan, saya dah nampak kesannya. Siap buat eksperimen, tak vacuum lantai beberapa hari sebab nak tengok kadar rambut yang bersepah. Alhamdulillah...memang kurang rambut sepah! Rambut pun jadi lebih lembut. Suka dan syukur sangat!
Kalau korang berminat nak cuba, harganya dalam RM15 gitu. Cara pakai pun mudah, pakai selepas guna syampu dan conditioner (kalau pakailah...). Dah basuh rambut tu, ratakan masker ni dan biar 3 minit sebelum dibilas. Saya guna 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Kakak nak cubalah Ujie. Rambut kakak pun gugur kalau panjang sikit pun tak boleh. Jadi kenalah rambut paras bawah tengkuk aje..
ReplyDeleteYe lah kakzakie... samalah kita kena cuba ni, sebab rambut gugur bersepah-sepah, en. suami selalu bising kalau nampak rambut bersepah tu...
ReplyDeleteTq ujie sharing :)
terima kakzie..saya nak cuba juga sebab mengalami masalah y sama..sebelum ni saya rajin makan kolagen rumpai laut,rambut tak gugur tp sejak kebelakangan ni tak rajin makan (lupa sebab tertido dengan anak)..huhu
ReplyDeleteWAHH MEMBANTU JUGAK KURANGKAN RAMBUT GUGUR YER... KLU RAMBUT BERUBAN CAMNE HUHUHUHU .. PASRAH LAH BERTAMBAH UMOOO
ReplyDeletetiap kali lepas bersalin mesti hadapi masalah ni.. tak larat..macam ujie kata la.. malu bila orang datang.. potong rambut pendek je senang.. ada sikit2 je la tinggal.. aisy pun da nak dekat setahun..
ReplyDeletemujarab ye? Bagus ni. Sbb produk yg boleh beli kat pasaraya. Kalau yg jenis kena order2 tu malas skit la nak beli.
ReplyDeletesaya pun tgh guna...al kisah masa belajar dulu guna oke.tp pastu lama tak guna.skang rambut gugur melampau.tgh try guna lik...hihi
ReplyDeletewaa. sama lah katorang di sini. ada masalah keguguran rambut. harap dapat try yang nih. hihihi. salam kenall :)
ReplyDeleteSaya pun nak cuba...rambut semakin menipis (salah satu amaran Allah usia semakin meningkat!)
ReplyDeletesama lah kita JR, amaran dah semakin berusia,,,tapi kes bunda rambut semakin memutih...blond..hehe..
ReplyDeleteita pun banyak rambut gugur tapi tak kisah mana pun sebab rambut memang jenis tebal..
ReplyDeletenak try la nanti
ReplyDeletedulu saya guna elipse
bulih try
ReplyDeletekita ada masalah rambut gugur gak
tak tahan tiap kali sikat segumpal dpt
huhuhu
ghituuu.,uHUuu
ReplyDeletekelas gitu... dah jadi duta rambut gugur... hehehehe
ReplyDeleteRambut gugur ditakuti ramai huhuhuu.. :D
ReplyDeleteTermasuk la saya sendiri.. hurmmm nak cuba jugak lah :D
Deletesaya ni lagi la. rambut nipis je.
ReplyDeletesaya pun jenis rambut gugur..
ReplyDeletebuat masa ni saya guna dove..
apa2 pun best la akak dah kurang gugur rambut.. :)