Baru pertama kali jumpa dan merasa...KACANG POOL. Walaupun katanya ia popular di Johor, tapi ini baru pertama kali saya dan suami (kami berdua anak Johor) berpeluang merasa. Itu pun secara tak sengaja. Datang ke Medan Selera Benteng, Batu Pahat untuk makan Nasi Briyani. Ternampak ada kedai makan jual Kacang Pool, terus order satu. Baru nak mencuba haruslah satu je dulu. Kot tak kena citarasa tekak, taklah membazir.
Mula-mula tengok kuahnya, macam kuah kacang untuk makan satay/nasi himpit tu. Bila makan, barulah terasa ada daging kisar. Sedap jugak, lagi-lagi bila diperahkan dengan limau kasturi. Roti tu rasa macam tak cukup je.
Menu ni katanya dibawa masuk oleh orang-orang Arab. Tak pastilah kesahihannya. Yang pasti masa kecik dulu, selama duduk Johor tak pernah dengar pulak menu nama Kacang Pool ni. Bagi korang yang ada ke Batu Pahat dan nak merasa boleh ke Medan Selera Benteng, Peserai, Batu Pahat ni. Ada satu kedai je yang menjual (setakat yang saya pergi haritu).
Harga? RM5 satu set ni. Rasa macam mahal pulak. Makanya, nak murah kenalah belajar buat sendiri. Cari resepi, jumpa resepi Kacang Pool dari blog Mat Gebu. Korang nak mencuba bolehlah klik kat SINI.
pernah baca dalam blog yang lain2 pasal kacang pool ni...review sangat memberangsangkan, teringin pulak nak mencuba :)
ReplyDeleteuhhh tak pernah try lagi nie!
ReplyDeletemacam kacang pool haji rupa dia...cawangan dia kot...da selalu makan yang dekat arked bomba larkin...da pernah try buat juga...hihi...dulu harga dia rm4, skang da naik rm5..
ReplyDeleteoh..yela kot. mmg ada tulis 'cawangan larkin'. Saya tak penah mkn yg kat larkin..tu tak tau.
DeleteStyle dia sama dgn yg kat sebelah bomba larkin Ujie. Tapi di sini baru RM4/- yg kat peserai kakak tak pernah beli walau itu kg abang dan selalu singgah tapi makan sebab kami makan yg lain..
ReplyDeletedok baca entri kawan2...kacang pool hanya terdapat di johor ja..
ReplyDeleteByk kali baca pasal kacang pool ni tapi tak pernah jumpa depan mata.
ReplyDeleteKacang menyorok belakang mata. Hahahaha
DeleteTeringinnya nak rasaaaa....!
ReplyDeletekak nurul x pernah merasa lg kacang pool.
ReplyDeleteSedapkan kak..pernah sekali rasa kacang pool Hj kat medan selera bomba larkin..teringin plak nk makan lagi tgk gambar ni..
ReplyDeleteBaca dan tengok mencuba belum pernah...
ReplyDeletesaya pun pestaim dengar baru2 ni.. dan mmg tak pernah rasa pun..hahaha.. malu je ngaku orang johor :P
ReplyDeletetakpe..ramai je org Johor yg blm penah merasa. ni menu zaman skrg je kot. dolu2 mana ada..
DeleteTak pernah akak mkn ujie.. tengok Sedap tu ;)
ReplyDeleteDulu dekat Damansara ada 1 kedai Kacang Pool, belum sempat merasa dah tutup pindah katanya, balik JOHOR. :(
ReplyDeleteBukan saja saya tak pernah makan, dengar pun tak pernah...Nanti kalau saya pergi Batu Pahat lagi (anak belajar di sana), nak cuba makan kacang pool....
ReplyDeleteuncle suka swimming pool... :)
ReplyDeleteYg kacang pol Haji kat Larkin pun dah naik harga, rasa rasanya RM5 juga...
ReplyDeleteTak la susah sgt nak buat, sebab wife saya dah try buat..
guna kacang pol in can..cuma kena rajin try & error la..
Beriani Power BP dkt dgn Hospital BP tu dah cuba?
beriani power..blm try. Tapi ada sedara kat kg cerita2 situ mmg terkenal.
Deletetau pasal kacang pol ni tapi tak pernah rasa lagi..
ReplyDeleteNampak cam sedap je.. tpi tak pernah cuba lagi hehehe
ReplyDeletesedapnye....xtau pulak kat benteng ada kacang pool. nyum2..ujie, lama sungguh tak blogwalking. dah berubah muka dah blog ujie . nice!:)
ReplyDeletesaya ngan kawan sy kalau pergi JB mesti mak kwn saya kirim kacang pool otw balik sebab kat JB katanya yang terbaik..sib baik sy bukan menggemari kacang pool, kalau tak jauh nak cari tuh..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Teringinnya nak makan kacang pool ni. Dah lama tengok org asyik cerita pasal ni. Tapi still tak pernah jumpa. Jangan plak nnt yg payah nak jumpa ni la yg saya mengidam andaikata pregnant lagi nanti.
ReplyDeleteKedai pakcik saya kat usj 21 ade jual kacang pool nih.. bole try test =)
ReplyDeletehttps://m.facebook.com/profile.php?id=317172515101565&tsid=0.3254351585637778&source=typeahead