Ni cerita hujung minggu lalu...
balik kampung di Johor.
Di lebuhraya PLUS, jerebu. Bau asap memang kuat dan kesan terbakar kelihatan hampir di sepanjang perjalanan. Kebanyakkannya memang masih mengeluarkan asap, dan ada jugak yang sedang terbakar. Pokok-pokok besar tepi jalan ni pun banyak yang kering. Sedih tau!
Ni di laluan Pontian-Batu Pahat. Pokok-pokok di tepi jalan ni menghasilkan bunga yang luar biasa banyak. Cantik! Lagi-lagi bila angin bertiup, bunganya berjatuhan atas jalan. Sebelum ni tak perasan pokok ni ada bunga yang cantik. Nampaknya cuaca panas dan kering memang sesuai untuk pokok ni.
Sampai rumah mak saya, sedih pulak...tengok dinding rumah banyak yang retak. Yang retak semuanya melibatkan ruang tambahan. Rumah asal Alhamdulillah tiada keretakan (kecuali di kaki lima keliling rumah). Ruang tambahan pun bukannya baru, dah lebih kurang 20tahun dibina. Mungkin disebabkan faktor perubahan cuaca yang agak melampau (panas dan tanpa/sedikit hujan sekian lama), juga faktor binaan yang kurang baik.
Nota hati : Segalanya kabur....asap jerebu yang menyelubungi persekitaran dan nasib MH370 yang masih samar. Sungguh...ada sesuatu yang perlu kita pelajari dan insafi pada setiap yang berlaku.
Cantik gambar pokok tu mcm kat obersi
ReplyDeleteMh370..kenapa tak cari kawasan hutan
Moga mereka semua selamat dan dilindungi Allah
Rasanya ramai yg fikir gitu...nape tak cari kat hutan??
Deletegmbr pokok tu menarik perhatian..
ReplyDeletetruskan berdoa sebaiknya...aminn
Pokok penuh dgn bunga..mmg cantik!
DeleteSudah ada ura-ura Keluang, Mersing dan Kulaijaya akan dicatu air Ujie...
ReplyDeleteKena ingat dan buka hati dan iman kenapa ini semua terjadi..
Harap tak jadi la catuan tu..kesian org ramai.
Deleteassalamualaikum sis ujie :)
ReplyDeleteowh jerebu di sana sini,status MH370 jugak masih kabur...awal tahun Allah menguji keimanan kita,kesihatan kita,kesabaran kita ....
subhanallah cantik bunga2 tu.yelah rumah pun kena tempias faktor cuaca,kan
Waalaikum salam sis Lea..betul, besar ujian kali ni.
Deleteair kena catu tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni takde catuan.
DeleteBila tengok pokok yg gondol tu dah macam musim Autum pulak...
ReplyDeleteBila tengok yg penuh dengan bunga tu dah macam musim Spring pulak... Ujie :)
Ehee..betul sgt lah! Bolehla feeling ala2 kat negara 4 musim ya. :)
DeleteBaru 3 bulan 2014 kita sudah diuji Allah dengan pelbagai cabaran - banjir, kemarau melampau, ketiadaan air, jerebu dan kehilangan MH370. Apa lagi lepas ini ujian dariNya?
ReplyDeleteSemoga rakyat Malaysia tidak melakukan lebih banyak perkara2 yang menimbulkan kemurkaanNya....
kl dan selangor tengah jerebu...panas jangan cerita la...sampai bermai2 sakit tekak takde suara..kena banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti luar...
ReplyDeletemasih berharap MH370 dijumpai n selamat walau dah lebih seminggu...
Salam hujung minggu dari bunda...
ReplyDeletekat tempat bunda juga berjerebu...tapi semalam turunlah hujan sekejap...Alhamdulillah..
Gmbr pokok kering tu mcm kt russia.
ReplyDelete