Sunday, 16 March 2014

Penantian Yang Panjang

 
Pagi ni hujan turun dengan lebat dan lama (dari awal pagi).
Lewat petang semalam pun hujan, tapi cuma seketika.
Setelah menanti berbulan lama.
Penantian yang panjang.
Nikmat tak terkata.
Alhamdulillah!
 
(sumber: fb Sinar Harian)
Misteri MH370...penantian yang terasa panjang dan mendebarkan.
Sidang media semalam oleh PM Najib, memberi sedikit harapan.
Tidak terhempas, tapi mungkin dirampas.
Harapan yang mereka masih hidup.
Insya Allah!
 
 
*DOA...terima kasih kepada semua yang tak henti berdoa dan solat hajat / solat istisqa'. Teruskan doa kalian untuk kesejahteraan dan keselamatan negara kita.* 
 
 
p/s: di saat entri ini dihasilkan, hujan masih membasahi bumi..
 


9 comments:

  1. Alhamdulillah tempat acik pun hujan pagi tadi..walaupun dah berhenti tetap bersyukur

    ReplyDelete
  2. pertama: bila hujan barulah perasan gutter kat porch ada bocor sikit...

    kedua: pada aku, takde yang pelik atau mengujakan dengan pengumuman encik perdana menteri tu...

    ReplyDelete
  3. Di sini masih hujan rintik2, semalam memang agak lebat, tidur lebih nyenyak dalam kedinginan.

    MH370: Kadang2 lawak juga bila tiba2 saja muncul terlalu ramai jurutera penerbangan tak bertauliah memberi pelbagai teori dalam blog, twitter, facebook dan media sosial lain tentang kehilangan MH370...

    ReplyDelete
  4. Di saat komen ini ditaip pun hujan masih renyai. Penantian yg panjang akan terasa nimatnye menunggu.

    ReplyDelete
  5. Hari ni di tempat saya pun hujan dari pagi sampai ke petang renyai-renyai..... tapi bahang dalam rumah sangat terasa walaupun di luar hujan

    ReplyDelete
  6. Melaka hujan juga kak ujie....alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  7. di KL pun dapat hujan sikit-sikit...jadilah...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****