Wednesday 16 January 2013

MEMALI- Kenangan Seorang Polis


Tajuk: Memali  - Kenangan Seorang Polis
Penulis: Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim
Penerbit: Marshall Cavendish
Harga: RM29.90 
Muka surat: 199

Peristiwa berdarah MEMALI, biasa saya dengar tanpa tahu apa kisah sebenarnya. Buku genre sejarah (berbaur politik) ini memuatkan pengkisahan tragedi Memali menurut pengalaman dan pandangan penulis. Penulis merupakan seorang OCPD atau Ketua Polis Daerah Baling dari 1981 hingga 1986. 

Sinopsis
Tanggal 19 November 1985, 14 orang awam dan 4 orang polis telah terkorban di Kampung Memali, Baling, Kedah apabila pihak polis cuba menahan seorang ahli PAS yang juga ulama terkemuka iaitu Ibrahim Mahmood (dikenali sebagai Ibrahim Libya). Beliau dikatakan telah menggunakan perjuangan Islam sebagai helah bagi membantu kumpulan ahli politik Pembangkang untuk merampas kuasa. Dalam tragedi ini, beliau turut terkorban.

Turut dimuatkan dalam buku ini:
  • Kertas Putih Kerajaan 1986 (baca boleh, percaya belum tentu..)
  • Catatan oleh Yusuf Husin, seorang pengikut kanan Ibrahim Mahmood.
  • Ulasan rakaman video insiden yang dibuat oleh Pakar Videografi Cawangan Khas.
  • Kata-kata penutup oleh Tunku Abdul Aziz, mantan Timbalan Pengerusi Transparency International dan Penasihat Khas Setiausaha Agong PBB bagi Penubuhan Pejabat Etika PBB.

Petikan
Sedang saya melangkah pergi dari pagar itu, sekadar baru beberapa langkah sahaja ke arah kenderaan polis, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan yang berterusan tanpa henti, termasuk bunyi senjata-senjata automatik. Terus saya merebahkan tubuh ke tanah dan cuba mengambil posisi 'bersedia'. Saya dapat melihat begitu ramai orang yang melarikan diri keluar dari kawasan rumah sasaran. Ada di antara mereka yang tercedera, manakala yang lain pula ditangkap oleh polis. Saya kemudian bergerak semula ke pintu depan rumah. Pada waktu itu, di saat-saat ramai orang tercedera dan terkorban, hujan pula turun dengan begitu lebat. Kemudian saya dapat melihat Ibrahim Mahmood diusung keluar dari kawasan rumah. Walaupun masih hidup, kecederaannya nampak parah dan nafasnya juga begitu berat sekali.

---------------------------------------------------------------------

Buku ini cuma memaparkan dari satu versi sahaja. Untuk menilai sesuatu, kita perlu melihat dari pelbagai sudut dan versi cerita. Antara yang boleh korang baca, hasil catatan seorang anak yang bapanya terlibat secara langsung dalam peristiwa ini dan bapanya merupakan sahabat kepada Ustaz Ibrahim Mahmood. Baca kat SINI. 


p/s: Ada orang Memali? Kalau ada cerita, share la kat sini ya.

20 comments:

  1. masa kejadian ni, saya masih kecil...darjah satu kot...Sampai ke hari ini, macam2 versi saya dengar..maklumlah, melibatkan sentimen politik...tak tahu nak percaya yg mana satu

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..acik memang teringat sangat kisah ni..ada kawan yang sanggup kesana masa tu..kisahnya jga berbeza..
    rindu nak baca coretan ujie.

    ReplyDelete
  3. Kena baca dari banyak versi.. Baca boleh.. Tapi in the end mmg tak boleh nak tuding kata siapa yg salah..

    ReplyDelete
  4. DADDY Z:
    Betul. masing2 tunjuk pihak dia yg betul.

    ACIK:
    kalaulah dpt dikongsikn cerita kwn akak tu..

    RAI:
    Kita cuma dgr cerita, mmg tak boleh jd hakim. tapi boleh amik 'sesuatu' dari apa yg dah jadi.

    ReplyDelete
  5. kenangan berdarah. memang selalu kita dengar, baca & tonton dari sebelah pihak je...

    ReplyDelete
  6. saya banyak baca pasal memali ni dalam internet je. banyak versi. sekadar baca untuk tahu situasi...

    ReplyDelete
  7. time kejadian nie sy br 2 tahun..hehehe..tapi citer Mamali nie fames jugak laa..hehehe..tapi betul kak, citer mamali nie memang berbaur politik dan untuk menilai kita kena dengar citer dari 2-2 belah pihak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Saudara dua pupu JR tinggal di Kubur Panjang dekat Mamali, JR sendiri pernah melawat makam Mamali dengar cerita dari org tua2 yg masih mengingati peristiwa itu..Tragedi menyayat hati.. 14 org terbunuh lepas solat Subuh dan berpuluh2 lagi org kampung cedera diserang 3,600 org polis bersenjata lengkap serta kereta perisai..ia kisah sensitif, apa lagi bila Sultan Kedah sendiri (sekarang Agong) mencemar duli untuk hadir merenjis mawar di makam korban Mamali..

    ReplyDelete
  9. baru2 ni izan ada terbaca kat FB pasal memali ni. byk versi kan di sebalik kejadian ni.

    ReplyDelete
  10. xpernah dgr pulak.. baru lahir masa penulis bersara..

    ReplyDelete
  11. kena cari ni... kurang juga ilmu pengetahuan pasal memali ni

    ReplyDelete
  12. Buku ni mesti la versi daripada pandangan pihak polis kan? Kalau saya, saya akan lebih percaya kepada link yg ujie bagi tu. Sebab..... tgk situasi malaysia skrg la. Byk berita benar disorokkan. Jadi, yg mana tak kuar di surat khabar atau media mainstream tu saya lagi percaya.

    ReplyDelete
  13. LYD:
    BUKAN dari pihak polis secara rasmi. tapi dari sudut pndgn peribadi penulis...yg saya rasa dia tak setuju sepenuhnya dgn operasi ni & cara ia dilaksanakan.
    Dlm buku ni dia menyalahkn pihak atasan kerajaan & polis yg cuba campuradukkan politik dgn kuasa polis. Polis sepatutnya BEBAS dari mana2 kuasa politik.

    ReplyDelete
  14. Tiada satu keputusan yang menunjukkan benar dan salah tapi yang rupanya ornag Islam jugak.

    ReplyDelete
  15. yg salah tu jawablah kat akhirat esok..kat dunia boleh la nak nyorok..kat sana hang nak nyorok mana...peristiwa ni terjadi masa kita darjah satu kan ujie..masih segar dalam ingatan, saya duk follow perkembangan nya di tv..isu ni sangat sensitip n sentap bg sesetengah pihak...nice entry ujie..entry berani..

    ReplyDelete
  16. novel macam ni sedap jugak baca

    ReplyDelete
  17. TIHARA:
    a'ah, masa tu kita darjah satu. Tapi saya tak ingat apa pun psl hal ni. Dah besar2 baru mcm perasan.
    Berani tulis sbb nak review buku je. :)

    ReplyDelete
  18. btul tu..nk menilai kena tgk semua dlu... :) tp buku ni tak pernah lg nampak kot..sejarah ni klu baca berat...tu jrg tu bli bku sejarah.. ^^

    ReplyDelete
  19. ntahlah sampai ke hari ni mcm2 versi yang kita baca & dengar !

    ReplyDelete
  20. skang kena tgk byk2 versi br boleh percaya..xboleh nilai dr 1 versi je..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****