Sunday, 6 January 2013

Yang Indah Hanya Mimpi


Tajuk: Yang Indah Hanya Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM30 (sem. m'sia)
Muka surat: 903

Rasanya ni novel paling tebal pernah saya baca. Baru habis malam tadi. Tapi bukanlah baca berterusan, saya baca bila ada masa terluang. Saya sebenarnya bukanlah peminat karya Sharifah Abu Salem ni, saya minat karya Ramlee Awang Murshid. Tapi setelah menonton drama bersiri 'Trilogi Cinta 2' di TV1, saya tergerak hati nak mendapatkan versi novelnya yang dipromo pada penghujung drama. Jadinya, novel ini merupakan adaptasi drama bersiri tersebut. Novel ini juga sambungan kepada novel-novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Tapi saya tak pernah baca lagi yang lain-lain tu.

Sinopsis:
Razif dan Norjinah-
Kisah Norjinah yang bekerja sebagai orang gaji Razif dan kemudian menjadi isterinya. Waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Benarkah Norjinah ada lelaki lain? Adakah kerana jarak usia antara Razif dan Norjinah? Razif pula mula bermain perasaan dengan Suraya, suka tapi tak cinta! Bolehkah Norjinah menerima tamparan begini?

Badrul dan Norseha-
Berkahwin kerana terpaksa. Kelahiran Luqman atas dosa lalu, membuatkan Seha membencinya. Hidup mereka terus berantakan. Seha membenci Luqman dan Badrul. Haruskah Badrul memilih Sharifah Yasmin pula?

Novel yang penuh pergolakan cinta dan kekeluargaan. Bagaimana Mak Nab menghadapi karenah anak-anaknya?

Petikan Novel
Norjinah memandu pulang sambil menghubungi Razif. Dia kecewa. Razif masih mematikan telefon bimbitnya. 'Mungkin Razif masih di dalam kilang Mr. Lim. Apa kata Razif kalau dia tahu mak dah lari balik kampung? Mungkin Razif akan memarahinya pula kerana tidak memujuk mak. Tapi macamana nak pujuk, mak lari sebelum semua orang bangun?'.

Norjinah berhenti di lampu isyarat. Tanpa disangka, Razif dan Suraya sedang melintas di depan Norjinah. Dia terkejut dan tergamam melihat Razif dan Suraya begitu mesra sekali. 'Ya Allah..betul ke ni?'.


*bagi yang nak menonton drama bersiri ni, ada kat TV1 setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 10 malam.

p/s: Boleh pulak saya termenangis masa baca novel ni...ish!

17 comments:

  1. mesti best kan, tp jarang folow dah drama kali ni..rugi2..nanti nak follow balik :)

    ReplyDelete
  2. hhaha.. memula baca tjuk, mcm tjuk novel.. bila baca entry, memg novel rupanya.. hahah.. penulisnya fames gak.. karyanya salu msuk tv.. :)

    ReplyDelete
  3. Masa trilogi1 saya tgk smpi habis episod drama tu. Tp trilogi2 sy tak tgk..asyik lupa ja. Tp memang best drama trilogi cinta ni. Sy pun peminat Ramlee Awg Murshid..sy cuma sempat bca 2 buku beliau Adam dan Satu Janji. Lepastu, saya dh tak beli lg dh novel2 lepas kawen. Rasa mcm xcukup msa nk baca. Lama2 trus dh tak minat bc novel. Huhu

    ReplyDelete
  4. ros tengok cerita trilogi conta ni..kesian norjinah, macam rasa diri sendiri pulak..haha..padahal tak de lah betul pun..tapi memang normal perempuan ni kalau baca novel mesti menghayati..tgok bollywood part sedih3 pun nangis jugak..:P

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan..

    saya pon ade novel ni..tapi tak abes2 bace lagi..sejak bulan november..acaner tu?? hahahaha..
    best nye da abes bace..baru la berbaloi bile membeli kan

    ReplyDelete
  6. saya pun baca novel cerita ni, tapi yang sebelum-sebelum ni lah,, yang baru ni belum lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. Anak JR hantu novel. JR cuma baca novel time sekolah dulu, itu pun krn wajib baca....

    ReplyDelete
  8. dah lama saya x baca novel ni...

    ReplyDelete
  9. tak minat novel..tak pernah beli novel..tapi pernah baca novel hehehe

    ReplyDelete
  10. Akak pun peminat RAM...novel2nya mmng best....

    ReplyDelete
  11. sekali sekala je tengok citer ni..

    akak..novel ramlee awang murshid dah kuar...

    ReplyDelete
  12. EITA:
    smlm g cari kat popular takde lagi. Nxt weekend cari lagi..:)

    ReplyDelete
  13. Mesti best drama ni..belum pernah tengok lagi..novel pun jarang dah baca since dah kawin ni...

    ReplyDelete
  14. Derang buat drama dulu baru adaptasi ke novel. Biasa buat novel dulu baru jadi drama ye tak?

    ReplyDelete
  15. LYD:
    yelah lyd..mmg luar kebiasaan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****