Tentang warna pakaian orang yang datang berziarah.
Jika di kampung...
Mak saya dan orang perempuan lain memakai baju putih.
Dipadankan dengan tudung putih dan berkain batik.
Berbeza jika dibandar...
Orang perempuannya memakai pakaian pelbagai warna.
Atau sekarang ramai juga yang mengenakan serba hitam.
Macam dalam sinetron tu.
Jadinya, baju warna apa yang paling sesuai?
Sebagai menghormati kesedihan keluarga atas sebuah kematian,
Eloklah kita memakai pakaian yang tidak berwarna ceria.
Putih boleh, hitam pun boleh, atau warna lain yang bersesuaian.
Asalkan jangan kelihatan macam nak pergi majlis kahwin ya.
Tapi putih lebih sesuai sebab ia kurang menyerap haba panas.
Kalau tiada baju putih, baju berwarna gelap boleh dipadankan dengan tudung putih.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ni baru cerita bab berpakaian. Banyak lagi yang nak disebut sebenarnya berkaitan adab menziarahi kematian ni. Yang paling tak sesuai adalah bila kita hadir tapi asyik berborak, memang sangat tak menghormati keluarga yang sedang bersedih ni. Kalau tak mau atau 'tak boleh' baca Yasin/al-Quran, duduk diam itu yang terbaik.
tak pasti dari mana asalnya. cuma khuatir pakaian hitam tu bermula daripada ikutan budaya agama lain je...
ReplyDeletesy dah lama tak ikut mziarahi org meninggal...
ReplyDeleteBetul tu...adab2 semasa menziarahi kematian...ziarah org yg sakit, ramai yg ambil enteng..
ReplyDeleteBAB BAJU NI KDG SY X PERASAN PUN MAIN SARUNG JER NAK CEPAT.. JANJI BAJU KURUNG WARNA TU MMG XDELAH YG MERIAH PUN... LG² KALAU SAUDARA YG MENINGGAL MMG TAK PIKIR APE.. YG PENTG NAK ZIARAH...
ReplyDeletewak ziarah sllau pakai ketayap jugakkk.. uHuu
ReplyDeletebyk adab kena jg nak pegi ziarah org meninggal..
ReplyDeleterasanyer ramai yg pilih tuk pakai dua warna ni bila ada kematian kan
ReplyDeleteselalunya bila cerita pasal warna dalam menziarahi kematian 2 warna tu mmg sinonim..
ReplyDeleteeloknya pakai warna yg suram, jangan pakai baju lip lap lip lap pulok...
ReplyDeleteP/S. dah lama tak menziarah orang meninggal
Ari tu masa arwah mak meninggal, saya langsung tak terfikir pasal baju. Saya main pilih je baju apa2 pun masa berkemas tu. Penyudahnya saya pakai jubah jalur-jalur. Tapi warna tak la ceria. Huhu.
ReplyDeleteSebenarnya makruh dan boleh membawa hingga berdosa sekiranya melawat jenazah tapi berbual hingga lupa tujuan sebenar hadir ke tempat itu.
ReplyDeleteBetul pakaian kenalah yg tidak menarik. Kalau hitam/putih tapi mengerlap pun tidak baik juga...
ramai yg amik mudah adab2 menziarahi org yg meninggal kan.
ReplyDelete:)
ReplyDeletebetul kata smbotak tu.. saya pun agak terperasan pakaian serba hitam penganut agama lain ketika menziarahi kematian
ReplyDeleteSy sarungkan apa2 yg sempat. Asalkan menurut syariat Islam...
ReplyDeleteKdg2 kite dgr je org meninggal, dah tak pk apa. Semenya jdk rushing!
last ziarah kematian adalah arwah abg ipar..masa tu main sarung je, xde pikir ape dah.yg sy tahu nak cepat sampai umah..
ReplyDeletetak tau nak cakap dah kalau org yg melawat tu nk melaram habis..
ReplyDeletebacakan yasin tu bagus..nice sharing:)
aha, topik yang bagus kak...memang betul, kadang kala ada juga yang datang mengumpat pula si mati..huhu
ReplyDeleteYg penting berpakaian sopan... Ziarah mayat dgn baju hitam dan spek hitam tu spt trend pula, mungkin terikut2 dgn budaya mat salih...
ReplyDeletepaling penting menutup aurat...
ReplyDeleteputih atau hitam..itu saya setuju kak..baru-baru ini sy ade datang menziarahi orang meninggal..apa yang saya nak tegur kat situ adalah gelak ketawa dari sedara mara/kawan yang nmpak tidak sesuai..walaupun apa pun ceritanya tak elok laa gelak kuat2 sebab tuan rumah mungkin sedang bersedih...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
pakaian biarlah bersesuain dengan tempat yg dikunjungi...yang paling penting menutup Aurat..
ReplyDeleteSM & RAI:
ReplyDeletebetul, hitam mcm ikut agama lain. Tapi sbb takde halangan dlm Islam mengenai warna, maka dibolehkan asal takde niat nak tiru non-muslim. Wallahu a'lam :)
xpenah pk pasal kaler pn..slalu pk baju tu senang nk gerak x,sng nk amek wudhu x(setiap baju sye ade match tudung, ade yg match dgn selendang jd mcm payah klau nk rush).
ReplyDeletep/s:lg bagus kalau pkai baju yg besar dan boleh terus buat solat..
setengah tu sempat mengumpat lagi tu klu ada sesuatu yg mengaibkan pd simati..mcm takder masa lain..
ReplyDeleteadab berziarah kan Ujie... :)
ReplyDelete