Lewat senja itu saya menerima khabar dari kampung,
Salah seorang abang ipar saya telah kembali ke Rahmatullah.
Tersentak seketika. Tak terkata.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Ahad, 20 Januari 2013
Kira-kira jam 6.40 pagi memulakan perjalanan dari Bangi ke Pontian.
Alhamdulillah highway PLUS pagi itu agak lengang.
Saya dan suami sempat tiba di rumah keluarga abang ipar sebelum jam 10 pagi.
Dan suami sempat juga menyertai solat jenazah.
Air mata saya tak mampu ditahan lagi,
Tika melihat tangisan dua orang anak saudara yang kehilangan ayahnya.
Semoga mereka kuat dan tabah melalui perjalanan hidup yang masih panjang.
-------------------------------------------------------------------------------------
Buat pertama kalinya semalam kami balik kampung dan kembali ke rumah dalam masa sehari. Terasa letih tetapi lega sempat bersama kakak dan anak-anak saudara di saat mereka bersedih.
Abang ipar saya maut disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang empat traffic light Balai Polis Pontian (yang lama). Semasa kejadian, traffic light gagal berfungsi dan dia yang menunggang motorsikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan 4WD. Semoga Allah merahmati rohnya...
assalam ujie..salam takziah buat keluarga dan alfatihah buat arwah
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteal-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat...
ReplyDeleteslm takziah,sis.smga roh arwah ditempatkan dlm glgn yg beriman,dan zuriatnya sentiasa dilindungi Allah SWT.
ReplyDeleteal-Fatihah...
ReplyDeletesalam takziah..Al-fatihah.. moga roh arwah di tempatkan d kalangan orang2 yg beriman..
ReplyDeleteal-fatihah...
ReplyDeletetakziah kak ujie...
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihiroji'un... dari Dia kita dtg dan kepadaNya juga kita kembali Ujie. Dekat situ dah berkali-kali accident Ujie. Hari itu Honda terpusing boleh dari arah nak ke Kukup boleh terpusing masuk arah jln ke Benut.
ReplyDeleteKita sedih apa lagi kakak dan anak-anak buah Ujie. Moga mereka sabar,tabah dan redha...
Takziah kak atas pemergian arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah..
ReplyDeleteSalam Takziah,
-Strider-
Al Fatihah...
ReplyDeleteInnalillah...
ReplyDeleteRakziah utk awak sekeluarga.
=(
innalillah..takziah buat ujie sekeluarga..semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..
ReplyDeletetakziah buat family akak. al-fatihah. moga arwah ditempatkan dalam golongan para solihin.
ReplyDeleteal fatihah ujie...takziah...
ReplyDeletealfatihah..moga tabah..
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA SEMUA YA..
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati rohnya...amin,...
ReplyDeletesalam takziah... alfatihah
ReplyDeletetakziah, semoga arwah dicucuri rahmat
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah..
ReplyDeletetakziah untuk ujie dan famili arwah..
moga tabahkan hati
Al fatihah...
ReplyDeleteSemoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..
Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini
Al fatihah...
ReplyDeleteSemoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..
Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini
Al fatihah...
ReplyDeleteSemoga roh arwah di tempatkn bersama2 dgn hamba2 allah yg soleh..
Semoga tabah mnghadapi kehidupn ini