Saturday, 8 December 2012

Pendidikan Seks : TUTUP AURAT & TUNDUKKAN PANDANGAN


ASAS 2: MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan adalah satu konsep awal pendidikan seks dalam Islam. Ini kerana aurat adalah bahagian tubuh yang mampu membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu dalam ASAS 1 ibu bapa kena didik anak (yang sudah baligh) meminta izin sebelum masuk bilik ibu bapa. Tujuannya untuk memelihara aurat ibu bapa. 

Oleh itu, ibu bapa WAJIB mendidik anak-anak untuk menutup aurat mereka dan ibu bapa sendiri harus menunjukkan contohnya. Aurat perlu dijaga bukan sahaja semasa di luar rumah, tetapi juga semasa dalam rumah bersama ahli keluarga lain. Walaupun semasa bersama ahli keluarga (iaitu mahram) aurat seorang perempuan dengan mahramnya adalah dari pusat hingga ke lutut, tetapi seorang perempuan itu masih PERLU menutup mana-mana bahagian tubuh yg boleh merangsang nafsu lelaki. Perkara ini bila diabaikan mungkin boleh menyumbang kepada kes 'sumbang mahram'. 


ASAS 3: MENUNDUKKAN PANDANGAN

Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan." 
(Surah an-Nur : ayat 30)

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." 
(Surah an-Nur : ayat 31)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelaslah samada LELAKI atau PEREMPUAN perlu sentiasa menundukkan pandangan daripada aurat yang tidak halal bagi mereka. Tujuannya adalah untuk memelihara daripada dorongan seksual negatif. Jika anak-anak sudah terdidik dari kecil, Insya Allah mereka akan terbiasa untuk memelihara pandangan.

(sumber: Solusi isu 44, iluvislamimamudasyraf)


p/s: Walaupun ni asas pendidikan seks untuk anak-anak, tapi ia juga peringatan buat kita (terutama diri saya yang menulis). Dunia alam maya yang begitu terbuka terkadang buat kita alpa atas segala suruhan dan larangan Allah.

12 comments:

  1. betul sangat tu kak.. pendidikan yang macam ni memang kena mula dari kecil lagi..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni kes sumbang mahram berleluasa...ari tu dengar ceramah, ada kes yg mak dia taw anak jadi mangsa suami tp si ibu buat2 tak tahu sebab dia xlarat layan suami.eh blh pulak macam tu,xsyg ank kot.

    ReplyDelete
  3. sekat pandangan nafsu pun tewas..:)

    ReplyDelete
  4. AISHAH:
    mcm penah dgr kes tu. geram betul kan. mmg tak syg & tak jaga amanah Allah.

    ReplyDelete
  5. as salam

    kadang2 ada terjumpa profile yang tak bertudung..tapi dia berminat dengan info agama..semuga dia terbuka hati untuk bertudung dengan ikhlas..kita pun lom tentu lagi, cuma harap kekal dan jadi lebih baik..in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  6. pendidikan yg macam ni memang sangat perlu ditekankan....

    ReplyDelete
  7. betul tu...pendidikan perlu diterapkan dari awal, termasuklah tentang keajipan menutup aurat..kalau dah keras, susah nak dilentur

    ReplyDelete
  8. Sekarang susah sikit nak mendidik anak2 sebab ibu bapa kena bersaing dgn pengaruh artis2 di TV yg tak kisah tentang aurat...

    ReplyDelete
  9. tq kak saling ingat mengingati saya pun belum sempurna lagi...harap dari masa kesemasa kita semakin berubah kearah kebaikan...

    ReplyDelete
  10. Now kita kena kembali pd agama islam..didik dari kecil ttg agama..halal hrm..sbb pgaruh luar sgt mnakutkn..didikn dri umh sgtlh pnting

    ReplyDelete
  11. Now kita kena kembali pd agama islam..didik dari kecil ttg agama..halal hrm..sbb pgaruh luar sgt mnakutkn..didikn dri umh sgtlh pnting

    ReplyDelete
  12. Now kita kena kembali pd agama islam..didik dari kecil ttg agama..halal hrm..sbb pgaruh luar sgt mnakutkn..didikn dri umh sgtlh pnting

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...