Khamis lalu ke Nasuha Herbs & Spices yang terletak di KM 19, Jalan Muar-Pagoh, Johor. Kat situ kita boleh buat lawatan ke ladang herba, ada resort, spa dan restoran herba. Tapi saya & keluarga cuma ke Restoran Herba Nasuha, untuk mencuba hidangan berherba. Bagi yang nak info lanjut mengenai Nasuha Herbs & Spices ni, sila klik SINI.
Atas- penunjuk arah, juga tempat yang sesuai untuk berfotografi.
Bawah- Pintu masuk ke kaunter utama, muzium, jualan herba dan restoran. Kena bukak kasut untuk masuk ya.
Masuk dari pintu tadi, ada kaunter di sebelah kiri dan di sebelah kanan ada ruang muzium dan jualan produk berasaskan herba dan rempah.
Atas- Teh herba pelbagai jenis yang dijual. Juga terdapat dalam bentuk pil.
Bawah- Pelbagai rempah...saya beli rempah soto.
Kalau terus je...akan ke pintu masuk restoran. Dekorasi kat pintu pun dah sangat menarik dan unik!
Dekorasi dalaman restoran dengan sentuhan alam semulajadi dan bertemakan kesihatan.
Perhatikan lantai, kerusi meja, dinding dan keseluruhan ruang...terasa dekat dengan alam!
Makanan istimewa di sini...Nasuha Herbal Briyani. Ada briyani ayam, daging dan kambing. Untuk briyani ayam ni harganya RM13.90. Rasanya lebih kurang macam nasi briyani biasa, dan memang sedap! Kalau order nasi briyani ni dapat sekali Teh Herba. Kita boleh pilih herba ikut masalah kesihatan kita, antaranya Centella dan Noni. Rasa teh herba ni tak pahit tau, tawar semacam je. Selain nasi briyani, ada menu lain seperti Nasi Goreng Herba, Mee Bandung Herba dan Mee Kari Herba.
Cara ke sini? Dari Lebuhraya PLUS, keluar Plaza Tol Pagoh. Ambil arah ke kiri. Nasuha Herbs & Spices terletak kira-kira 3km dari tol tadi.
Uhh... teringinlah kakak nak pergi Ujie. Dah selalu ulang-alik ke Muar tapi tak tahu ada restoran herba macam ni..
ReplyDeleteMenariknye restoran ni..lain dari yg lain..
ReplyDeleteKalau nanti JR ke Batu Pahat tengok anak di sana, insyaallah jika teringat, JR akan cuba ke restoran tu...
ReplyDeletenampak best ni tapi takde sedara kat johor..kemungkinan nk g sana sangat tipis.. :)
ReplyDeletenadira tu nama anak sedara..hee :)
ReplyDeletewah kalau pi sana boleh try ni...terliur saya tengok nasuha herbal briyani tu...
ReplyDeletethanks 4 da sharing kak..nanti kalau lalu area sana leh singgah..
ReplyDelete:D
Regards,
-Strider-
jauhnya...hihi..utara selatan...
ReplyDeleteWah... Port baru tahu.. Lepas ni bolehla singgah
ReplyDeleteTIHARA:
ReplyDeleteoh..anak sdara.. :)
DIANA:
Ada gak menu biasa. Cth: nasi goreng biasa, teh o.
saya yang org johor pun tak sampai lagi...tak tau pun...lepas nie, nalik kg boleh pg ! :)
ReplyDeleterasa macam pernah keluar tv pasal restoren ni..saya mmg tak penah sampai la..hehehe..
ReplyDeletewahhh,...sgt pjg itu beras....hahaha...meriah restoran ni..msti msakan ye berkhasiat kan...
ReplyDeleteuikhh mmg very natural internal decoration dia..
ReplyDeleteboleh le terjah situ bile ke arah sana nanti :)
kak ujie, entah kenapa bangun pagi ni terus teringat kat akak. masuk2 tgk 'rumah' akak ni dah bertukar wajah.... cantik!!!
ReplyDeleteizan tak pernah pun singgah sini... pernah lalu je. teringin juga nanti sbb lain dr yg lain kan...
amboiii sedapp nye nasi briyani tuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteIZAN:
ReplyDeletehahaa..tu pasal izan teringat kat akak, nak tunjuk 'rumah' baru. ^__^
serba serbi sehat kat sini..
ReplyDeletesaya dah penah singgah. dan memang makanan kat situ sedap sedap! nasi briyani, mee bandung, suma sedap! teh herba saya pilih garcinia sebab rasa dia masam masam. yummm!
ReplyDeletecantiknya tempat ni..memang sesuai dengan tema herba..
ReplyDeleteala jauhnya nk pi try pun hehehe