Tuesday, 11 December 2012

Kopi Tahi Gajah @ Black Ivory Coffee

Saya cuma tahu Kopi Musang Luwak,
Rupanya Kopi Tahi Gajah pun ada jugak!
Nama sedapnya 'Black Ivory Coffee'.
Dihasilkan melalui proses penghadaman oleh gajah Thai di utara Thailand.
Sejurus lepas gajah mengeluarkan najisnya, biji kopi terus diambil dari najis tersebut.
10,000 biji kopi diperlukan untuk menghasilkan 1kg 'Black Ivory Coffee'.
Kopi ini dikatakan cuma mempunyai 1% kandungan kafein.
Disebabkan ciri-ciri di atas, harga kopi ini menjadi mahal.
Kopi ini dijual dengan harga USD44 untuk 35g!

Apa hukum minum kopi ni di sisi Islam?
Jika cukup syarat-syaratnya maka hukumnya HARUS untuk diminum.
Tapi kalau tak cukup syarat, jadi HARAM.
Sila rujuk fatwa kebangsaan mengenai 'hukum minum kopi luwak'.
Sama je sebab keduanya melalui proses perkumuhan haiwan.
Sekalipun tak jatuh haram, saya tetap tak lalu nak menikmatinya.
Nasib baik harganya mahal, kemungkinan terbeli atau terminum tu kurang.

*website 'Black Ivory Coffee': INI

20 comments:

  1. Derang ni suka betul makan najis haiwan. Bagi saya pulak, walaupun hukumnya harus, tapi rasa mcm tak tergamak plak nak minum. Huhu.. ujie plak cemana?

    ReplyDelete
  2. hahaha..baru saya tahu ada kopi tahi gajah!

    Kopi luwak tu saya pernah try minum masa gi Bali..Ikut tekak saya, saya suka lagi kopi 434...hihihih

    ReplyDelete
  3. eeeyekk..tak lalu.tak lepas nak telan

    ReplyDelete
  4. hmm tak terfikir untuk minum..t.kasih atas perkongsian sekurangnya dapat menambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  5. Esok-esok kopi tahi @#$% pun ada juga agaknya...

    Suka kopi Hang Tuah...

    ReplyDelete
  6. kopi macam ni pun ada juga ye...mahal pulak tu

    ReplyDelete
  7. mak datuk rege dy kakak! dekat rumah kie ni kuat minuj kopi kak..kopi biase jela.tunggu kayo kalau nak minum kopi mahal segini..:)

    ReplyDelete
  8. LYD:
    tak lalu..terbayang segala.

    DADDY Z:
    fuh..dah try kopi luwak tu..

    ZIE:
    unless..tak tahu, kann

    KAK AYA:
    saya pun baru tau..tu nk share.

    MIE:
    kopi apa tu? Oh..tidak!

    RUSAZZIANA:
    Org kalau dah kaya..pelik2 seleranya.

    ROS:
    kayo camne pun..takmo lah..^__^

    ReplyDelete
  9. tq share ye. KA singgah baca dlm cuti2 mesia ni

    ReplyDelete
  10. Kopi yg kuar dari gajah gak nk dimkn..dorg belum try kopi kmpung g..baru terangkat haha

    ReplyDelete
  11. 1st time dgr...huhu

    sgt x lalu la kak ujie heeee lgpon ira bkn pggemar kopi...skg pn minum green tea...

    nsb baik :)

    ReplyDelete
  12. Uik, ye ke ni, 1 st time baca, terus kena hati2 dari terminum :)

    Setakat ni tak penah minum lagi :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikun kak Uji... salam perkenalan drp MSP..

    Biar betul... sanggup ke nak minum ni

    ReplyDelete
  14. Mahalnye harga dia...
    dengar nama jer pun tak lalu nak minum..

    ReplyDelete
  15. isu ni hangat gak kat FB...tak nak la bnda2x ni..adehhh..tak jdi rasa nk mnum kopi..adehhh

    ReplyDelete
  16. nak minum pun rasa nyer nak fikir bertaus kali

    ReplyDelete
  17. pnh dengar kopi musang luwak tu je,gajah pun ada rupanye...saya bkn penggemar kopi...hee

    ReplyDelete
  18. Kalau koli gajah yg ori tu mmg mahal.la. Kalau stakat kopi gajah 434 tu xkan 100% dps tahi gajah yg mahal tu. 434 tu dah campur la...kopi ni org x mkan. Yg makan, gajah tu. Biji tu dibasuh,jemur, dihancurkan jd serbuk kopi. Baru la.buat air pastu.minum...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****