Tiada beza tarikh secantik ini dengan tarikh-tarikh lain.
Kerana setiap tarikh terlalu istimewa, tak mungkin berulang!
Setiap tarikh ada ceritanya sendiri. Mungkin suka, mungkin derita.
Biarpun 7/9/12 bukan tarikh cantik, tapi pasti terlalu istimewa.
Andai itu detik bahagia kita, yang tak mungkin terpadam dari memori.
Tarikh yang kelihatan tak cantik itu, menjadi sangat cantik di hati kita!
Tarikh itu menjadi istimewa kerana peristiwa indahnya.
Sekalipun 10/10/10 tarikh yang amat cantik, tapi belum tentu istimewa.
Andai itu detik menyayat hati, yang terlalu pedih untuk dikenang.
Tarikh yang kelihatan cantik itu, menjadi buruk di hati kita!
Tarikh itu menjadi buruk kerana peristiwa hitamnya.
Apa ada pada tarikh?
Peristiwa hari tersebutlah yang menentukannya!
------------------------------------------------------------------------------------
Masih ingat peristiwa kemalangan ngeri bas ekspress Delima bertarikh 10/10/10 di Lebuhraya PLUS? Tragedi yang mengorbankan 12 nyawa itu mudah saya ingat kerana tarikh 'cantiknya' dan saya sendiri berada di kawasan kejadian.
Imbas kembali...saya dan suami bergerak keluar dari rumah mak (suami) di Batu Pahat agak lewat petang. Setiba di lebuhraya PLUS, kenderaan bergerak lancar.
Sehinggalah tiba di suatu kawasan, tiba-tiba kenderaan di hadapan bergerak perlahan. Saya lihat ke jalan dari arah bertentangan, hampir tiada kenderaan. Hanya ada sebuah dua sahaja. Tak lama kemudian, saya lihat ada beberapa kereta yang sedikit remuk di jalan tadi. Kereta kami masih bergerak perlahan dalam kesesakan dan berada di lorong ketiga. Saya lihat ada kesan kemalangan pada pembahagi jalan, kemudian baru nampak sebuah bas yang terbalik di tengah jalan pada arah bertentangan dan ramai orang berkerumun di tempat kejadian.
Tak lama, keadaan jadi kecoh bila bas tadi mula mengeluarkan asap tebal. Saya mula cemas sebab kedudukan kereta kami betul-betul bersebelahan dengan bas yang berasap tu (dipisahkan oleh pembahagi jalan). Ada seorang yang menjerit-jerit bagi arahan agar semua kenderaan segera beredar, bimbang bas akan meletup dan terbakar. Mulut saya tak berhenti membaca ayat kursi sebagai pendinding, sangat risau sebab kenderaan bergerak sangat perlahan. Alhamdulillah, kami selamat beredar dari zon kemalangan dan bas tu pun tak terbakar (menurut berita).
nombor yang dianggap cantik, memang mudah untuk menjadi kegilaan...
ReplyDeletesampai ada yang sanggup jalani pembedahan utk bersalin hari ni kan.. hmm..macam2..
ReplyDeletekalau saya berada di tempat ujie mesti saya trauma tengok keadaan tu T_T
Macam pernah dengar cerita bas terbalik tu, tapi tak berapa ingat sgt. Lagipun ada byk sgt kes bas terbalik. Kalo saya berada di tempat ujie pun masa tu, mesti saya panik. Yelah dah bas dah berasap2. Kalo terbakar je takpe. Kalo meletup. Nauzubillah.
ReplyDeletekalo sy time tuh...mgkin dah lari kuar tinggalkan keta...bwk perut pun takpe lah, lari slow2..
ReplyDeleteRAI:
ReplyDeleteMmg trauma jap lps tu, rasa mcm Allah bg peluang terus hidup.
LYD:
Saya mampu ingat sbb tarikhnya tu..dan peristiwa cemasnya.
DIANA & MUN:
Mmg ada ajak suami keluar je dari keta. Tp dia kata nnti dulu. Lg pulak keta kami kat lorong ketiga..kalo tinggal gitu lg jam sume org takleh jln. Masing2 dok hon soh gerak cpt.
:) cantik tak cantik sbnr ye semua kerja Allah...Allah yg menentukan segalanya...berdoa jela..moa yg baik itu trus baik..dan sbliknya dijauhkan...
ReplyDeleteada kisah disebalik tarikh... suka dan duka gembira sedih semua ada
ReplyDeleteseram..kalau sy memang mengucap panjang la..memang terasa mcm diberi peluang hidup sekali lagi
ReplyDeleteOoooo..ada di lokasi kejadian ya masa insiden bas Delima tu...Mmg dahsyat eksiden tu..kalau tgk gambar2 yg tersebar di internet, katanya driver bas putus badannya..dan Myvi yg dihempap bas tu..aduh...
ReplyDeleteya Allah, ngerinya.. kalau saya dekat tempat akak pun saya rasa cemas..
ReplyDeleteKetika semua org terpesona kpd kecantikan tarikh dlm kalendar masehi, kita terlupa kpd kecantikan tarikh dlm kalendar Islam...
ReplyDeleteno cantik kadang kala menimbulkan satu tragedi tak diduga..:)
ReplyDeleteBetul..setiap tarikh tu ada ceritanya...
ReplyDeleteIngat lagi peristiwa bas terbalik tu..akak ada sana ye...klu lily pun memang cemas jugak lah..betul² bersebelahan tu...
bagi ita tak kisah langsung pasal tarikh...
ReplyDeletetarikh memang cantik.. tapi tidak memberi apa - apa kesan pun.. :)
ReplyDeletebetul kak..sometime orang terlalu obses tentang tarikh yang cantik..kalau saya laa, sy lebih rela khawin pada apa-apa tarikh pun..kos pun tak tinggi..hehehe
ReplyDeletep/s: seram gak baca cerita akak tengok sccident tu..sy igt2 lupa pasal tarikh tu..
Regards,
-Strider-
Memang cantik tarikh ni kan...tapi akak tak kisah pasal tarikh ni..
ReplyDeleteBetul tu..kejadian di sebalik tarikh yg kita ingati....
Kejadian kemalangan BAS memang diingat sehingga kini, dan dalam masa sama Angkasawan kita kawen termasuk Aqasha..
ReplyDeleteno yg plg bermakna bg saya, 9.12.12.. =)
ReplyDeleteJR:
ReplyDeleteterima kasih JR..
saya mula tersedar, mungkin patut kita letak tarikh kalendar islam di entri/blog.
CK:
tarikh apakah itu?? :)
ooo..saya ingat bas delima yang accident tu.. ya Allah, kalau saya pun kecut perut masa lalu sebelah bas tu..
ReplyDeletehmm. teringat juga peristiwa kemalangan tu. trikh 10.10.10 tu tarikh konvo saya dulu. hehe
ReplyDeletemasih segar lagi di ingatan kemalangan ngeri tu..
ReplyDelete