Wednesday, 5 December 2012

Pendidikan Seks : MINTA IZIN MASUK BILIK TIDUR

Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam soal PENDIDIKAN SEKS untuk anak-anak. Cuma kita mungkin terlepas pandang bahawa dalam perintah Allah dan panduan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. itu sebenarnya merupakan satu pendidikan seks. 

Terdapat beberapa ASAS PENDIDIKAN SEKS UNTUK ANAK-ANAK, saya pecahkan kepada beberapa entri untuk mudah saya menulis dan mudah korang membacanya.

ASAS 1 : MEMINTA IZIN MASUK KE BILIK IBU BAPA

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak


Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. 

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

(Surah An-Nur: 58-59)


Jadi, ibubapa kenalah didik anak untuk minta izin (ketuk pintu) sebelum nak masuk bilik ibubapa dalam tiga waktu tersebut. Kenapa TIGA WAKTU tersebut?
  • Sebelum solat Subuh - kerana ini waktu kebiasaan ibu bapa sedang tidur atau baru bangun tidur. Berkemungkinan ketika ini aurat ibu bapa sedang terdedah.
  • Waktu tengah hari (sebelum Zohor) - kerana ini waktu biasa ibu bapa berehat atau tidur sebentar. Berkemungkinan sedang membuka/menyalin pakaian dan terdedah aurat.
  • Selepas Isyak - kerana ini waktu biasa ibu bapa bersiap-siap untuk tidur atau berehat dalam bilik dan berkemungkinan aurat sedang terdedah.

Kita tahu bahawa aurat yang terdedah mungkin boleh membangkitkan nafsu (walaupun dengan mahram sendiri). Sebab itulah aspek AURAT ditekankan dalam ayat di atas. Selain itu, jelas Islam menitikberatkan hal berikut:
  • adab meminta izin untuk masuk ke ruangan/rumah orang lain.
  • adab menghormati waktu 'privacy' orang lain.
  • adab memelihara kehormatan orang lain.
[sumber: Solusi isu 44 & hanan.com]

*PENDIDIKAN SEKS...BERMULA DARI RUMAH*

24 comments:

  1. adab masuk bilik tidur mak ayah tu memang dh diajar waktu sekolah menengah..pendidkan al-quran dan assunnah kalau tak salah..:) dah lame tinggal..tapi kadang kala kalau tak dididik dari kecik anak-anak akan terbiasa masuk bilik org tua tak kira waktu..kan kak? :)

    ReplyDelete
  2. ROS:
    a'ah..tapi lupa lak dlm quran sunnah ke syariah islamiyyah. Yg penting, sambil menulis ni akak mmg dok refresh ilmu.

    ReplyDelete
  3. as salam

    kadang2 kesian tgk rumah org yg takde bilik ..but nice sharing:)

    ReplyDelete
  4. bukan setakat bilik ibu bapa...tp jugak bilik orang lain.......

    ReplyDelete
  5. Begitulah betapa Islam menitik-beratkan adab. Dulu ada pelajaran adab sekarang tukar akhlak... oklah tu (sekolah agama Johorlah tempat lain kakak tak tahu)

    ReplyDelete
  6. terima kasih share ...perkara2 penting begini ramai yang ambil mudah...saya beritahu anak2...rupanya mereka dah belajar....saya yang ketinggalan ilmu...

    ReplyDelete
  7. ye la jangan sembarangan...tp org skang xksh n xtitik beratkan sgt soal ni..yg sebaiknya ikut camni la...

    ReplyDelete
  8. Begitulah indahnya Islam, bukan saja merangkumi ibadat, tapi sosial, budaya, undang2, malah semua aspek kehidupan termasuk seksologi...

    ReplyDelete
  9. betoi2..benda ni penting..ni jugak satu cara nak ajar anak supaya menghormati ruang peribadi ibu bapa.

    ReplyDelete
  10. bagus jugak share kat sini

    ReplyDelete
  11. betul. walau sesama kaum keluarga, aurat kena dijaga. sebab dari situlah timbulnya naluri itu dalam tak sedar...

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang baik kak. terima kasih

    ReplyDelete
  13. great post *_* your blog is very good and interesting <3 im glad if you visit my blog, too <3 keep in touch!

    xx
    beauthi.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. betul kak..rumah adalah asas untuk memberi segala pendidikan.. :D

    ReplyDelete
  15. Salam Ujie. Kalau kita ikut ajaran Islam secara menyeluruh, memang kita akan sedar bahawa ajaran Islam la yang terbaik. Sampaikan ilmu rumahtangga pasal nak masuk bilik pun diajarkan. Kebanyakan saya tgk parents yang susah nak asingkan tempat tidur anak bila dah besar. Sbb dari kecik dah diajar tidur bersama. Saya nanti ntah le cemana nak ajar anak tidur sendiri.

    ReplyDelete
  16. Betul tu, kena didik anak2 nak masuk bilik IbuBapa ketuk terlebih dahulu, dapat izin baru amsuk :D

    ReplyDelete
  17. anak2 wak pon besar2 jugakk.. aHHKs

    ReplyDelete
  18. wahhhh Ujie... aku suka lah topik ni...

    tapi aku setakat ni tak terhad dalam bilik jer.. nanti anak2 kena ketuk pintu bilik, pintu dapur, pintu bilik air.. eh

    ReplyDelete
  19. bagus perkongsian ni Ujie..

    ReplyDelete
  20. terima kasih mengingatkan saya.... tp percayalah anak saya tu.. saya hilang dr bayangan dia jer dah terjerit² panggiil, selagi tak menyahut semua blk diketuknya mencai saya.. sabar jerlah...

    apepun segala pendidikan utk ankkk mmg bermula dr rumah, krn ibu bapa cermin pada anakkan..

    ReplyDelete
  21. MASYA:
    takpe..anak masya tu kecik lagi, lama lg nak baligh. masih ada masa nak didik dia. :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...