My Blogshop :

Friday, 24 February 2012

Khadam

(Amaran: ada unsur SERAM sikit, kurang sesuai untuk bacaan malam.)

Pernah dengar orang ada khadam (hamba)?
Bukan khadam yang boleh dilihat dengan mata kasar tau.
Tapi khadam dikalangan makhluk halus...JIN.

Pertama kali saya tahu dan berdepan dengan orang yang ada khadam...
Semasa menetap di asrama sekolah menengah.
Semua orang tahu dia ada khadam...bukan rahsia.
Dia mampu tahu apa yang bakal berlaku...dengan bantuan khadamnya.
"minggu depan asrama puteri akan diserang dengan makhluk halus.."
Lebih kurang begitu amarannya, yang diterima melalui khadamnya.
Betul...minggu depannya asrama puteri jadi tak tenang.
Ada yang ternampak lembaga, tak kurang juga yang menjerit-jerit dirasuk.
Hingga terpaksa buat 'pagar bilik' pada setiap malam sebelum tidur.
Malam hari adalah saat yang mendebarkan...tidur dengan rasa takut!
hiasan semata ya..
sumber: google

Berbalik kepada dia yang mempunyai khadam tadi...
Rumahnya juga tak mampu diceroboh pencuri...
Yang ketakutan melihat dirinya ada di setiap tingkap rumah.
Yang sebenarnya...itu kerja khadam belaannya.

Ketika itu jahilnya saya dan yang lain-lain...
Boleh percaya dan menerima dia dan khadamnya.
Kerana merasakan khadam itu baik dan membantu kami.
Juga diberitahu pula khadam itu adalah JIN ISLAM.

Hakikatnya...
Khadam...yang biasanya diperolehi melalui saka atau amalan tertentu itu,
SYIRIK hukumnya...dan BERDOSA percaya apatah lagi memilikinya.
Kerana manusia hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah yang Maha Kuasa.
Jangan lupa bahawa jin dan yang sejenisnya telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Tentunya makhluk ini ada banyak tipu muslihat untuk memperdayakan kita.
Sebab itu walau dia mengaku jin Islam, kita tetap dilarang berdampingan dengan makhluk ini.


*entri yang berkaitan...SAKA: Warisan Yang Menyusahkan.

25 comments:

  1. assalam ujie..masa dulu2 selalu la acik dengar..tolong buat kerja dan sebagainya..
    zaman ujie sekolah tu kira belum la lama sanga kan..ada jugak ye..

    ReplyDelete
  2. sbb tu org mudah keliru bila nak berubat..biasanya diorang guna ayat2 Al Quran pastu menurun jadi orang lain..menyampah betul, mcm mana nak kikis kepercayaan mcm ni..

    ReplyDelete
  3. ooh pernah dgr tp tak pernah tgk dpn2..huuu..xda lg kwn y camni..

    seram gak kak...

    ReplyDelete
  4. Perbuatan membela khadam adalah syirik. Ia jadi amalan kebiasaan bagi segelintir masyarakat kita zaman dahulu kala atas pelbagai faktor spt utk menjaga keselamatan rumah dan haiwan ternakan. utk dijadikan pelaris dlm perniagaan dan juga utk pengasih. Dalam buku Amalan Sihir Mayarakat Melayu:satu Analisis (di tulis oleh Dr Amran Kasiminada menerangkan agak panjang lebar isu ini.

    ReplyDelete
  5. takde khadam pun tak pe lah....
    janji tak buat perkara2 syirik macam ni...

    ReplyDelete
  6. baru je nak baca tapi bila akak tulis x sesuai dibaca waktu malam terus scroll bawah...takut nak baca..esk la baru baca..haha

    ReplyDelete
  7. seram plak lily baca mlm2 ni..berdua jer dgn Qis ni..laju2 baca.. :)

    Tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah..

    ReplyDelete
  8. walaupun niat nak jaga hak kita, tapi jugak jadi syirik kan akak?



    semoga kita semua dijauhkan dengan perkara syirik camni :)

    ReplyDelete
  9. pernah jugak dengar kisah macam ni....tp kot mana pun ttp syirikkan.tempat meminta hanya kepada Allah SWT...

    ReplyDelete
  10. Salam... Ujie.... Pelik kan zaman moden pun nak lagi guna benda2 halus ni.

    ReplyDelete
  11. tajuk scary tapi isi penuh info manafaat. takder lah takut sgt hihihihi

    ok, ya betul tu ujie mmg kita dilarang berdamping dgn mahkluk ini.apatah lagi minta bantuan dgn nya...walaupun ia claim dirinya jin islam tapi kita kena ingat....

    sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin

    ReplyDelete
  12. salam, kak ujie.. khadam ye namanya..
    mak pernah cte..
    masa mak nisa kecil2 dulu..
    rumah sebelah ni, walaupun owner keluar jalan2, dia biar je rumah dia terbuka.. sedangkan takde orang kat rumah..

    satu malam tu, ada pencuri ni dia nak curi itik itik jiran tuh.. last last, pencuri tu tertidur kat bawah rumah tu. Then, polis tangkap dia. Seram gak bila mak cte. Huhu..

    Yep, minta pertolongan dari Allah S.W.T :)

    P/s : Huwaaa.. nisa takleh tdur ni -_-

    ReplyDelete
  13. acik:
    sekitar thn 90-an...pun masih ada.
    kalau zaman tok moyang tu biasalah kan..

    tihara:
    betul..sama dlm kes ni.
    dia juga ubatkan org guna ayat quran. tapi rasanya khadam dia terlibat gak.

    percaya pd Allah..tu je yg boleh ubah perkara syirik ni.

    j.ira:
    tak payah ada kwn/kenalan gini lagi baik. tak pasal2 kita terlibat sama.

    shameel:
    zaman dulu kala Islam tak sampai secara menyeluruh, ada la alasan. tapi zaman moden ni..dah tau salah masih nak buat.

    eita:
    kalaulah tiap org fikir gini..mmg takde masalah. ^_^

    ieja:
    akak saja buat amaran..sbb ada setengah org mmg lemah semangat. mudah takut..

    ReplyDelete
  14. LILY:
    hehe..takpe baca laju. asal faham maksud nak disampaikan.

    MISS B:
    yup..apa jua sebab, kita mmg tak boleh ada apa2 hubungan dgn makhluk halus ni.

    AISHAH:
    kalau tak tau mmg boleh terpedaya..nampak mcm baik tapi sebenarnya ia membawa kpd menyekutukan Allah-syirik.

    LYD S:
    biasanya org gini rasa bangga krn ada power lebih dari org lain.

    TP:
    kata Power..mana boleh takut..^__^

    siapalah kita nak sahkan keIslaman dia..

    KHAIRUNNISA:
    haa yelah tu..khadam dia la tu yg jaga rumah.

    *kan dh warning tu..apsal baca gak. akak tak salah tau nisa..hahaaa!

    ReplyDelete
  15. betul tu kak..hanya allah tempat untuk kita meminta..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. huhu.. dulu2 time study pun ade sorang kawan yang ada khadam tu.. eee seram je nak kawan dengan die, tapi una wat bodo je la yang penting kite tak kacau die & dia tak kacau kte yg nak study nie..huhu

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete
  17. syaitan dengan pelbagai cara dia buat nak sesatkan anak adam..guna pelbagai nama..hehe

    ReplyDelete
  18. hayoooo
    kat zaman sekolah pon ada berani amal mende2 syirik ni ye kak
    aduhai
    teringat ms sekolah dulu
    byk sgt gangguan2 makhluk halus ni..

    ReplyDelete
  19. bukankah jin,iblis,syaitan yang dilaknat allah itu telah berjanji akan menyesatkan anak cicit adam ?

    *kita manusia akhir zaman ni perlulah mengelakkan melakukan perkara syirik ... subhanallah..

    ReplyDelete
  20. oh orang panggil belaan tu khadam jugak eh, yang saya tahu selama ni khadam dalam tiga abdul tu je.
    Tapi kalau dengar cerita pasal khadam ni memang seram sejuk, bnyak saya dengar orang2 bercerita.

    ReplyDelete
  21. dulu kawan Yana kan dia selalu cerita yang ayah dia boleh nampak apa yang dia dan adik beradik dia buat walaupun dok jauh..masa tu syok lah dengar sebab tak tahu apa2..tapi bila baca ni maksudnya tu jin jugak lah ya kak..ishh..seramnya..

    ReplyDelete
  22. AZLAN:
    krn Allah yg berkuasa atas segala yg ada.

    CIK UNA:
    ngeri jugak berkawan dgn org yg ada khadam ni tau..
    dan susah pulak nak betulkan akidah dia.

    HJ:
    betul..nama mcm2, tapi makhluk yg sama. ^_^

    AIMIE:
    masa akak tu pun..mmg byk gangguan makhluk halus kat asrama & sekolah.

    LYNDA:
    statement tu biasa kita lupe..manusia sifatnya mudah lupa!

    YAYAN:
    khadaaam! hahaaa..yg tu orang, takpe.

    PRETTYWRITE:
    samalah, akak masa tu pun tak tau tu sume salah. kita syok sbb ada yg bantu. pdhal tu kerja jin.

    ReplyDelete
  23. wktu saya form 5 dlu, rmai bdak2 form yg bawak tangkal konon sbb dok asrama keras, bnyk histeria la hape..
    tp bdak yg xbawak tangkal yg dok kne kacau sbb sesama jin berlawan nk tunjuk power..
    kesudah nye warden sruh buat spotcheck, sape ade pakai benang hitam ke, bungkus kuning ke hape sume kne rampas..aman damai jer..

    ReplyDelete
  24. alamak...xdpt bce,...da mlm...hahaha...hope bende2 khurafat n syirik dapat dijauhkan :)


    p/s:maaf lau xmenepati isi kandungan, xdpt bce entri yg ni...hahaha

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...