Thursday, 13 August 2026

Ukhuwah di Mekah : Buah Tangan Pemberian Rizwana dari Karachi, Pakistan

CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KEEMPAT | JUMAAT, 10 APRIL 2026

Sambungan entri terdahulu —> Mencari Al-Quran Per Juzuk di Mekah


Petang terakhir di Tanah Suci Mekah, saya mula rasa tak sedap badan - macam nak demam. Kalau sebelum ini saya rasa letih dan mengantuk mungkin disebabkan perbezaan waktu dan perubahan rutin harian, tetapi kali ini rasa panas badan, berat kepala dan mulai batuk. Syukurlah bawa selengkapnya ubatan dari tanah air, rasa tak sihat je saya segera makan ubat.

Petang tersebut saya tunaikan solat Asar di surau hotel penginapan kami. Bangunan Safwah Tower ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadinya solat di surau hotel mengikut imam masjid. Mungkin ada pendapat yang berbeza berkenaan solat di surau hotel mengikut imam Masjidil Haram, bolehlah merujuk terus kepada mereka yang luas kefahaman agamanya. Antara rujukan yang saya dipercayai —> zulkiflialbakri.com dan Dr Abu Anas Madani

Apa pun, yang terbaik tentunya solat di dalam Masjidil Haram. Tetapi ketika ada halangan tertentu adalah lebih baik jika kita dapat ikut berjemaah di surau hotel berbanding solat sendiri di bilik.

Surau muslimat, Safwah Tower, Mekah
Pandangan hadapan pintu masuk surau perempuan - diletak penghadang kayu warna putih kerana kedudukannya bersetentang dengan pintu masuk surau lelaki.

Surau muslimat, Safwah Tower, Mekah
Ruang surau luas memanjang ke belakang. Selain al-Quran, turut disediakan deretan bangku kecil bagi yang memerlukan. Tiada tempat wuduk di sini, tapi tak tahulah jika ada di bahagian yang saya tak perasan.

Berbeza dengan surau lelaki yang terletak pada kedudukan hujung bangunan dengan sebahagiannya berdindingkan kaca, mereka boleh nampak terus kawasan dataran Masjidil Haram.

Berbalik kepada tajuk entri. Ketika berada di surau inilah saya bertemu dengan Rizwana, jemaah dari Karachi, Pakistan yang duduk di sebelah kanan saya. Bermula dengan bertukar senyuman, kemudian kami berbual ringkas.

Dia kemudian mengeluarkan dua kotak bahan masakan segera dari beg, dihulur kepada saya supaya memilih salah satu. Saya pilih kotak warna pink ‘Doodh Dulari Dessert Mix’ sebab nampak lebih menarik. Saya ambil, simpan dalam beg dan tak lama kemudian kami memulakan solat Asar.

Oleh-oleh dari Pakistan
Selesai solat (ketika jemaah mula bersurai), tiba-tiba Rizwana menghulurkan satu lagi kotak masakan segera ‘Kheer Mix Rice Pudding’. Katanya dua-dua untuk saya. Saya cuba menolak, segan nak terima sebab tak ada apa yang boleh saya berikan padanya. Dia mendesak saya ambil dan meminta saya mendoakannya. Katanya, dia juga akan mendoakan saya - sambil menyebut semula nama saya. Kami bertukar salam dan senyuman sebelum berpisah.

Ya Allah…saya rasa terharu terima kebaikan Rizwana. Ianya jadi kenangan manis pada petang hari terakhir saya di bumi Mekah. Terima kasih Allah ๐Ÿฉต

Semoga Allah mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat buat Rizwana. Sehingga detik ini, setiap kali saya teringat pertemuan tersebut atau memandang kotak bahan masakan segera (yang masih belum diolah menjadi hidangan ๐Ÿ˜„) pasti ada doa saya kirimkan buat Rizwana di Pakistan.







35 comments:

  1. Baiknya Rizwana tu. Nama macam orang Malaysia dah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bertemu dengan orang baik2...tapi dekat sana mmg semua orang pemurah...dekat Madinah diorg akan sedaya upaya berakhlak baik sebab dekat dengan Rasulullah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat mengenali insan yang baik hati. Dapat pula hadiah makanan pemberian beliau. Semoga Allah makbulkan doa kedua-duanya. Aamiin...

    Baca namanya teringat pula nama Hawa Rizwana yang mirip Neelofa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aamin..

      Oh..tak pernah tau Hawa Rizwana tu.

      Delete
  4. alhamdullilah.....cantik dan luas ruang suraunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ingat kot kecik je. Luas rupa-rupanya walaupun hanya untuk muslimah.

      Delete
  5. Alhamdulillah bertemu dgn org baik di Tanah Suci Mekah. Baru tau rice pudding tu namanya Kheer. Sedap tu, pernah makan di kedai pakistan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...Carneyz pernah mkn. Harap sedaplah nanti bila akak buat ๐Ÿ˜„

      Delete
  6. Alhamdulillah bertemu dgn saudara seagama yg baik hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pulak jadi segan, sampai dua kotak dia bagi.

      Delete
  7. Saya menyesal saat umroh tak ada bawa barang2 yg bisa saya bagikan ke jemaah di sana secara random. Apalagi memang banyaaak sangat Orang2 yg memberi sedekah ke orang2 lain, kenal tak kenal. Makanya kalau nanti bisa umroh lagi, memang nak bawa beberapa barang dr Indonesia utk sesiapa di sana.

    Yg buat rindu tanah suci, banyak bertemu dengan orang2 yg baik macam rizwana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki ke sana lagi kita bawalah kan. Cuma akak ni agak segan nak agih-agih. Mungkin cuma beri jemaah di kanan kiri je ๐Ÿ˜„

      Delete
  8. nanti dah olah review ye kak..teringin juga nak tau apa rasanya..

    ReplyDelete
  9. Syafakallah! Memang biasa dugaan kesihatan hujung-hujung umrah. Syukur persediaan first aid kit lengkap! Sis selalu bawa ubat essential apa kalau ke Tanah Suci? Indahnya kenangan manis kat Mekah. Rezeki persahabatan merentas negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ni masih awal/tengah trip umrah, belum ke Madinah.

      Delete
  10. Sedapnya nama Rizwana. Ada bertukar² medsos account tak tu.. zaman sekarang takde tukar no telefon.. minta IG atau FB๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..takde. Saya tak aktif medsos kecuali blog ni jelah.

      Delete
  11. Alhamdulillah rezeki berukhuwah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dapat rezeki boleh cuba buat puding nasi dan doodh dulari. Nanti boleh tunjuk hasil.
    Sayapun kalau terpandang barang orang beri atau teringat seseorang, saya akan doakan kesejahteraannya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nak letak hasil di blog sebagai kenangan jugak.

      Buat baik, dapat balasan doa berpanjangan.

      Delete
  13. Moga Rizwana sihat selalu dan dipermudahkan rutin harianNYA walau di mana dia berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...tentu gembira Rizwana kalau tau kawan blog akak turut mendoakannya ๐Ÿ˜Š

      Delete
  14. Alhamdulillah rezeki jumpa orang baik-baik di Mekah. Nanti bila dah masak keduanya boleh share di blog ini ye.

    ReplyDelete
  15. orang pakistan memang baik2. alhamdulillah rezeki berjumpa dgn orang baik sepanjang di tanah suci

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki dan ukhwah itu kalau baik dan ikhlas mmg dimurahkan rezeki sentiasa..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****