CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KEEMPAT | JUMAAT, 10 APRIL 2026
Sambungan entri terdahulu —> Mencari Al-Quran Per Juzuk di Mekah
Petang terakhir di Tanah Suci Mekah, saya mula rasa tak sedap badan - macam nak demam. Kalau sebelum ini saya rasa letih dan mengantuk mungkin disebabkan perbezaan waktu dan perubahan rutin harian, tetapi kali ini rasa panas badan, berat kepala dan mulai batuk. Syukurlah bawa selengkapnya ubatan dari tanah air, rasa tak sihat je saya segera makan ubat.
Petang tersebut saya tunaikan solat Asar di surau hotel penginapan kami. Bangunan Safwah Tower ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadinya solat di surau hotel mengikut imam masjid. Mungkin ada pendapat yang berbeza berkenaan solat di surau hotel mengikut imam Masjidil Haram, bolehlah merujuk terus kepada mereka yang luas kefahaman agamanya. Antara rujukan yang saya dipercayai —> zulkiflialbakri.com dan Dr Abu Anas Madani
Apa pun, yang terbaik tentunya solat di dalam Masjidil Haram. Tetapi ketika ada halangan tertentu adalah lebih baik jika kita dapat ikut berjemaah di surau hotel berbanding solat sendiri di bilik.
Pandangan hadapan pintu masuk surau perempuan - diletak penghadang kayu warna putih kerana kedudukannya bersetentang dengan pintu masuk surau lelaki.
Ruang surau luas memanjang ke belakang. Selain al-Quran, turut disediakan deretan bangku kecil bagi yang memerlukan. Tiada tempat wuduk di sini, tapi tak tahulah jika ada di bahagian yang saya tak perasan.
Berbeza dengan surau lelaki yang terletak pada kedudukan hujung bangunan dengan sebahagiannya berdindingkan kaca, mereka boleh nampak terus kawasan dataran Masjidil Haram.
Berbalik kepada tajuk entri. Ketika berada di surau inilah saya bertemu dengan Rizwana, jemaah dari Karachi, Pakistan yang duduk di sebelah kanan saya. Bermula dengan bertukar senyuman, kemudian kami berbual ringkas.
Dia kemudian mengeluarkan dua kotak bahan masakan segera dari beg, dihulur kepada saya supaya memilih salah satu. Saya pilih kotak warna pink ‘Doodh Dulari Dessert Mix’ sebab nampak lebih menarik. Saya ambil, simpan dalam beg dan tak lama kemudian kami memulakan solat Asar.
Selesai solat (ketika jemaah mula bersurai), tiba-tiba Rizwana menghulurkan satu lagi kotak masakan segera ‘Kheer Mix Rice Pudding’. Katanya dua-dua untuk saya. Saya cuba menolak, segan nak terima sebab tak ada apa yang boleh saya berikan padanya. Dia mendesak saya ambil dan meminta saya mendoakannya. Katanya, dia juga akan mendoakan saya - sambil menyebut semula nama saya. Kami bertukar salam dan senyuman sebelum berpisah.
Ya Allah…saya rasa terharu terima kebaikan Rizwana. Ianya jadi kenangan manis pada petang hari terakhir saya di bumi Mekah. Terima kasih Allah ๐ฉต
Semoga Allah mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat buat Rizwana. Sehingga detik ini, setiap kali saya teringat pertemuan tersebut atau memandang kotak bahan masakan segera (yang masih belum diolah menjadi hidangan ๐) pasti ada doa saya kirimkan buat Rizwana di Pakistan.



Baiknya Rizwana tu. Nama macam orang Malaysia dah.
ReplyDeleteKan..hehe.
DeleteAlhamdulillah bertemu dengan orang baik2...tapi dekat sana mmg semua orang pemurah...dekat Madinah diorg akan sedaya upaya berakhlak baik sebab dekat dengan Rasulullah...
ReplyDeleteYa Alhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah dapat mengenali insan yang baik hati. Dapat pula hadiah makanan pemberian beliau. Semoga Allah makbulkan doa kedua-duanya. Aamiin...
ReplyDeleteBaca namanya teringat pula nama Hawa Rizwana yang mirip Neelofa tu.
InsyaAllah aamin..
DeleteOh..tak pernah tau Hawa Rizwana tu.
alhamdullilah.....cantik dan luas ruang suraunya
ReplyDeleteItulah, ingat kot kecik je. Luas rupa-rupanya walaupun hanya untuk muslimah.
DeleteAlhamdulillah bertemu dgn org baik di Tanah Suci Mekah. Baru tau rice pudding tu namanya Kheer. Sedap tu, pernah makan di kedai pakistan.
ReplyDeleteWah...Carneyz pernah mkn. Harap sedaplah nanti bila akak buat ๐
DeleteAlhamdulillah bertemu dgn saudara seagama yg baik hati.
ReplyDeleteKita pulak jadi segan, sampai dua kotak dia bagi.
DeleteOrang baik di mana-mana
ReplyDeleteYa, scammer pun ada. Kena hati-hati juga.
DeleteSaya menyesal saat umroh tak ada bawa barang2 yg bisa saya bagikan ke jemaah di sana secara random. Apalagi memang banyaaak sangat Orang2 yg memberi sedekah ke orang2 lain, kenal tak kenal. Makanya kalau nanti bisa umroh lagi, memang nak bawa beberapa barang dr Indonesia utk sesiapa di sana.
ReplyDeleteYg buat rindu tanah suci, banyak bertemu dengan orang2 yg baik macam rizwana
InsyaAllah ada rezeki ke sana lagi kita bawalah kan. Cuma akak ni agak segan nak agih-agih. Mungkin cuma beri jemaah di kanan kiri je ๐
Deletenanti dah olah review ye kak..teringin juga nak tau apa rasanya..
ReplyDeleteInsyaAllah Afzan ๐
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki
Bolehlah merasa makanan Pakistan ๐
DeleteSyafakallah! Memang biasa dugaan kesihatan hujung-hujung umrah. Syukur persediaan first aid kit lengkap! Sis selalu bawa ubat essential apa kalau ke Tanah Suci? Indahnya kenangan manis kat Mekah. Rezeki persahabatan merentas negara!
ReplyDeleteSebenarnya ni masih awal/tengah trip umrah, belum ke Madinah.
DeleteSedapnya nama Rizwana. Ada bertukar² medsos account tak tu.. zaman sekarang takde tukar no telefon.. minta IG atau FB๐
ReplyDeleteHaha..takde. Saya tak aktif medsos kecuali blog ni jelah.
DeleteAlhamdulillah rezeki berukhuwah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah dapat rezeki boleh cuba buat puding nasi dan doodh dulari. Nanti boleh tunjuk hasil.
ReplyDeleteSayapun kalau terpandang barang orang beri atau teringat seseorang, saya akan doakan kesejahteraannya juga.
InsyaAllah nak letak hasil di blog sebagai kenangan jugak.
DeleteBuat baik, dapat balasan doa berpanjangan.
Moga Rizwana sihat selalu dan dipermudahkan rutin harianNYA walau di mana dia berada.
ReplyDeleteAamin...tentu gembira Rizwana kalau tau kawan blog akak turut mendoakannya ๐
DeleteAlhamdulillah rezeki jumpa orang baik-baik di Mekah. Nanti bila dah masak keduanya boleh share di blog ini ye.
ReplyDeleteHehe...InsyaAllah KSarie.
DeleteAlhamdulillah..rezeki kan...
ReplyDeleteorang pakistan memang baik2. alhamdulillah rezeki berjumpa dgn orang baik sepanjang di tanah suci
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dan ukhwah itu kalau baik dan ikhlas mmg dimurahkan rezeki sentiasa..
ReplyDelete