Entri terakhir catatan percutian di Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak.
Bila dapat tahu di sini ada menawarkan aktiviti berkayak, saya jadi teringin mencuba berkayak di Tasik Temenggor - tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Seingat saya, kali terakhir saya berkayak pada usia awal 20-an iaitu ketika mengunjungi Pulau Pangkor bersama kawan-kawan UPM (Universiti Putra Malaysia). Sekarang usia saya menghampiri separuh abad ๐
Jeti di Belum Rainforest Resort. Lokasinya terletak tak jauh dari penginapan kami.
Pintu pagar jeti bertutup, hanya akan dibuka jika ada staf bertugas. Kami sudah pun membuat tempahan awal (hari sebelumnya) untuk slot pukul 10 pagi.
Kalau ikutkan kami nak lebih awal untuk mengelak cuaca panas, tapi tak ada slot awal pagi. Ini pun kena menunggu hampir 30 minit dari masa dijanjikan, barulah staf muncul. Katanya tak cukup staf pagi ni.
Belum Rainforest Resort Malaysia - Your Gateway To Nature.
Rupa bentuknya berbeza dengan kayak yang pernah saya naik - ada tempat duduk yang agak selesa dan kaki perlu masuk ke dalam (ruang tertutup).
Carian saya mendapati, ini merupakan sit-on-top tandem kayak iaitu jenis tempat duduk terbuka. Kayak begini lebih stabil, tetapi membuat saya rasa cepat lenguh pada belakang badan dan paha (uhh...baru tahu ejaan yang betul bagi ‘peha’ adalah paha).
Memulakan aktiviti berkayak dengan perasaan teruja dan juga berdebar. Mau tak berdebar, rasa dekat sungguh saya dengan air tasik ni. Penakut tapi nak berkayak ๐
Paling penting, jangan lupa mohon perlindungan Allah dengan membaca :
ุจِุณْู ِ ุงِููู، ุชَََّْูููุชُ ุนََูู ุงِููู، ََููุง ุญََْูู ََููุง َُّููุฉَ ุฅَِّูุง ุจِุงِูููDengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Saya berkayak tak membawa telefon. Staf perempuan bernama Umi baik hati tolong pegangkan telefon saya dan tolong ambilkan foto/video kami.
Berkayak berdua perlu serentak kayuhan kanan-kiri. Mula-mula je kami kayuh bersama, selepas itu kami sepakat bergilir mengayuh - tujuannya supaya pergerakan kayak tak terlalu laju dan dapatlah bergilir menikmati suasana tanpa perlu mengayuh pendayung. Tak pastilah betul ke tak cara begini, hentam sajalah ๐
Bila semakin jauh berkayak, perasaan takut semakin berkurangan. Rasa seronok berkayak, jadi leka menghayun pendayung sambil menikmati pemandangan alam luas terbentang.
Permukaan tasik lebih tenang berbanding di lautan, sesuailah untuk orang yang tak biasa berkayak macam kami ni. Cuma sesekali ada bot laju lalu, rasa cuak jugalah bila kayak teroleng-oleng. Walaupun jarak kayak kami dengan bot tu jauh, tapi ombak yang terhasil tetap memberi kesan kepada kami.
Hasil foto zoom-out lensa telefon Encik Suami. Masa ini saya sedang berkayuh membawa kayak menghampiri Jambatan Barat Tasik Temenggor. Kita bebas berkayak ke mana saja tetapi dilarang melepasi jambatan ini.
Di hadapan saya itulah Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding.
Awalnya hanya kami berdua saja yang berkayak. Kemudian ada pengunjung yang nampak kami dan terdengar kata-kata mereka “Eh…boleh berkayaklah!”, selepas itu bertambahlah geng kayak. Satu, dua dan seterusnya ada lebih kurang lima buah kayak menyertai kami. Jadi bertambah meriah!
Cukup masa 1 jam, kami kembali ke jeti. Mujurlah cuma ambil 1 jam, walaupun seronok berkayak tapi terasa lenguh belakang badan saya disebabkan tempat bersandarnya kecil - hampir tiada penyandar. Bila dah berehat di bilik, barulah terasa lenguh bahagian lengan pula. Yelah, tadi beria mengayuh pendayung. Beginilah bila dah berumur dan kurang bersenam tapi masih ada keinginan nak buat aktiviti luar ๐
Kalau kalian berminat nak berkayak di sini, terdapat dua pilihan jenis kayak - Single Seater RM50/kayak dan Double Seater RM100/kayak.









Belum pernah try kayak ni.. pernah naik bot kayuh je kat Tasik Dayang Bunting๐
ReplyDeleteLebih selesa dan selamat naik bot kayuh gitu ๐
DeleteBestnyer dapat berkayak di tasik temenggur
ReplyDeleteBolehlah...ambik pengalaman.
DeleteTeringin tapi tak tahulah mampu nak berkayuh ke tidak hihi...
ReplyDeleteTapi seronok bila dapat buat aktiviti yg dah lama kita x buat kan. Dapat pula menikmati keindahan alam semulajadi dan tasik yg tenang begini, mahal pengalaman tu
Kalau teringin, bolehlah cuba PH. Pilih tempat air tenang, naik kayak jenis berdua. Cuba kayuh dekat-dekat je untuk ambil pengalaman ๐
DeleteBetul, terkenang masa muda. Beza sungguh bila dah berusia, makin penakut dan kurang bertenaga ๐
Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
ReplyDeleteSemua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!
Jumpa tuan hamba di sana!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1
Terima kasih atas jemputan Cuya ya.
DeleteNampak sungguh enjoy dan menenangkan, berkayak di tasik ni. ๐ฅฐ
ReplyDeleteSaya seumur hidup, belum pernah berkayak. Eh, tapi pernah cuba white water rafting di Gopeng. Tapi yang itu, ramai orang dalam bot getah.
Itu pun menarik dan ada cabaran tersendiri. Saya teringin tapi tak cukup geng pulak ๐
DeleteHehe saya rasa takut berkayak. Saya pernah buat tapi tidak berani pergi jauh daripada perhentian.
ReplyDeleteAlhamdulillah jauh dan lama Puan Ujie berkayak.
Oklah tu Na, ada pengalaman jugak.
DeleteAlhamdulillah...walau mula-mula tu saya rasa takut jugak.
Lamanya tak buat aktiviti berkayak ni. Kali terakhir pergi berkayak anak2 masih di sekolah rendah lagi ๐คญ
ReplyDeleteNanti boleh berkayak dengan anak-anak pulak ๐
DeleteDuluu ok skrggg dah tqk mampu he ehee takutt dan seriauu
ReplyDeleteTgkk org naikk seronok je
Betul la cikNur, makin tambah umur makin rasa takut kan...๐
Deletewahh best berkayak kat sini!
ReplyDeleteteringat awal tahun lepas, saya berkayak kat terengganu sampai 6 jam. sakit betul badan sampai takleh bangun. telan panadol barulah rasa bernyawa balik
Makk aiih...6 jam berkayak! Memang sangat penat, pakej sakit satu badan tu ๐
DeleteBerkayak mana je yang lama sangat tu Mazni? Macam takde baca entri berkaitan.
Silap, saya pergi tahun 2024, awal tahun lepas baru update entry ๐คฃ. Berkayak kat Little Amazon, Kuala Berang
DeleteOoh…pernah dengar pasal Little Amazon di Terengganu, rupa-rupanya jauh sungguh ya nak berkayak ๐
DeleteMenariknya Ujie...tapi SA ni buat aktiviti macam ni sedikit takut...kalau takat naik sampan ke boat berani lagi...dulu pernah naik dan kayak terbalik...nasib baik x jadi pape masa tu...
ReplyDeleteKalau pernah terbalik, saya pun trauma agaknya. Huhu..
DeleteBest nya berkayak ni Ujie. Lama betul tak berkayak. Cantik sangat Tasik Temenggor ni.
ReplyDeleteNanti kalau Mulan ke sini boleh cuba berkayak jugak.
DeleteBest berkayak sambil menikmati keindahan alam... Baik staff tu tlg ambilkan gambar.. pernah juga berkayak 12 tahun lepas di Langkawi.. nak kena repeat berkayak.. kalau ada ramai yg berkayak tak la sunyi huhuu
ReplyDeleteHehe..itulah, kami berkayak berdua je dalam 30 minit gitu barulah ada orang lain join. Memang rasa kurang seronok kalau tak ramai yang berkayak.
DeleteKalau kayak ni ummi dan Dania tak berani. Kalau ayahnya suka....
ReplyDeleteDania kena cuba, naik dengan ayahnya ๐
DeleteOh ejaannya berarti sama dengan Paha dalam BHS Indonesia ๐.
ReplyDeleteSaya pernah sekali berkayak, di vang Vieng, Laos. Seru juga. Tp memang lah saya dan suami masih awkward awalnya. JD yg ada kami tak kompak. Yg 1 dayung kemana.... Yg 1 lagi ntah kemana ๐คฃ. Berputar2 yg ada.
Tapi memang kalau dah ketemu ritme nya, baru lah seru ๐
Kita tak biasa berkayak memang tak tahu tekniknya kan, takpelah janji dapat pengalaman berkayak ๐
DeleteBila tengok sis berkayak ni rasa macam syok dan teringin juga.. Tapi tu lah.. Penakut.. Sha last berkayak masa umur 15 tahun..
ReplyDeleteMenarik aktiviti Ujie dan suami berkayak di Tasik Temenggor. Cantik-cantik semua gambarnya. Kiranya Ujie dan suami pembuka rezeki untuk aktiviti kayak pada hari tersebut ye sebab lepas deme nampak Ujie berkayak, deme joint juga. KSarie ini memang penakut aktiviti-aktiviti macam ni.
ReplyDeleteSeronok berkayak tapi seriau kalau terbalik. Dah le kita ni tak pandai berenang.
ReplyDelete