Sunday, 5 April 2026

Pemergian Anak Saudara Sulung

 

Kira-kira pukul 7.10 pagi tadi ketika saya baru memulakan aktiviti morning walk, telefon di tangan saya berbunyi. Tertera di skrin nama abang sulung saya, yang juga satu-satunya saudara lelaki daripada sembilan beradik. Terdengar suaranya bergetar menyampaikan khabar duka.

Inna lillah wa inna ilayhi roji’un

Izam - anak saudara sulung iaitu anak pertama abang saya telah kembali ke pangkuan Ilahi ketika dalam tidur. AllahuAkbar 🥺. Perginya dalam usia 35 tahun, meninggalkan seorang isteri yang baru setahun lebih mereka mendirikan rumah tangga.

Menangis dan jadi termenung saya pagi tadi dengan khabar yang mengejutkan. Kali terakhir saya berjumpa dengan Izam dan isterinya pada 1 Februari lalu, ketika itu kami balik kampung dan kebetulan mereka berdua datang menziarahi mak saya (nenek mereka).

Itulah pertemuan terakhir kami, balik raya baru-baru ini saya tak berkesempatan bertemu mereka. Hari ini saya telah kehilangan seorang daripada 30 orang anak saudara 😢

Ya Allah, ampunilah segala dosanya dan rahmatilah rohnya.
Kurniakanlah kekuatan jiwa buat isteri yang ditinggalkan.




 

6 comments:

  1. Innalillahiwaiinailaihirojiun. Kematian mengejut yang buat kita tersentak sebab pergi tanpa tanda.
    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainaillahirojiun. Allahuakbar, berat ujian buat isterinya yang baru dinikahi. Semoga isteri dan seluruh ahli keluarganya tabah dan sabar dengan dugaan. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin

    ReplyDelete
  3. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Salam Takziah buat seisi keluarga

    Semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun.salam takziah Ujie..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah ujie buat keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang² soleh disisiNYA

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****