Thursday, 26 February 2026

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar

Catatan hari Ahad, 25 Januari 2026.

Penginapan kami di D’village Hotel & Villas, Karai tidak termasuk sarapan, tetapi kami diberi diskaun 10% jika makan di Kafe Dapur Tok Enda - sebuah kafe yang terletak dalam kawasan tarikan pelancongan iaitu Kampung Warisan Budaya. Penginapan kami dan kampung warisan tersebut dimiliki oleh syarikat yang sama.

Selain makan di kafe, kita juga boleh memilih untuk makan di gerai makan berhampiran (sebelah penginapan) atau boleh ke pekan Karai yang terletak tak jauh dari penginapan. Kami memilih untuk makan di kafe supaya dapat merasai sendiri suasana di Kampung Warisan Budaya dan ingin mencuba hidangan tradisi Karai iaitu kuih kundas.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Pintu gerbang Kampung Warisan Budaya. Lokasinya berhampiran penginapan dan juga Jambatan Victoria, jalan kaki je untuk ke sini.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Seni bina klasik yang menambat hati. Kafe terletak di bahagian hadapan, lepas pintu gerbang terus jumpa Kafe Dapur Tok Enda.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Kami tiba di sini pada pukul 8 pagi, kafe ini baru memulakan operasi.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Ruang makan yang luas, bersih dan selesa. Tiada pelanggan lain, hanya kami berdua.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Terdapat beberapa buah meja di sudut kafe yang menempatkan permainan tradisional seperti dam dan congkak. Memang sesuai dengan tema kampung warisan budaya.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Konsep layan diri. Kami ke kaunter untuk memesan sarapan. Nampak menarik jugalah pilihan menu makanan utama, tapi mungkin sebab kami datang awal jadi cuma nasi lemak saja yang tersedia. Bahagian kudap-kudap tu pun tak semua ada. Juga tiada rezeki nak mencuba kuih kundas (yang katanya ada dijual di sini).

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Dah nasi lemak je yang ada, terpaksalah kami pilih makanan yang sama. Nasi lemak Tok Wan, harganya RM10.

Kafe Dapur Tok Enda di Kampung Warisan Budaya, Karai, Kuala Kangsar
Tambah juga kudapan cekodok pisang. Harganya RM3.50. Minuman kami - teh tarik RM2.20 dan air suam 50 sen.

Menurut saya, harga hidangan kami ni berpatutan. Makan pula di tempat yang menarik dan dalam suasana kampung yang damai (sesekali ada bunyi kereta api lalu). Rasa makanan pula, masih boleh dipertingkatkan supaya boleh jadi daya penarik untuk pelanggan datang kembali ke sini.

Kalau kalian ke Jambatan Victoria, bolehlah mencuba sendiri hidangan di sini dan masuk melawat kampung warisan (bayaran dikenakan). Ada juga mini pameran di sebelah kafe (tak pasti percuma atau berbayar), tapi kami tak boleh berlama di sini sebab perlu segera menuju ke lokasi seterusnya di Manong.







33 comments:

  1. Cantik betul kafe ni! Harga pun reasonable.

    1st time dengar nama kuih kundas. Bila google, nampak cam cakoi pun ada

    ReplyDelete
  2. arghhhh
    tergodanyaaaaa sy tgk teh tarik tuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cari teh tarik untuk berbuka ya Anies 😀

      Delete
  3. Dulu pergi takde pun. Cam kena repeat balik ni. Suasana kampung lagi. Menarik

    ReplyDelete
  4. cantik cafenya..sedap tgk teh tarik & cekodok tu

    ReplyDelete
  5. Terpesona SA tengok cafe ni..cantik betul...pilihan makanan dalam menu pun banyak cuma sygnya time Ujie sampai tu hanya ada nasi lemak dan kuih2 lain je ye...takpe la..itu tandanya kena repeat lagi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh..tak taulah bila boleh datang lagi 😄

      Delete
  6. Sukalah tempat ni, nampak damai je. Nanti bolehlah masuk dlm list jalan²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang damai sangat suasana Karai ni. Tenang. Sesuai untuk yang suka suasana kampung.

      Delete
  7. Uih! Sambal dia macam sama banyak dengan nasik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂 saya pun terkejut tengok banyak betul kasi sambal.

      Delete
  8. menarik ni. kalau ke kuale nanti nak cari la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masuk list, sekali dengan Jambatan Victoria.

      Delete
  9. OK boleh masuk bucket list ni tempat percutian seterusnya.

    ReplyDelete
  10. waaahh cantik betul kampung warisan nya ni! kuih kundas tu lebih kurang mcm cakoi rsnya ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok rupa macam cakoi, tapi tentu ada bezanya kan.

      Delete
  11. Alahai rugi tidak dapat cuba kuih kundas. Selalu begitu pergi awal pagi banyak makanan belum sedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bagus kalau mula waktu operasi, semua dalam menu dah tersedia.

      Delete
  12. Kalau rasa, memang dah harga mati. Harus sedap supaya customers mau DTG lagi. Tempat nya memang menarik ya kak. Vibe klasiknya dpt sangat 😄😄..

    Ini menu2nya Krn masih pagi makanya blm banyak yg dijual yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vibe klasik sangat, lagi pulak masih dalam suasana kampung. Memang best.

      Iya, menu utama cuma ada nasi lemak saja. Yang lain masih belum siap.

      Delete
  13. Kafe ni sangat klasik dan tradisional. Rasa macam ada lalu juga sini cuma tak masuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada banyak masa, boleh singgah masuk. Kadang memang nak cepat, tengok dari luar jelah kan.

      Delete
  14. Cantik menarik klasik kafe nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tengok lebih banyak binaan klasik dan menarik, boleh jalan-jalan dalam Kampung Warisan pulak.

      Delete
  15. Perkongsian Ujie ni menyebabkan KSarie dok berangan hendak ke sini satu hari nanti😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga angan-angan KSarie jadi nyata 😀

      Delete
  16. Lawa, cafenya. Kalau Ujie nak rasa kundeh (kundas), meh beraya rumah saya nanti. Saya boleh buatkan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...tawaran hebat ni! Terima kasih sudi pelawa saya. Segan la pulak 😁

      Delete
  17. Terasa damai tempatnya.
    Pertama kali tau nama tempat Karai.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****