Friday, 13 February 2026

Tuaian Pertama Pokok Terung Panjang Ungu

Saya sebenarnya tak tahu bila terung sesuai dituai. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya menanam pokok terung. Hasil membuat carian info di internet, akhirnya kelmarin (Rabu, 11 Februari) barulah saya menuai buah sulung pokok terung panjang ungu.

Tuaian pertama terung panjang ungu
Terung boleh dituai apabila mencapai saiz bersesuaian dan warna putih di bahagian atas (pangkal) berkurangan. Oleh kerana saya tak pasti bila pokok terung ni mula berbuah (keluar buah ketika saya tinggalkan rumah beberapa hari), jadi saya tak dapat mengira dengan tepat tuaian saya ni pada hari ke berapa selepas ia berbuah. Saya anggarkan sekitar 12 hari.

Dua biji terung tuaian pertama dari dua batang pokok terung saya ni kelihatan kurang cantik sebab ada macam karat pada kulit buah. Carian mendapati ia berpunca dari serangan penyakit. Saya perhatikan memang ada beberapa jenis serangga berumah di pokok terung ni. Nampaknya saya kena lebih rajin buat semburan racun organik. Setakat ni saya guna Mr Ganick Dr Neem keluaran Baba.

Hasil terung pertama saya buat masak terung balado / berlada. Sedap betul dapat makan terung lembut dan hampir tiada biji ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah. Terima kasih Allah ๐Ÿ’™







32 comments:

  1. tahniah atas hasil tuaian pertama! takpe ada calar2 pun, yg penting puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri. sedapnya masak terung balado pulak tuu!

    ReplyDelete
  2. Yeayyy dah harvest...apapun masakan kalau melibatkan terung ni memang sodap...SA nak tanam tapi tangan x berbedung..confirm mati...nak cuba guna tangan suami plak..hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tu SA. Saya pun suami yang tolong semai biji benihnya. Dah tumbuh, barulah saya yang jaga ๐Ÿ˜€

      Delete
  3. tukang kebun tu tengah intai terung mak juga ke tu?
    terung berlado bertambah sedap bila hasil tanaman sendiri kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...nampak je Afzan ya. Dia kerja ngekor kita, macam supervisor check pekerja ๐Ÿ˜‚

      Delete
  4. lepas ni lagi bersemangat nak bercucuk tanam sayuran pula ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..InsyaAllah. Tanam mana yang suka makan je ni.

      Delete
  5. Your eggplant ๐Ÿ† looks wonderful.
    Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ ๐Ÿ˜Š ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆ

    ReplyDelete
  6. Tuaian pertama hasil tangan sendri kepuasan tiada terhingga. Peberet terung berlado ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul, rasa puas hati sangat ๐Ÿ˜ƒ

      Delete
  7. Suatu kepuasan bila dapat tunai hasil tanaman. Tak pernah lagi tanam terung, dulu arwah mak suka tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni dah tua gini baru ada rasa nak cuba tanam terung ๐Ÿ˜„

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah rasa sedap sangat, agaknya sebab terung tuai sendiri ๐Ÿ˜„

      Delete
  9. Wah... Alhamdulillah. Elok kejadian terung Ujie. Ada ulat sikit-sikit tu, biasa la, kan. Nikmat, dapat masak terung hasil tuaian sendiri ni. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah yang ni takde ulat, cuma kulit luar tu jelah rosak karat.

      Delete
  10. mmg puasssss betul bila berjaya tuai hasil tanaman sendiri hehehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Feeling makan tu extra special kan, bila ianya hasil dari tanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa memasak pun dah rasa lain feeling dia tu PH ๐Ÿ˜€, lagi pulak tuaian sulung.

      Delete
  12. sedap tu terung petik fresh dr hasil tanaman...lama tk mkn menu terung berlado

    ReplyDelete
  13. Dari batas terus ke atas hidangan.... terbaik

    ReplyDelete
  14. Memang nikmat makan terung yang hampir tiada biji..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau petik lambat lagi, agaknya jadi makin tua ada biji.

      Delete
  15. Alhamdulillah dapat makan terung lembut tiada biji.
    Semangat lepas ini tuai terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...harap terus berbuah, boleh saya tuai selalu ๐Ÿ˜€

      Delete
  16. Seronok ddan bahagia bila tuai hasil sendiri dan masak dan makan huhu :D terbaikk

    ReplyDelete
  17. Bertambah sedapnya makan dari hasil panen pertama ya kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคค. Saya sukaaa terong, apapun jenisnya. Tadi belanja bahan2 basah utk sahur, termasuk beli terong ungu. Saya nak buat Pajeri, dari bumbu Pajeri yg dikasih kak Mulan ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****