Sunday, 8 February 2026

‘Grooming’ dan Vaksinasi Tahunan Untuk Si Anak Bulu

Terasa pantas masa berlalu, sekejap saja sudah lebih setahun Jojo si anak bulu menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan Encik Suami. Februari 2025 merupakan kali pertama kami hantar Jojo untuk vaksinasi, dan sekarang tiba masa untuk vaksinasi tahunan pula. Saya buat juga appointment untuk Jojo mandi (grooming). 

Jojo semakin membesar, saya tukar pet carrier yang bersesuaian untuknya supaya lebih selesa. Namun tetap jua Jojo tak senang duduk sepanjang lebih 20 km dari rumah menuju ke klinik. Macam-macam bunyi keluar, siap bunyi ‘hisss..’ beberapa kali tanda marah atau rasa terancam. Tangannya pula asyiklah mengais sana sini cari cara untuk keluar. Lucu bercampur kasihan saya lihat situasi Jojo πŸ˜…

Sekitar pukul 11 pagi, kami tinggalkan Jojo di Klinik Haiwan DrVET Arau (sebelum ini dikenali sebagai Klinik Haiwan Calico). Kami datang semula pada pukul 4.30 petang untuk berjumpa doktor dan menyaksikan sendiri proses vaksinasi Jojo sebelum dibawa pulang ke rumah.

Perjalanan baliknya, Jojo jauh lebih tenang. Agaknya dah keletihan seharian tak dapat tidur. Sampai rumah, lepas makan Jojo terus cari tempat tidur. Ketika saya menaip entri ini, Jojo baru saja menyambung kembali tidurnya selepas makan dan menjilat bulu. Tidur dengan gaya terlentang, kepala terpusing dan kaki tangan terangkat - seperti foto di bawah πŸ˜†

Foto Jojo pada 4 Februari lalu.


Klik foto untuk paparan jelas.
Banyak juga kos kali ini sebab selain grooming dan vaksinasi, doktor beri rawatan ubat cacing dan ubat kutu/hama yang lebih berkesan serta tahan lama - sebabnya ada kutu babi di telinga Jojo. Begitulah kalau dah sayang, berapa pun sanggup dibayar hanya untuk si anak bulu πŸ˜€

Untuk rekod, berat terkini Jojo 6.4 kg.







No comments:

Post a Comment

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****