Tuesday, 30 December 2025

13 Jam Transit di Singapura

Catatan terakhir trip ke negara China - wilayah Yunnan dan Jiangsu pada bulan April 2025. Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Qinhuai River Cruise - Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang - Selamat Tinggal Nanjing

Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Singapura ketika zaman kanak-kanak, sudah berpuluh tahun lamanya. Tak sangka pula saya akan kembali ke sini disebabkan tempoh transit yang panjang iaitu kira-kira 13 jam (kisahnya - kawan tersilap tengok waktu penerbangan semasa membeli tiket 😄).

Hikmahnya, dapatlah saya melihat keadaan terkini negara pulau yang terletak berhampiran negeri Johor - tanah kelahiran saya dan Encik Suami.


SARAPAN DI BEDOK
Dari Changi Airport kami berlima ke kawasan perumahan di Bedok, tempat tinggal emak kepada salah seorang ahli grup kami. Alang-alang transit lama di Singapura, bolehlah dia ke rumah emaknya.

Bedok, Singapore
Kawasan di sini nampaknya tersusun elok - terdapat blok-blok rumah, deretan kedai menjual pelbagai barangan dan sebuah bangunan yang menempatkan pasar basah serta gerai makan.

Pukul 8 pagi - kami menikmati hidangan sarapan di sini. Mi rebus dan lontong, sedap memuaskan selera.


BEREHAT SEKETIKA DI AMARA SINGAPORE, TANJONG PAGAR
Perut dah kenyang, tiba masa untuk merehatkan badan pula. Kami ke Amara Singapore, hotel yang terletak di Tanjong Pagar.

Saya punya mengantuk sampai tahap tersengguk dalam kenderaan e-hailing tadi 😅. Dapat masuk bilik penginapan, saya segera membersihkan diri kemudian terus tidur. Walaupun mengantuk, saya gagahkan diri memotret itu ini sebagai simpanan memori akan datang.

Amara Singapore
Laluan ke bilik penginapan.

Amara Singapore
Bilik sederhana luas.

Amara Singapore
Bersih selesa.

Amara Singapore
Pemandangan dari jendela bilik.

Amara Singapore
Ruang khas untuk bersiap, gantung pakaian dan letak beg pakaian.

Amara Singapore
Ruang tadi di sebelah kanan, di sebelah kiri terus nampak singki. Ada nota - air paip singki selamat untuk diminum.

Amara Singapore
Ruang mandi asing dengan tandas.

Amara Singapore
Tandas terbuka tanpa pintu 😂. Sebenarnya, ada pintu sebelum masuk ruang bersiap tadi. Cuma saya rasa janggal sebab pintu tadi tu kira jauh dari tandas ni.


CHANGI AIRPORT
Pukul 5 petang, kami mendaftar keluar hotel menuju ke Changi Airport. Saya teringin nak ke Jewel Changi (yang ada air terjun tinggi cantik tu), tapi nampaknya tak cukup masa. 

Amara Singapore
Hiasan raya. Masa ni masih dalam bulan Syawal.

Amara Singapore
Suasana dalam lapangan terbang.

Amara Singapore
Pemandangan di bahagian luar.

Pesawat Scoot Airlines yang kami naiki berlepas meninggalkan Changi Airport pada pukul 7.45 malam dan tiba di Penang Airport kira-kira 1 jam 15 minit kemudian.

*

Syukur Alhamdulillah selesai sudah catatan trip kerja (saya ikut Encik Suami atas urusan kerja) ke dua wilayah di China sebelum berakhirnya tahun 2025 😄

Semua catatan trip ini boleh baca DI SINI. Cuma leceh sikitlah kena klik ‘Older Post’ untuk baca catatan yang pertama.







2 comments:

  1. Alhamdulillah dapat berehat dan lelapan mata seketika ye...lama gak transit sampai 13 jam...

    ReplyDelete
  2. Wahhh...Lama tu smp 13 jam..1st time sy ke s'pore tahun 2013 bwk che mek ke USS =D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****