Saturday, 18 October 2025

Kembali ke Kunming dengan Tren CRH D8104

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025



Baru saja petang semalam kami tiba di Lincang dengan menaiki kereta api laju China Railway High-Speed (CRH). Pagi ini sekali lagi kami menaiki tren CRH untuk kembali ke bandar Kunming - ibu kota wilayah Yunnan.

Lincang Railway Station, Lincang, Yunnan, China
Seawal pukul 7.30 pagi, kami tiba di Lincang Railway Station.

Stesen dibuka mulai pukul 7.20 pagi sehingga 7.30 malam. Ketika kami tiba di sini, orang ramai sudah pun memenuhi pintu hadapan stesen. Kami ikut sama beratur untuk masuk stesen. Setiap penumpang perlu melalui pemeriksaan keselamatan, begitu juga barangan yang dibawa perlu melalui mesin pengimbas.

Tak lama duduk di ruang menunggu, tiba masa untuk kami menaiki tren.

Lincang Railway Station, Lincang, Yunnan, China
Dua kepala tren CRH ‘bertemu’. Entah betul atau tidak ini bahagian kepala tren 😄. Foto dirakam dari tempat duduk saya.

Tren CRH Lincang ke Kunming
Tempat duduk kami Kelas Pertama di Koc 9 dengan susunan kerusi 2-2. Tempat duduknya luas selesa tetapi kerusinya nampak agak lusuh dan kotor berbanding tempat duduk Kelas Kedua yang kami naiki petang semalam.

Kali ini saya duduk di tepi tingkap, bolehlah saya menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan dengan lebih jelas dan mudah merakam foto serta video.

Tren kami berlepas meninggalkan stesen Lincang pada pukul 7.55 pagi.

Pemandangan kawasan pertanian dan penempatan penduduk dengan latar pergunungan yang menarik perhatian saya. Di kawasan ini, saya perhatikan bumbung rumahnya dibuat dengan seni bina Cina - bentuk sedikit melengkung dan tajam di hujung.

Seronok tengok para petani tekun bekerja.

Sempat saya merakam paparan skrin ketika tren berada pada kelajuan 199 km/j. Laju sungguh!

Lagi pemandangan yang menarik. Foto pemandangan hanya dapat saya rakam ketika tren berada pada kelajuan rendah, iaitu sebelum atau selepas berhenti di stesen hentian.

Perjalanan dari Lincang ke Kunming melalui lima buah stesen hentian. Ketika ini tren berhenti seketika di Guangtongbei Railway Station, Lufeng.

Kudapan dalam perjalanan - buah blueberry pemberian salah seorang ahli grup kami. Dah siap dibasuh semasa di hotel penginapan.

Anak kecil yang mencuri perhatian saya. Dia duduk di kerusi kecil berhampiran unit tandas.

Video pendek pemandangan semasa dalam perjalanan dari Lincang ke Kunming.

Alhamdulillah…kami selamat tiba di stesen Kunming kira-kira pukul 12 tengah hari. Udara sejuk dengan suhu 17℃.

Sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat ke Nanjing, kami mengisi perut dan jalan-jalan seketika di Wuhua District.







23 comments:

  1. Indahnya! Memang laju train nya ya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kita yang duduk dalam tu taklah terasa laju sangat.

      Delete
  2. Best duduk tepi tingkap boleh tengok view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati, hari sebelumnya duduk tengah 😄

      Delete
  3. lewat juga ya train station tu buka pukul 7.20 am. bukan siang di china ni dah start terang dari pukul 6 ke.
    kalau dapat window seat, memang ralitlah menghadap view luar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha’ah, awal terangnya. Tapi waktu kerja mula macam biasa. Agaknya stesen ni cuma untuk tren perjalanan jauh, jadinya waktu operasi tak begitu awal.

      Delete
  4. Laju betul ye... Kalau kereta tu bergegar dah speed gitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kereta…mau dah rasa macam kereta terbang agaknya kan 😂

      Delete
  5. Duduk tepi tingkap dapat tengok pemandangan. Masa train gerak laju, ada rasa pening tak, tengok benda luar? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak dapat tengok luar lama-lama, sebab banyak kali juga lalu terowong gelap, jadinya tak sempat rasa pening 😄

      Delete
  6. Lajunyaaaa...Tapi syok laaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok sebab perjalanan lebih 500 km cuma ambil masa kira-kira 4 jam je 😀

      Delete
  7. Lajunya 199km/h. Duduk tepi tingkap memang best dapat tengok scenery kan.

    ReplyDelete
  8. Laju betul tu 199km/j. Berapa lama perjalanan menaiki tren tu Kak Ujie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir 4 jam untuk perjalanan sejauh lebih 500 km.

      Delete
  9. Bestnya mengudap blueberry sambil.menikmati view dari tingkap train

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blueberry di Malaysia mahal, sini murahlah sikit. Boleh buat kudapan 😀

      Delete
  10. Suka sangat oeringatan mesta tu...kreatif jelas

    ReplyDelete
  11. Bagus tempat jauh disingkatkan waktu perjalanan.
    Laju tapi selesakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa dan tak terasa jauh perjalanan.

      Delete
  12. Sukaaa lah melihat view yg dilewati kalau naik train begini. Memang cantiiiik. Beda musim, beda pula cantiknya. Teringat pas naik Shinkansen dari Tokyo ke Hachinohe.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****