CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Menginap Satu Malam di Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Baru saja petang semalam kami tiba di Lincang dengan menaiki kereta api laju China Railway High-Speed (CRH). Pagi ini sekali lagi kami menaiki tren CRH untuk kembali ke bandar Kunming - ibu kota wilayah Yunnan.
Seawal pukul 7.30 pagi, kami tiba di Lincang Railway Station.
Stesen dibuka mulai pukul 7.20 pagi sehingga 7.30 malam. Ketika kami tiba di sini, orang ramai sudah pun memenuhi pintu hadapan stesen. Kami ikut sama beratur untuk masuk stesen. Setiap penumpang perlu melalui pemeriksaan keselamatan, begitu juga barangan yang dibawa perlu melalui mesin pengimbas.
Tak lama duduk di ruang menunggu, tiba masa untuk kami menaiki tren.
Dua kepala tren CRH ‘bertemu’. Entah betul atau tidak ini bahagian kepala tren 😄. Foto dirakam dari tempat duduk saya.
Tempat duduk kami Kelas Pertama di Koc 9 dengan susunan kerusi 2-2. Tempat duduknya luas selesa tetapi kerusinya nampak agak lusuh dan kotor berbanding tempat duduk Kelas Kedua yang kami naiki petang semalam.
Kali ini saya duduk di tepi tingkap, bolehlah saya menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan dengan lebih jelas dan mudah merakam foto serta video.
Tren kami berlepas meninggalkan stesen Lincang pada pukul 7.55 pagi.
Pemandangan kawasan pertanian dan penempatan penduduk dengan latar pergunungan yang menarik perhatian saya. Di kawasan ini, saya perhatikan bumbung rumahnya dibuat dengan seni bina Cina - bentuk sedikit melengkung dan tajam di hujung.
Seronok tengok para petani tekun bekerja.
Sempat saya merakam paparan skrin ketika tren berada pada kelajuan 199 km/j. Laju sungguh!
Lagi pemandangan yang menarik. Foto pemandangan hanya dapat saya rakam ketika tren berada pada kelajuan rendah, iaitu sebelum atau selepas berhenti di stesen hentian.
Perjalanan dari Lincang ke Kunming melalui lima buah stesen hentian. Ketika ini tren berhenti seketika di Guangtongbei Railway Station, Lufeng.
Kudapan dalam perjalanan - buah blueberry pemberian salah seorang ahli grup kami. Dah siap dibasuh semasa di hotel penginapan.
Anak kecil yang mencuri perhatian saya. Dia duduk di kerusi kecil berhampiran unit tandas.
Video pendek pemandangan semasa dalam perjalanan dari Lincang ke Kunming.
Alhamdulillah…kami selamat tiba di stesen Kunming kira-kira pukul 12 tengah hari. Udara sejuk dengan suhu 17℃.
Sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat ke Nanjing, kami mengisi perut dan jalan-jalan seketika di Wuhua District.











Indahnya! Memang laju train nya ya. ;)
ReplyDeleteTapi kita yang duduk dalam tu taklah terasa laju sangat.
DeleteBest duduk tepi tingkap boleh tengok view.
ReplyDeletePuas hati, hari sebelumnya duduk tengah 😄
Deletelewat juga ya train station tu buka pukul 7.20 am. bukan siang di china ni dah start terang dari pukul 6 ke.
ReplyDeletekalau dapat window seat, memang ralitlah menghadap view luar!
Ha’ah, awal terangnya. Tapi waktu kerja mula macam biasa. Agaknya stesen ni cuma untuk tren perjalanan jauh, jadinya waktu operasi tak begitu awal.
DeleteLaju betul ye... Kalau kereta tu bergegar dah speed gitu kan.
ReplyDeleteKalau kereta…mau dah rasa macam kereta terbang agaknya kan 😂
DeleteDuduk tepi tingkap dapat tengok pemandangan. Masa train gerak laju, ada rasa pening tak, tengok benda luar? 😊
ReplyDeleteBiasanya tak dapat tengok luar lama-lama, sebab banyak kali juga lalu terowong gelap, jadinya tak sempat rasa pening 😄
DeleteLajunyaaaa...Tapi syok laaaaaaa
ReplyDeleteSyok sebab perjalanan lebih 500 km cuma ambil masa kira-kira 4 jam je 😀
DeleteLajunya 199km/h. Duduk tepi tingkap memang best dapat tengok scenery kan.
ReplyDeleteBarulah puas, luas pemandangan 😀
DeleteLaju betul tu 199km/j. Berapa lama perjalanan menaiki tren tu Kak Ujie?
ReplyDeleteHampir 4 jam untuk perjalanan sejauh lebih 500 km.
DeleteBestnya mengudap blueberry sambil.menikmati view dari tingkap train
ReplyDeleteBlueberry di Malaysia mahal, sini murahlah sikit. Boleh buat kudapan 😀
DeleteSuka sangat oeringatan mesta tu...kreatif jelas
ReplyDeleteHehe…kan!
DeleteBagus tempat jauh disingkatkan waktu perjalanan.
ReplyDeleteLaju tapi selesakan?
Alhamdulillah selesa dan tak terasa jauh perjalanan.
DeleteSukaaa lah melihat view yg dilewati kalau naik train begini. Memang cantiiiik. Beda musim, beda pula cantiknya. Teringat pas naik Shinkansen dari Tokyo ke Hachinohe.
ReplyDelete