Saturday, 25 October 2025

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025

Sambungan catatan terdahulu —> Kembali ke Kunming dengan Tren CRH D8104


Penerbangan kami ke Nanjing dijadualkan berlepas pada lewat petang, masih ada masa beberapa jam untuk kami berjalan-jalan di Kunming. Dari stesen kereta api Kunming kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran makanan halal yang terletak di Wuhua District.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Asa Asia Arabic Restaurant - lokasi makan tengah hari kami.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Ruang dalam restoran.

Para pelayan di sini cekap dan mesra melayan kumpulan kami. Seorang pelayan perempuan muda bertudung (gaya tudung sarung) menghampiri saya dengan senyuman mesra dan memberi salam (hanya saya seorang saja perempuan Muslim dalam kumpulan kami). Gembira rasanya menerima ucapan salam di negara asing. Dia cuba berbual dengan saya - cing cong cing cong. Saya hanya tersenyum, kawan kami berbangsa Cina yang membalas perbualan. Kami ditanya datang dari negara mana dan beberapa pertanyaan lain.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Antara dekorasi menarik dan ceria di restoran ini. Banyak sudut menarik tapi saya segan nak memotret.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Pinggan dan gelas dengan sentuhan warna keemasan.

Paling saya senang hati bila nampak ada set sudu dan garpu. Hari sebelumnya, saya makan guna garpu plastik pakai buang yang dibawa sendiri sebab restoran makanan tempatan tiada garpu. Iya, bukan setakat tak menyediakan garpu malah (apabila diminta) memang tiada dalam simpanan mereka sebab budaya Cina makan guna chopstick. Sudunya pula, jenis yang biasa kita guna untuk makan sup.

Silap saya sendiri (selaku orang yang tak pandai guna chopstick) - dah tahu nak ke negara China tapi tak bersedia dengan membawa set sudu garpu sendiri, pada hal ini bukan pengalaman pertama ke China 😅. Sewaktu entri ini ditulis, saya dah pun membeli Tupperware portable cutlery set sebagai persediaan kembara akan datang.

Berbalik kepada cerita di restoran, pilihan makanan saya serah saja kepada Encik Suami dan kawan-kawan. Kami pesan beberapa jenis hidangan dan berkongsi makan, jadinya dapatlah merasa pelbagai jenis makanan.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Sejenis manisan, rupa macam Pani Puri tapi yang ini isinya berbeza. Rasanya sedap.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Masakan pasta.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Hidangan campuran pelbagai jenis buah, salad, kekacang dan ikan tuna. 

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Middle East Barbeque Platter.

Tak ikut berfoto - piza. Semua hidangan sedap sesuai dengan cita rasa saya.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Set hidangan minuman kopi dan air ros (kalau tak silap pemahaman saya). Ada cara untuk menikmati kopi ini, sebab tu disediakan jam pasir. Saya pun dah lupa bagaimana caranya, lupa nak catat. Saya cuba minum seteguk kopi ini, rasanya sangat pahit!

Selesai menikmati hidangan, saya beredar untuk mencari tempat solat. Saya mendekati pelayan perempuan bertudung yang memberi salam pada saya awal tadi. Tak susah nak kenal kerana hanya dia seorang saja memakai tudung sarung bertutup penuh, yang lain tu pakai tudung jenis ikat belakang menampakkan leher dan telinga.

Dengan menggunakan aplikasi Google Translate, saya bertanya sama ada saya boleh tumpang solat di restoran ini. Pelayan perempuan yang baik hati ini membawa saya ke bahagian atas restoran.

Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming
Sejadah dibentangkan di suatu sudut ruang separa tertutup. Terdapat sebuah meja besar dengan beberapa buah buku tulis di atasnya. Alhamdulillah begini pun dah cukup selesa untuk menunaikan kewajipan pada yang Esa.

Bukan setakat menyediakan ruang solat, pelayan perempuan tadi turut menawarkan untuk membantu saya berwuduk - saya dibawa ke singki berhampiran tandas dan dia sudah pun memegang sebuah bekas (bentuk seperti teko basuh tangan). Saya menolak dengan baik. Saya berwuduk di dalam tandas dengan menggunakan botol spray - lebih privasi dan tak gunakan banyak air.

Alhamdulillah perut kenyang dengan makanan yang sedap dan dapat pula menunaikan solat jamak di sini. Semoga Allah membalas budi baik pelayan perempuan tadi dengan kebaikan di dunia dan akhirat.







5 comments:

  1. Pani puri rupanya... Cantik betul kejadiannya.. salad buah kekcang dgn tuna nampak sgt menyelerakan.. 🤤 hihii

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terbaik pelayan wanita muslim tu.. tumpang solat dan tlg ambilkan wudhu.. ruang solat yg nampak selesa walau kecil.. Moga dia dipermudahkn urusan sbb mudahkn urusan org lain..

    ReplyDelete
  3. Nampak mewah hidangannya ... Seronok kan jumpa saudara seagama di luar negara. Beliau pun pasti gembira dapat melayan PU

    ReplyDelete
  4. nampak mewah betul hidangan dalam platter tu. presentation cantik!
    alhamdulillah, jumpa dengan pelayan restoran yg baik sangat. semoga dipermudahlan segala urusan dia

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.. suka tengok set hidangan air kopi dan ros.. macam hidangan tetamu istana zaman silam

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****