🌸 CATATAN KE JEPUN | HARI KEENAM - ISNIN, 9 DISEMBER 2024 🌸
Sambungan entri terdahulu —> Menikmati Yakiniku di Yakiniku Iwasaki, Ueno.
Hari terakhir di Tokyo, kami mendaftar keluar hotel seawal pukul 7.30 pagi. Suasana di luar sudah pun cerah, matahari terbit pada pukul 6.40 pagi. Udara sejuk dengan suhu sekitar 5℃.
Dari pintu hotel, kami cuma perlu berjalan ke depan sedikit saja dan kemudian melintas jalan untuk ke Keisei Ueno Station - stesen tren menuju ke Narita Airport. Sangat dekat dan mudah bagi kami membawa dua buah bagasi yang isinya penuh dan berat berbanding sewaktu tiba di sini.
Lintasan pejalan kaki untuk ke pintu masuk Keisei Ueno Station. Terdapat sebuah hotel dengan kedudukan berhadapan dengan pintu masuk stesen, ia menjadi pilihan utama kami sewaktu mencari penginapan di kawasan ini. Tapi hotel tersebut tiada kekosongan, maka terpaksalah kami memilih hotel di sebelahnya iaitu APA Hotel Keisei-Ueno Ekimae walaupun harganya lebih mahal.
Suasana sibuk di dalam Keisei Ueno Station.
Tiket Keisei Skyliner Airport Express sudah pun Encik Suami beli secara online, sehari sebelumnya menerusi Klook. Kami dapat harga lebih rendah berbanding pembelian terus di kaunter. Sampai di stesen, e-ticket perlu ditukar kepada tiket fizikal di kaunter tiket.
Tiada catatan lanjut dan foto di dalam tren sebab lebih kurang sama sajalah dengan pengalaman sewaktu kami tiba tempoh hari. Catatan berkenaannya boleh baca di entri - Naik Keisei Skyliner Airport Express ke Nippori Station.
Pukul 8.30 pagi, kami tiba di Narita Airport.
BELI TIKET PENERBANGAN MAS, TAPI NAIK PESAWAT JAL | Bagi perjalanan pergi dan balik, kami beli tiket MAS (Malaysia Airlines). Perjalanan pergi kami naik pesawat MAS, tetapi bagi perjalanan balik kami berpeluang naik pesawat JAL (Japan Airlines).
Ini kerana MAS mempunyai kerjasama codeshare dengan JAL, maksudnya kedua-dua syarikat boleh menjual tiket penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat lain di bawah kod mereka sendiri.
Jadinya semasa di Narita Airport, kami terus saja menuju ke kaunter check-in untuk JAL. Tapi rupa-rupanya semua penumpang perlu buat self service check-in dan self-service baggage drop. Belum sempat kami buat apa-apa di kiosk berkenaan, seorang staf perempuan datang menghampiri kami. Setelah meneliti butiran penerbangan, kami diminta ke satu kiosk lain.
Di kiosk ini, staf tadi buatkan urusan check-in.
Bagasi kami ditimbang di sini. Bagasi yang besar, beratnya lebih 19 kg. Manakala yang kecil, beratnya hampir 12 kg.
Alhamdulillah sekejap saja siap urusannya, jadi mudah sebab ada staf bantu uruskan. Masih ada banyak masa lagi sebelum waktu berlepas, bolehlah kami jalan-jalan melihat apa yang ada di sini.
Terdapat banyak pilihan kedai cenderamata. Kalau masih belum cukup oleh-oleh yang dibeli, bolehlah menambah pembelian di dalam lapangan terbang ni.
Antara barangan yang menarik perhatian saya - foldable shopping bag dengan motif Jepun. Harganya 1,320 yen.
Stokin berjari dengan pelbagai pilihan warna dan motif.
Jumpa kedai makan halal - La Toque. Kami tak cuba makan di sini sebab sebolehnya nak elak makan makanan berat sebelum penerbangan jauh, bimbang perut meragam. Tambahan pula, nanti dalam pesawat ada hidangan makanan.
Kami pergi ke bahagian coklat. Teringin saya nak cuba coklat buatan Jepun jenama Royce’ Chocolate ni. Terdapat beberapa jenis coklat di sini, saya semak satu persatu status halal di aplikasi Halal Japan. Hasil semakan, kami cuma boleh membeli Royce’ Potatochip Chocolate (dalam foto di atas, ia terletak di bahagian atas). Harganya 800 yen.
Untuk makluman - walaupun ketika kami beli ni hasil semakan produk ianya berstatus halal (tiada kandungan yang haram), tetapi kandungan produk mungkin berubah pada masa akan datang. Maksudnya, setiap kali nak membeli apa-apa produk kita mesti semak kandungannya.
Saya ke suatu sudut yang agak tersorok di balik binaan dinding, dari sudut tersebut kita boleh melihat suasana di luar bangunan. Saya tersenyum sendiri bila terpandang ekor pesawat dengan lambang MAS. Begitulah bila kita berada jauh di negara asing, nampak pesawat penerbangan Malaysia pun dah cukup buat rasa gembira. Walaupun Jepun negara yang penuh pesona, tapi tanah air sendiri tetap di hati.
Pukul 10.45 pagi, kami bergerak menuju ke balai berlepas.
Suasana di balai berlepas Gate 64.
Pesawat JAL yang membawa kami terbang pulang ke tanah air.
Saya rasa teruja untuk merasai pengalaman pertama terbang dengan syarikat penerbangan Jepun. Insya Allah catatan pengalaman terbang bersama JAL di entri seterusnya.
*
Alhamdulillah…kami berdua berpeluang meneroka sebahagian kecil bumi Jepun. Banyak kenangan yang tercipta sepanjang permusafiran kami. Juga banyak perkara yang membuatkan saya rasa kagum dengan cara fikir dan budaya orang Jepun. Jepun bukanlah negara yang terbaik dalam segala perkara, tetapi banyak perkara baik yang boleh kita contohi dari Negara Matahari Terbit ini.
Selamat tinggal Jepun, ada rezeki kami pasti kembali!
Terima kasih Allah 💙
Bestnya pi jepun. Cie dulu suka tengok cerita jepun. Sampai emel yahoo pun ada jepun kawaii1911. Hihi. Kawaii ni cute rasanya.
ReplyDeleteTeringat kenangan lalumpernah ke Jepun, kota osaka, Kyoto ada pergi juga ke Deer Park..memang hebat di Jepun tu dek...ada rezeki rasa nak datang lagi lah ke Jepun..selamat kembali ke tanah air ya
ReplyDeleteFoldable shopping bag tu SA suka..selalu dapat dari kawan- kawan yang pi melancong...masa SA pi China pun beli banyak buat hadiah kat adik beradik dan sedara mara
ReplyDeleteSaya rindu ke jepang lagi. Blm tahu lah kapan bisa balik kesana 😅. Tahun depan pun dah ada planning ke destinasi lain.
ReplyDeleteRoyce coklat itu sedaaap. Dan waktu itu ada dupe nya yg halal di jakarta. Paling suka rasa yg caramel coklat .
Biasanya di hari terakhir di jepang, saat di bandara saya pasti menghabiskan sisa yen dengan Beli segala macam barang di airport 😁. Apalagi harga barang2 di airport jepang, ini tak mahal. 👍
Cantik2 beg foldable tu... yg PU bagi sy belum rasmi lagi, sayang :D
ReplyDeleteSy pernah ke Jakarta, book MH tapi naik KLM. Banyak airlines JV macam ni sbb route sama kan
Sedangkan dulu Tun pun gunakan Jepun sebagai petunjuk dengan Dasar Pandang Ke TImur pada tahun 1980an.
ReplyDeleteSuasana di Jepang itu selalu bersih, terawat dan tertata dengan baik, seperti yang saya lihat dari foto-foto diatas.
ReplyDeleteLucu-lucu ya Mbak motif stokin berjari itu...
Salam,
wahhh best nya dapat ke sana...
ReplyDeleteSaya pun suka Jepun, barang-barang even dessert2 dia semua comel2 dan cute2.. dan saya tertarik dengan ayat "Jepun bukanlah negara yang terbaik dalam segala perkara, tetapi banyak perkara baik yang boleh kita contohi dari Negara Matahari Terbit ini"..
ReplyDeleterezaki Ujie pusing dunia kali ini, seronok kak ana tengok tumpang melancong sama bersama entri-entri Ujie :)
ReplyDeleteSemasa ke Tokyo dulu, saya pun naik JAL. Best recommended. Transit dekat SG
ReplyDeleteBoleh tumpang lagi nnt tgk Jepun kalo k.Ujie visit lagi...hehe
ReplyDelete