Dari Fairy Cave Nature Reserve di Bau, kami kembali ke bandar raya Kuching. Kereta sewa dipandu menuju ke lokasi restoran King Laksa Sarawak yang terletak di Metrocity Matang, Kuching. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam dengan jarak kira-kira 45 km.
KING LAKSA SARAWAK, METROCITY MATANG
Restoran ini terletak di deretan bangunan kedai di sebuah kawasan yang nampaknya baru dibangunkan. Tak susah mencari lokasinya dengan berpandukan aplikasi Google Maps. Ruang parkir juga banyak.
Terdapat pilihan untuk makan di bahagian dalam atau di luar restoran. Kami memilih duduk di bahagian luar sebab saya rasa kurang selesa nak masuk dengan keadaan seluar yang kotor selepas aktiviti eksplorasi gua tadi.
Terdapat banyak pilihan variasi laksa Sarawak, siap boleh pilih jenis mi.
Pilihan mi kolok. Sup udang pun ada juga di sini.
Minuman pilihan kami - yang sejuk berais tu teh 3-layer, dalam buku menu ditulis sebagai ‘Teh C’. Selepas itu barulah saya tahu di Sarawak minuman ini dikenali sebagai ‘Teh C’ - ramuannya teh ais, susu sejat dan gula apong. Berbeza dengan minuman 3-layer yang biasa saya minum iaitu tanpa gula apong, rasa teh C lebih sedap berlemak.
Laksa Sarawak dengan pilihan sotong.
Mi kolok.
Alhamdulillah semuanya memuaskan selera.
Kalau kalian ke Kuching, bolehlah mencuba sendiri hidangan di sini. Terdapat tiga buah cawangan restoran King Laksa Sarawak - Kota Samarahan, ICOM Square dan Metrocity. Restoran yang kami pergi ni merupakan cawangan di Metrocity Matang, beroperasi setiap hari pukul 10 pagi - 9 malam kecuali hari Ahad beroperasi seawal pukul 9 pagi.
AMAMAS BOUTIQUE HOTEL
Malam terakhir di Kuching, kami menginap di Amamas Boutique Hotel. Hotel ini tiada bangunan sendiri, ia terletak di deretan bangunan kedai/pejabat. Agak sukar bagi kami nak mendapatkan ruang parkir berhampiran hotel.
Caj parkir dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kami tiba di perkarangan hotel sudah pun lewat senja, jadinya tak perlu pamerkan kupon parkir di dashboard kereta. Tapi esok awal pagi kenalah bersegera membeli kupon untuk mengelakkan di saman.
Alhamdulillah kami dapat bilik penginapan yang sangat selesa.
Siap ada alat penimbang! Bolehlah bermuhasabah diri 😆
Kadar harga bilik ini cuma RM113 - dapat katil saiz besar, bilik dengan keluasan memuaskan, bersih dan sangat selesa. Tak ada sebarang masalah.
Lega sungguh rasanya dapat berehat di bilik yang selesa begini setelah melalui hari yang memenatkan dan juga dengan keadaan kaki Encik Suami yang semakin bertambah sakit. Rawatan awal - sapu Counterpain cool gel, makan Panadol Extend for muscle & joint pain.
Malamnya kami tak keluar bilik, kaki Encik Suami perlu direhatkan. Esoknya hari terakhir kami di Kuching, segala aktiviti yang diatur bergantung kepada keadaan kesihatan kaki Encik Suami.
Sedapnya tengok laksa sarawak dan mi kolok. Mi kolok je saya pernah cuba, laksa sarawak belum lagi.
ReplyDeleteNampak luas biliknya.