Monday, 30 December 2024

Keindahan Alam dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar

Catatan hari Ahad, 14 Julai 2024.

Taman Rekreasi Tasik Melati terletak kira-kira 13 km dari rumah saya dan kira-kira 9 km jika datang dari bandar Kangar.

Setahu saya, terdapat dua pintu masuk ke tempat ini. Saya dan Encik Suami ikut saja panduan di aplikasi Google Maps untuk ke Tasik Melati, entah ikut pintu yang mana satu. Maklumlah, ini merupakan kunjungan kali pertama kami ke sini sejak berhijrah ke Perlis. Kami belum begitu faham jalan-jalan di sini.

Kami tiba di sini kira-kira pukul 9 pagi, matahari sedang memancar. Kawasan ini nampaknya agak lengang - cuma ada beberapa buah kenderaan di tempat parkir. Deretan gerai jualan berhampiran tempat parkir juga tidak ada yang beroperasi.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Sudut pandang dari kawasan parkir. Gerbang taman rekreasi yang menonjolkan seni bina Cina.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Tasik di sini merupakan tasik buatan. Suatu ketika dahulu, ia menjadi sumber takungan air bagi aktiviti pertanian.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Terpukau mata saya memandang keindahan alam dan lanskap di sini 😍

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Terdapat laluan untuk pengunjung menikmati keindahan alam di tengah tasik.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Water reflection yang cantik! Nampaknya Tasik Melati sangat sesuai bagi penggemar fotografi lanskap.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
MasyaAllah cantik sungguh bunga teratai disimbah cahaya matahari pagi.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Sejenis lagi tumbuhan air yang terdapat di sini. Cantik bunga kecil berwarna putih, entah apa namanya.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Teratai menjadi penyeri tasik dan lanskap seni bina Cina mencipta keunikan Tasik Melati.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Malangnya, bukan semua orang tahu menghargai kemudahan rekreasi yang disediakan secara percuma.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Pemandangan di sudut lain - kelihatan beberapa spesis burung berkaki panjang sedang mencari makan di sini.

Di bahagian sebelah sana, terdapat satu lagi kawasan tasik dengan laluan pejalan kaki di tengah tasik. Kami tak ke sana sebab laluan masuk ditutup sebagai persediaan Pesta Cahaya yang bertemakan Taman Fantasi. Juga ada bahagian lain yang kami tak pergi - dari jauh nampak ada taman permainan kanak-kanak.

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis
Tasik Melati - taman rekreasi dengan keindahan alam dan keunikan lanskap yang cukup menarik. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga. Ia juga tempat yang menarik bagi penggemar fotografi alam dan lanskap.

Saya nampak ada juga kemudahan surau dan tandas, tapi tak pasti keadaannya bagaimana. 

InsyaAllah lain kali kami datang buat brisk walk keliling taman, kali ni cuma berjalan santai menikmati alam dan sibuk memotret itu ini 😄. Kalau nak beriadah kena datang awal pagi sebelum matahari memancar.

Kalau kalian berkunjung ke Perlis, boleh masukkan Tasik Melati dalam itinerari. Buat carian di Google Maps - Tasik Melati Recreational Park.







13 comments:

  1. boleh masuk dalam list nie..tahun lepas pergi perlis, waktu hujan...keadaan tak mengizinkan sangat untuk ke merata tempat...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga teratai. Ada macam2 warna teratai ni....nampak yg pink kat sini.

    ReplyDelete
  3. Antara tempat yg pernah lady pergi... cantik...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi pengalaman. Memang seronok meneroka tempat baharu seperti Tasik Melati. Waktu pagi sesuai untuk menikmati suasana tenang di sana. Mungkin pada kunjungan seterusnya, gerai-gerai jualan sudah mula beroperasi, menambah seri kawasan tu.

    ReplyDelete
  5. cantek taman ni... rasa nyaman je mmg sesuai la utk beriadah kan

    ReplyDelete
  6. Wow! Air tasik tu bagaikan cermin!

    ReplyDelete
  7. Terasa segar dgn segala kehijauan yg ada tu...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tasik. Seronoknya taman rekreasi dekat2 area rumah kan.
    Kalau tengok sampah sarap di taman sebegini, memang naik darah jadinya.

    ReplyDelete
  9. cantiknya view, mcm dlm gambar poskad je... gambar kak ujie semua cantik² tp syg pulak ada manusia yg x bermoral cemarkan taman yg cantik ni

    ReplyDelete
  10. sejuk mata memandang,tenang tengok tasik tapi bila tengok ada sampah sarap tu terus rasa sakit hati plk

    ReplyDelete
  11. Cantiklah dengan teratai dan bunga di tasik. Lagi pula ada binaan gerbang ala negara China.

    ReplyDelete
  12. Ini kalau saya ke Perlis, blog ini akan saya jadikan rujukan.. hehehe..

    Landskapnya cantik, pasti gambar yang diambil pun akan jadi menarik.

    ReplyDelete
  13. Pernah pergi sekali je Tasik Melati ini.. tapi tak tahu nak buat apa.. dtg tak smpai 10 minit then balik hihii

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****