Thursday 12 September 2024

Sampai Nanti

 
Judul : SAMPAI NANTI
Penulis : Syaz Eym
Penerbit : Nursyazni e-Book Pub
Tahun terbit : 2024
Jumlah halaman : 566


Sampai Nanti sebuah novel versi e-book yang berkisar tentang konflik diri, percintaan, persahabatan dan perkahwinan. 

Pengkhianatan masa lalu Najah terhadap sahabat baiknya, akhirnya memakan diri. Hadirnya insan ketiga membuatkan Najah tersedar tentang cinta dan perasaan terhadap suaminya, Mustaqim. Muncul pada detik yang tepat, Hatim hadir memberi kata-kata semangat buat Najah.

Mampukah rumah tangga Najah dan Mustaqim bertahan? Masih adakah peluang kedua buat Najah untuk mengecap bahagia?

Sampai Nanti, sebuah kisah yang penuh pengajaran dan nilai positif. Tahniah buat sahabat blogger Syaz yang berjaya menggarapnya dengan begitu kemas.

“Ya. Sebab tu, saya selalu percaya pada peluang kedua. Kadang-kadang, yang pertama itu cuma untuk mempersiapkan kita supaya dapat menghadapi kali kedua dengan lebih baik. Lebih mensyukuri apa yang kita ada, dan yang kita mampu beri.” - Hatim








10 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih banyak kak Ujie πŸ₯°

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniah akak SR .. dah keluarkan novel yerr ..

    ReplyDelete
  3. Wahh ada sambungan kisah Najah. Tahniah Madam Syaz hasilkan naskah terbaru.

    ReplyDelete
  4. Waaah ini karya kak SR yaaaa 😍😍😍. Kadang teringin baca ebook novel Malaysia, Krn selama ini saya selalu beli buku fisik saat sedang di sana. Tapi kalo beli ebook, trima payment CC tak yaa. Krn kalo debit card susah antar negara πŸ˜…

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang ada fobia apabila dikhianati susah untuk dapat kepercayaan semula.
    Tahniah Syazni sudah buat novel.

    ReplyDelete
  6. waaaaa.... tahniah SR utk novel ini, laju kak Ujie dh dapatkan novelnya ni.

    ReplyDelete
  7. wahhh dahsyat SR tahniahhhhπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****