Wednesday 18 September 2024

Seketika di Bandar Hatyai

[Catatan ‘Day Trip’ ke Wilayah Songkhla, Thailand | Ahad, 25 Ogos 2024]

Semasa dalam perjalanan pulang ke Perlis, konvoi kami singgah seketika di bandar Hatyai.

5.39 petang waktu Thai.
Aliran trafik sesak di bandar Hatyai.

Kami ke pusat beli-belah Central Hatyai. Geng konvoi sibuk membelek barang dan shopping, saya pada kebanyakan masa cuma duduk di bangku memerhati gelagat manusia.

Kami menghabiskan masa di sini sekitar 1 jam 30 minit. Satu hal yang menarik, pusat beli-belah ini tidak mengenakan caj parkir. “Percuma…”, seorang petugas perempuan di kaunter masuk parkir memaklumkan kepada kami. Kami cuma diberi sekeping kad yang perlu dipulangkan sewaktu keluar.

8.16 malam waktu Thai.
Kami singgah untuk menunaikan solat jamak Maghrib Isyak di stesen minyak PTT. Cantik dan bersih ruang solatnya. Ruang kecil ini tak berbau hapak sebab ada ventilation fan di siling. Tempat wuduknya pun bersih. Pendek kata, memang selesa singgah solat di sini.

Ikut rancangan awal, kami singgah di stesen minyak PTT ini untuk solat dan mengopi di Cafe Amazon. Tapi rupa-rupanya Cafe Amazon tutup awal. Tak ada rezekilah.

Kami ke 7-Eleven untuk membeli barangan, saya beli juga sekampit beras wangi Thailand - Royal Umbrella pek warna oren. Biasanya saya beli di Malaysia pek warna merah. Secara perbandingan (berdasarkan kadar tukaran wang semasa), harganya lebih murah tetapi tidaklah terlalu berbeza.

10.06 malam waktu Thai.
Tiba di pekan Danok, kami berhenti sekejap untuk mengisi perut. Ini merupakan kali pertama saya berada di Danok, sebuah pekan yang nampaknya cukup meriah walaupun sudah lewat malam.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke pintu sempadan di Sadao Border Checkpoint. Tak begitu jauh dari tempat kami makan tadi. Semasa dalam perjalanan, saya perhatikan terdapat kedai-kedai dengan suasana lampu suram. Mulanya saya hairan, kenapa buka kedai makan tapi lampu suram. Selepas itu barulah saya faham, ia bukan kedai makan biasa tetapi mungkin pusat karaoke dan seumpamanya.

Tambahan penceritaan - kediaman kami terletak tak begitu jauh dari sempadan Thai, memang agak biasa kami dengar bunyi muzik kuat pada waktu malam jika berada di luar rumah. Menurut jiran, bunyi tersebut datang dari Danok.

Catatan ‘day trip’ ke wilayah Songkhla, Thailand berakhir di sini. Alhamdulillah trip konvoi kami tiga kereta semuanya berjalan lancar. Memang terasa penat tapi seronok dapat melihat tempat orang.







13 comments:

  1. Sy pernah beberapa kali ke Danok tapi skrg jangankan Danok, balik kampung pun dah jarang2. Wah, bagus surau tu, kemas dan bersih. Kadang2 rasa nak berjalan ke sana tapi macam2 yang perlu difikirkan utk merancang perjalanan membuat hasrat terbatal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau nak trip lancar selesa kena rancang dan buat persediaan.

      Delete
  2. Menariknya kak, bila la nak dapat ke sana agaknya kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat nak jalan-jalan Hatyai, Dana boleh naik bas KL-Hatyai. Naik tren masih kena tukar-tukar kenderaan, leceh sikit.

      Delete
  3. Seronoknya kak Ujie dapat keluar masuk negara jiran anytime. Bila ada peluang ni, dapatlah kita memanfaatkannya kan. Dulu sebelum balik Malaysia, singgah Danok sebab nak cari daging bakar je. Memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...alang-alang dah duduk sempadan ni memang fikir nak explore betul-betul selatan Thai.

      Masa makan di Danok malam tu, kami order daging bakar. Tapi terkena yang kurang memuaskan. Bukan daging tapi macam otot, liat. Nak kena pergi tempat yang recommended.

      Delete
  4. Baca dalam berita rakyat Malaysia ramai2 serbu selatan Thailand & Hatyai cuti sekolah ni sampai menyumbangkan 1 billion Thai Baht ke negara jiran. Hebat kuasa membeli orang Malaysia 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemarin saya dengar dari teman saya yg di bandung, ramaaaaaaai orang Malaysia lagi berdiri di sana. Tempat wisata2 rata2 orang Malaysia hahahahaha.

      Saya jadi ingat pas june kemarin saya ke bukit bintang.

      Yg saya dengar hanya percakapan orang Indonesia yg sedang cuti kesana 🤣. Krn june kemarin cuti sekolah panjang Indonesia kan.

      Bergantian lah memang 🤭

      Delete
    2. Ya Carneyz, akak baca berita pintu sempadan Thai sesak.

      Hari Isnin pagi akak pergi Padang Besar nak isi minyak, jalan masuk ke pos imigresen jammed. Panjang beratur kenderaan 😄

      Delete
    3. Fanny,
      Hehe...pantang cuti sekolah, masing-masing pergi holiday ke negara jiran 😄

      Delete
  5. Danok #ytjt :D
    Bersih dan kemas suraunya 👍

    ReplyDelete
  6. Mesti ramai yang berpusu-pusu ke pusat beli-belah tersebut.
    Baru tahu rumah Puan Ujie dekat sempadan Danok.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****