Sedang elok konvoi kami tiga buah kenderaan bergerak meninggalkan Zoo Songkhla, hujan turun dengan lebatnya. Destinasi kami seterusnya - kedai makan halal.
Alhamdulillah kami ternampak sebuah kedai makan halal yang terletak di tepi jalan. Mudah dilihat. Macam mana tahu halal? Ada papan tanda tertera The Seaside Halal. Masa ni hujan dah reda, cuma gerimis masih membasahi bumi.
Kalau dari jalan raya, akan nampak sebuah pondok kecil yang dijadikan surau. Pergi belakang sikit barulah nampak ruang makan yang menghadap tasik.
Awalnya saya menyangka kedai makan ini menghadap lautan. Tetapi rupa-rupanya inilah Tasik Songkhla - tasik semula jadi terbesar di Thailand dengan keluasan 1,040 km².
Kalau cuaca cerah, tentu cantik dapat berfoto di jeti ini.
Saya tertarik dengan atap kedai makan ini yang menggunakan daun, entah daun apa ya? Atap daun begini nampak klasik dan mewujudkan suasana nyaman.
Kami buat pesanan makanan berpandukan buku menu tulisan Thai dan bahasa Inggeris. Antara makanan yang kami order - tiga ekor ikan siakap dan ikan jenahak (berbeza jenis masakan), tomyam seafood dan sotong celup tepung. Pantas juga mereka memasak, tak perlu lama menunggu satu persatu hidangan kami tiba di meja makan.
Setiap gelas minuman dihiasi bunga telang.
Hmm…kecewa sungguh saya bila dapat sotong celup tepung versi jemput-jemput/cekodok. Bila dimakan, potongan sotong lerai dari tepung. Rasanya juga kurang memenuhi selera saya.
Sebenarnya, tempoh hari semasa kami makan di Satun pun dapat sotong celup tepung versi jemput-jemput/cekodok. Tapi masih boleh diterima sebab rangup luarnya dan sedap rasanya.
Alhamdulillah makanan lain semuanya memenuhi selera. Habis dimakan semuanya. Seronok jalan-jalan dengan geng yang sentiasa berselera, makan apa pun licin!
Destinasi seterusnya, kami ke masjid 'Taj Mahal'.
Ohh tasik rupanya, ingatkan laut. Kalau cuaca cantik cerah mesti lagi cantik gambar kan. Alamak, tak suka juga jenis celup tepung macam tu jenis terlerai. Tak silap saya, atap tu atap rumbia kot.
ReplyDeleteThailand paling best sekali surelah MAKAN!
ReplyDeleteKalo di sini sebutnya daun Rumbia kak. Memang sering dibuat utk atap. Dan itu kuat.
ReplyDeleteYaaaa sayang banget kalo rasa tak kena selera. Memang seharusnya tepung sotong itu tak lerai begitu saja kan. Tapi kalo makanan lain sedap, terobati setidaknya 😄. Tak JD kecewa sangat
Atap rumbia kot tu PU? Tak pun atap nipah. Atap guna daun ni sejuk, dapat kurangkan bahang matahari.
ReplyDeleteCantiknya pemandangan tepi tasik tu. Besar tasiknya kan...
Pernah juga makan sotong goreng tepung versi gini, tapi salutannya rangup & gebu, sedap juga.
Tasik tu sy pun ingatkan laut sebab macam bergelombang nak air pasang surut tu. Sy pun tak suka kalau dapat jemput2 sotong ni, hahaha.
ReplyDeletetmpt makan dkt tasik..cantik viewnya...mmg tk best la kalo dpt sotong mcm tu kan
ReplyDeletelama tak nampak bumbung atap nipah macam ni Ujie . damai je suasana selepas hujan tu :)
ReplyDeleteSeronoknya day trip ni. Subhanallah cantik tasik nya. Makanan pun sedap except celup tepung tu ya.
ReplyDeleteUishhh saya cukup pantang klu dpt sotong celup tepung versi jemput jemput ni.. sbb tu masa nak order saya tanya.. celup tepung atau cucur sotong hahaa.. tapi kat Thailand kan.. nk tanya payah lak nak faham hahaha .
ReplyDeleteIya..memang tanya, tapi dia payah nak faham. Lepas tu kata ok boleh buat. Tapi bila sampai..hmm.
DeleteLain kali memang tak payahlah order. Dah 2x di dua tempat, hasilnya sama je. Bukan makanan mereka la kot, tu tak reti.
waahh bestnya day trip Thailand! tp adehh spoilt betul lah sotong cekodok cmtu hurmm
ReplyDeleteMenarik tengok gelas air dihiasi bunga telang.
ReplyDeleteItulah kalau dapat geng yang pemakan dan tidak cerewet sangat makan.
Tempatnya cukup cantik,apalagi ada menghadap ke danau itu,memang bagus buat foto, atap dari daun itu katanya cukup dingin, di salah satu desa di Lombok atap rumah mereka seperti itu,... cumi goreng tepung itu ya ? Syukurnya makanan habis semua 😀
ReplyDeletethailand pun ada cekodok sotong hehe,ingatkan kedai tomyam Msia je yang tak pandai buat sotong celup tepung ni
ReplyDelete