Sunday 20 March 2022

Kopi dan Pokok di Nuhayra

Sebelum ini saya pernah membeli pokok untuk emak secara dalam talian di Nuhayra Pretty Leaf. Dan baru-baru ni saya berkesempatan datang ke kedai fizikal mereka yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Yang menariknya, kedai ni bukan saja menjual pokok tetapi turut menjual minuman kopi juga.

Nuhayra Brew Pretty Leaf
Bahagian luar kedai. Tempat untuk ‘ngopi’ - ada beberapa meja di luar dan satu atau dua meja lagi di dalam kedai.

Nuhayra Brew Pretty Leaf
Bahagian dalam kedai, satu kaunter bayaran dan satu kaunter buat kopi. Seronok saya tengok pokok-pokok banyak begini. Tengok pun dah jadi terapi, apa lagi kalau membelinya kan? Hehe.

Nuhayra Brew Pretty Leaf
Rak pameran dan jualan pokok-pokok dan pasu.

Tujuan utama datang sini nak ‘ngopi’, kami beli satu ice cappuccino.

Juga satu hot mocha

Seronok juga sambil minum kopi sambil mata memerhati pokok-pokok yang ada. Sudahnya, lepas minum kopi terus terasa nak membeli sepasu dua pokok. Tapi lepas berfikir-fikir, saya beli sepasu pokok Satin Exotica Pothos. Jenis pokok yang senang jaga dan boleh tinggal berhari-hari tanpa disiram.

Bagi peminat kopi dan peminat pokok-pokok, bolehlah datang ke kedai dengan konsep 2 in 1 ni. Kopi sedap, pokok cantik, layanan baik dan mesra. Nak ke sini boleh buat carian di Google Maps ‘Nuhayra Pretty Leaf & Nuhayra Brew’.

———————————————————————-

NUHAYRA PRETTY LEAF & NUHAYRA BREW
Lot 108, Pusat Perniagaan Seri Serdang,
Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu operasi :
Selasa - Ahad
10.30 pagi - 6.30 petang
(Tutup : Isnin)


18 comments:

  1. Tudiaaa banyaknya pokok dia hehe

    ReplyDelete
  2. Rasanya belum ada kedai buat begini. Kafe ada jual pokok.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga pilihan pokok yang boleh dibeli ye Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi rambang mata. Itu cantik, ini pun cantik..

      Delete
  4. seronoknya sambil layan kopi layan pokok2 juga..my husband jenis yang suka minum kopi..habis tempat dia nak jelajah nak try coffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..kalau ke utara bolehlah try Nuhayra Brew pulak.

      Delete
  5. Cantiknya kopi dia. Mesti sedap

    ReplyDelete
  6. dulu masa kecik2 arwah ibu saya suka sangat dengan pokok jenis keladi ni. bila dah besar ni, tugas memelihara jatuh kepada saya, baru saya perasa. cantik jugak pokok2 ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kenal maka tak cinta. Hari2 belek, tu yang nampak cantiknya kan..

      Delete
  7. amboi rambang mata nengoknya kak oi

    ReplyDelete
  8. First time tau ada kedai kopi sekali..slalu lalu dekat IG kedai Nuhayra nih..geram tengok pokok2 sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kenal Nuhayra ni sebab asik lalu je ads dia.

      Delete
  9. Wahh best betul datang sini. Cuci mata tengok kehijauan pokok sambil tu mengopi sekali. Kena tahan godaan ni kalau ada pokok cantik nak ikut balik. Hehehe...

    ReplyDelete
  10. seronoknya mengopi sanbil di kelilingi pokok2 hijau..terasa mcm dlm taman..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****