Friday 4 February 2022

My Little Library, Pantai Robina

Cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, selepas bersarapan di luar saya terus ajak encik suami berjalan-jalan ke Pantai Robina yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Saja nak melihat-lihat tempat yang belum pernah kami jejak.

Pantai Robina kelihatan biasa-biasa saja pada pandangan mata saya. Air lautnya pun bukanlah kebiruan. Tapi masih sesuai dan seronok untuk aktiviti santai bersama keluarga. Nampak ada pengunjung yang sedang berkelah, ada yang sedang memancing dan ada yang sekadar duduk berbual di tembok penahan ombak. Kami? Berjalan menyusuri laluan pejalan kaki yang tersedia sambil memerhati suasana sekitar.

Saya ternampak sesuatu yang menarik perhatian…

My Little Library, Pantai Robina
Ada mini perpustakaan di sini! Buku-buku diletakkan di dalam rak kayu berpintu.

My Little Library, Pantai Robina
Saya buka pintu rak kayu untuk melihat-lihat buku apa yang diletakkan di sini.

Mini perpustakaan yang dikenali sebagai ‘My Little Library’ ini merupakan usaha oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP). Satu usaha yang baik untuk mendekatkan masyarakat dengan buku. Tak perlu bahan bacaan berat, cukuplah bahan bacaan ringan sebagai usaha menggalakkan minat membaca. Orang tak baca pun? Itu perkara kedua. Yang penting nilai usaha yang dilakukan.

Sebenarnya saya pun dah sekian lama menyimpan impian nak buat mini perpustakaan begini. Di bawah kendalian dan pemantauan saya sendiri. Sebabnya bukan semua tempat ada perpustakaan. Mungkin ada yang minat membaca, tapi tak ada kemudahan perpustakaan terdekat. Nak membeli, bukan semua orang ada kemampuan. Lagi pulak kalau kanak-kanak, memang tak ada kuasa beli.

Bercakap pasal buku, saya bercadang nak beri sebuah buku secara percuma (saya akan beri beberapa judul untuk dipilih) dan kemudiannya penerima terpilih perlu membuat entri blog perkongsian hasil pembacaan buku tersebut dalam tempoh sebulan selepas menerimanya. Agak-agaknya ada tak sahabat blogger yang berminat?

15 comments:

  1. memang comel lah mini library tu kak... bagus kalau ada di taman-taman selain dari bermain je boleh jugak membaca sambil merehatkan diri kan

    ReplyDelete
  2. satu usaha yg perlu diberikan pujian. semoga generasi skrg akan tertarik utk membaca buku dan bahan bercetak lain...

    ReplyDelete
  3. Pendekatan yang patut dipuji
    Cuma risaukan perangai rakyat Malaysia yang kurang menghargai harta awam

    ReplyDelete
  4. Bagus ini membaca sambil tengok keindahan pantai
    Saya berminat! Lama tidak buat ulasan buku. Boleh asah semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik NA, InsyaAllah saya akan umumkan nanti ya 😊

      Delete
  5. seronok membaca sambil dibelai angin pantai..kalau baca sambil baring2 dlm hammock lg best..

    tak berani nak sahut cabaran...hehe..takut tk habis baca walaupun sebulan tu lama jg lah..haha..

    ReplyDelete
  6. Eceh.... bagus pulak macam ni kan?

    ReplyDelete
  7. Bagusnya idea begini. Saya pernah nampak suasana begini ketika berkunjung ke Nami Island, South Korea.

    ReplyDelete
  8. Waaa bestny.. pihak pustaka ni kreatif..klu sebut pasal buku..dulu rajin pegi library pinjam buku .bile da musim ni xtahu la buke ke belum.hhhuu..

    ReplyDelete
  9. ramai juga kalangan blogger ni ulat buku kak Ujie. kalau buat challenge tu rasanya ramai berminat

    ReplyDelete
  10. Tertarik juga dengan mini library ni. Alang alang lepak menikmati angin sepoi sepoi bahasa di taman, boleh membaca sekali. Cantik buatannya berbentuk rumah.
    Masa sebulan tu lama, cuma saya ni jenis tak pakar nak review buku :)

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar. cantiknya! comel! sedap tu baca buku dengan angin petang. menarik betoi konsep ni

    ReplyDelete
  12. Menarik! Sy pernah terlintas nak buat begini depan rumah, utk anak2 kejiranan yg bermain di padang berhampiran rumah tapi belum terlaksana lagi hajatnya :)
    Berminat juga dgn buku percuma tu, cuma skrg ni dah kurang membaca buku :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang baik! InsyaAllah moga terlaksana hajat PH.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****