Tuesday 25 January 2022

Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi

 
Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi
Judul : AKU MAHU MEMBACA 1000 TAHUN LAGI
Penulis : Iman Danial Hakim
Penerbit : Jejak Tarbiah Publication
Tahun terbit : Cetakan pertama 2018
Jumlah halaman : 127

Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, buku pertama yang saya baca untuk tahun 2022. Sengaja saya memilih naskhah ini sebagai pemula, dengan harapan tahun ini saya kekal bersemangat untuk mencapai sasaran membaca saya. Alhamdulillah setakat hari ini sudah dua buah buku selesai saya baca, catatan bacaan untuk sebuah buku lagi InsyaAllah akan menyusul.

Buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi merupakan sebuah naskhah perkongsian pengalaman, pendapat, catatan travelog berkaitan dunia perbukuan dan juga ulasan karya oleh penulis.

Ada Apa Dengan Buku?
Antara bab yang menarik di dalam buku ini - kenapa kita membaca buku? Ia juga sebuah pertanyaan buat diri saya, kenapa saya membaca buku? Saya sependapat dengan penulis bahawa buku hadir dengan kata-kata semangat untuk membangkitkan motivasi diri yang kadangkala hilang. Buku juga merupakan sahabat yang mampu mempengaruhi pemikiran pembaca serta berupaya memaknakan hidup. Aktiviti membaca buku juga terbukti sebagai ‘pembunuh masa’ yang efektif. Tidak ada istilah bosan dalam kehidupan seorang pembaca buku kerana masa senggang di isi dengan membaca.

Karya Tere Liye Bukan Sastera?

Karya Tere Liye Bukan Sastera?
Saya tertarik dengan pendapat penulis berkenaan seorang penulis Indonesia - Tere Liye. Ini kerana karya-karya Tere Liye sememangnya begitu dekat di hati saya. Sehingga hari ini saya sudah memiliki 20 buah buku karya Tere Liye dan baru sahaja selesai membaca novel beliau berjudul Pergi.

Menurut penulis, kehebatan Tere Liye adalah kerana kemampuan beliau mengarang kisah kegagalan manusia dalam hidup, ketabahan menempuh cabaran hidup, cara untuk berdamai dengan masa lalu dan lain-lain persoalan hidup dengan jalan cerita yang cukup menarik. Tere Liye meletakkan falsafah hidup sebagai tunjang cerita dan penggunaan ayat-ayat indah, itulah tarikan kuat bagi saya untuk terus membaca karya-karya beliau. Boleh baca entri saya berkenaan ‘Penulis Novel Kegemaran | Tere Liye’.

Antara topik lain yang menarik di dalam buku ini adalah berkenaan cara membedah buku berserta contoh. Juga perkongsian ulasan karya yang menarik dan membuka fikiran saya berkenaan beberapa hal.

Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi, bacaan bagus bagi menimbulkan minat dan rasa seronok untuk membaca buku. Juga mampu menjadi motivasi bagi pembaca buku yang mungkin telah mulai hilang semangat membaca.

* Naskhah di tangan saya ni merupakan cetakan edisi lama, sekarang sudah ada cetakan tahun 2022 dengan kulit buku terkini.



9 comments:

  1. Terus sentap sy pun belum mulakan pembacaan fizikal mcm ni utk tahun 2022.. salam kenal.. sy follow ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kakmim 😊
      insyaAllah boleh mula tu, takde istilah terlewat.

      Delete
  2. Bagus kak terus semangat membaca. Ada beberapa buku sedang menanti untuk dibaca. Harap ada semangat macam akak juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena paksa baca walaupun sikit, lama-lama datanglah semangat tu Fiza.

      Delete
  3. aah ada perasan juga yang cover baru dia tu

    ReplyDelete
  4. Betul itu apabila membaca, kita terbawa-bawa ke dalam karya penulis.
    Itulah kena mula giat membaca semula.

    ReplyDelete
  5. aduhh..dah nak sebulan tahun 2022.. saya hanya sempat membelek majalah ujang yang dibeli setahun yang lalu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****