Tuesday, 26 October 2021

Seketika di Tasik Pedu, Kedah

Sabtu | 16.10.2021

Sebelum ini saya pernah ke Tasik Beris, catatannya DI SINI. Kali ini saya dan suami menuju ke Tasik Pedu yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah. Tanpa ada tujuan khusus, sekadar ingin melihat tempat orang. Perjalanan kami berpandukan aplikasi Google Maps.

Jalan utama ke Tasik Pedu, laluan yang sunyi dari penempatan dan jarang sekali bertemu kenderaan lain. Perjalanan yang saya rasa cukup jauh dan membosankan kerana begini sajalah pemandangan yang dapat dilihat.

Dari jalan utama, kereta kami membelok masuk ke jalan ini pula untuk ke Tasik Pedu. Laluan sejauh 8km yang berliku dan tidak rata. Perlu berhati-hati, terdapat runtuhan kecil di bahu jalan dan juga dahan pokok yang jatuh ke jalan raya. Pada mulanya saya rasa seram juga, tapi kemudiannya rasa lega bila di belakang kereta kami nampaknya ada beberapa buah kereta mengekori. Kita akan tiba di Tasik Pedu bila dah mula nampak tasik di sebelah kiri jalan.

Aplikasi Google Maps membawa kami ke sini. Rupanya di sini terletaknya Mutiara Pedu Lake & Golf Resort yang telah pun ditutup 14 tahun yang lalu! Nampak orang lain masuk menerusi pintu pagar yang terbuka kecil, kami pun ikut masuk jugaklah. Sebaik tiba di sini, baru perasan handphone kami tiada signal 🚫.

Bangunan resort mungkin di hujung jalan, tapi kami tak berapa rajin nak melihat sampai ke hujung sana. Cukuplah di sini, sesuai dengan tujuan kedatangan kami cuma nak melihat pemandangan Tasik Pedu.

SubhanAllah! Cantik sungguh pemandangan Tasik Pedu. Tasik luas berlatarkan perbukitan yang kelihatan berbalam, sangat mempesona! Kalau tak kerana panas mentari tengah hari, memang boleh leka melayan mata di sini.

Ini pula pemandangan berhampiran kawasan kami parkir kereta.

Tempat yang sangat cantik, kaya dengan khazanah alam. Sayang terbiar sepi. Semoga tempat ini dapat dibangunkan semula demi manfaat bersama. Katanya memang sudah ada yang mengambil alih, sebab tu nampak kawasan resort ni agak terjaga.

Menerusi carian internet, saya juga menemukan lokasi pelancongan lain di Tasik Pedu yang masih beroperasi iaitu Seri Mahawangsa Boat House Pedu. Sesiapa ada info lain bolehlah tambah diruangan komen ya. Rasa macam kurang promosi berkenaan tarikan pelancongan di Tasik Pedu ni.

———————————————————————————
Info Tasik Pedu
(sumber : bharian.com.my)

• Tasik Pedu tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah 52 kilometer persegi dan sedalam 60 meter.

• Dibina pada tahun 1966 dan siap sepenuhnya pada tahun 1969.

• Dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

• Rekabentuk dan membina empangan oleh firma perunding dari England, William Halcrow dari England.

• Perancangan sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

• Kos pembinaan RM200 juta.

• Terletak 80km dari Alor Setar serta 50km dari Kuala Nerang.

• 5km dari sempadan Malaysia-Thailand.

• Dibina untuk pesawah padi di Kedah dan Perlis bagi penanaman padi dua kali setahun.

• Diurus Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).


Lihat keindahan Tasik Pedu menerusi video berdurasi 42 saat.


16 comments:

  1. Tasik buatan rupanya.
    Betul itu saya pun kurang tahu tempat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang jugak..tempat cantik, kurang promosi.

      Delete
  2. cantiknya tasik ni kak, tpi sayang betul bila terbiar... takde dibuat apa-apa gerai atau macam tempat tumpuan pelancong. Tenang je tengok saujana tasik yang luas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak datang, cuma ada satu gerai persendirian (letak meja, pacak payung) jual air & jajan kat bhg luar pagar resort tinggal tu. Itu ajelah.

      Delete
  3. Cantik sekitar tasik pedu ni. Tapi itulah kan, sunyi rasa. Ada pembangunan sikit meriah jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau resort tu beroperasi, mungkin meriah jugak suasana situ.

      Delete
  4. jalannya nampak sunyi... tapi sampai sana banyak je kereta kan?

    ReplyDelete
  5. Bangunan resort tu terviar je ke kak? Eh seram pulak saya memikirkannya. Hehe. Saya pun baru tahu tempat ni wujud

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14thn terbiar pulak tu, memang seram mikir. Tapi sebab siang dan ada orang lain...ok lah..hehe.

      Delete
  6. subhanaullah
    cantikk vieww
    cik nur pun x penah jejak sini
    tasik berriess penah jga thn 2015

    ReplyDelete
  7. baru pertama kali dengar...Tasik Pedu.

    nampak macam cantik

    ReplyDelete
  8. kos pembinaan bukan sikit2 tapi terbiar pula

    ReplyDelete
  9. Baru selesai nonton youtube, pernah terjadi el nino dn kelihatan 300 kuburan di tasik

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****