…baca Bahagian 1 DI SINI.
Kami seterusnya menuju ke tarikan utama ke-2 di The Habitat, iaitu Curtis Crest Tree Top Walk. Tarikan utama yang ke-3, Flight of The Colugo (zipline/flying fox) tidak dibuka semasa kami datang. Bayaran tambahan dikenakan untuk aktiviti zipline.
Curtis Crest Tree Top Walk
1. Curtis Crest Tree Top Walk |
Inilah Curtis Crest Tree Top Walk, kita perlu mendaki anak tangga untuk naik ke atas. Masa mula-mula nampak, terus terasa gayat nak naik Tree Top Walk ni.
2. Gambar pandangan dari udara Curtis Crest Tree Top Walk dan kedudukannya di Bukit Bendera. Sumber : thehabitat.my |
Menurut staf di sini, nama Curtis diambil sempena nama seorang tukang kebun di sini (pada era British). Kemudiannya baru saya perasan, kebanyakkan nama-nama tempat di Bukit Bendera menggunakan nama ‘orang putih’. Contohnya, Cliff Cafe (Astaka Bukit Bendera) dan David Brown’s Restaurant. Kenapa agaknya kita masih perlu ‘mengangkat’ bangsa penjajah? Mungkin atas faktor nilai komersial.
3. Tangga dan laluan ke atas. |
Jom kita naik Tree Top Walk! Mendaki anak tangga pun dah terasa gayat bila mata memandang bawah. Dalam pada gayat, tetap mampu ambil gambar untuk catatan memori.
4. Sudut pandang dari tangga, sebelum sampai ke atas. |
5. Tree Top Walk |
Platform Curtis Crest Tree Top Walk ini berketinggian 13m, merupakan public view point yang tertinggi di bahagian pulau Pulau Pinang iaitu berada di ketinggian 800m di atas paras laut. Apa perasaan berada di atas ni? Gayat bercampur seronok! Bila dah mula melangkah, lama-lama rasa gayat saya berkurangan. Tambahan pulak mata sibuk menikmati pemandangan yang terbentang.
6. Pemandangan dua buah jambatan Pulau Pinang dan bandar Georgetown. (Sila klik gambar untuk lebih jelas) |
7. Banglo lama. |
Dari sini, kita juga dapat melihat bangunan kediaman tinggalan era British. Menurut info yang saya baca di Internet, terdapat lebih 20 buah banglo lama di Bukit Bendera. Sebahagiannya milik kerajaan negeri dan ada juga milik persendirian.
8. Abadikan memori… |
Berbanding berjalan di jambatan gantung Langur Way, saya rasa lebih gayat dan seram sewaktu berjalan di Tree Top Walk ni. Sebabnya laluan lebih kecil, lantai berlubang boleh nampak bawah dan angin bertiup terasa lebih kuat. Tapi pemandangan lebih menariklah sebab lebih jauh dan luas.
Kami menghabiskan masa di sini sekitar 20 minit. Eksplorasi diteruskan dengan kembali ke laluan denai…
9. Discovery Station - melihat secara dekat sebahagaian flora dan fauna yang telah dikeringkan dan diawetkan. |
10. Antara laluan yang indah dengan taburan bunga merah oren yang gugur dari pokok. |
Kedai & Kafe
11. Bahagian dalam kedai. |
Eksplorasi di The Habitat berakhir sebaik saja kita sampai di penghujung jalan dan tiba di bangunan berdinding kaca. Inilah kedai & kafe The Habitat. Pelbagai cenderamata, pakaian, buku dan lain-lain dijual di sini. Sesuai dengan The Habitat, barangan yang dijual di sini bertemakan alam semulajadi. Menarik semuanya.
12. Bahagian luar kafe. |
Kami kemudiannya duduk ‘mengopi’ di kafe ini, di bahagian luar. Lebih dekat dengan hijau alam. Terasa nikmatnya. Bahagian atas (naik melalui tangga spiral) ditutup kepada pengunjung. Kalau nak ke tandas, turun tangga di sebelah kiri.
Untuk kembali ke dataran Bukit Bendera, kami menaiki buggy yang disediakan secara percuma untuk pengunjung The Habitat. Cuma perlu tunggu di tempat yang disediakan (berhampiran jalan utama), buggy akan datang setiap 15 minit. Kalau rasa nak berjalan kaki pun boleh, jaraknya kira-kira 1.2km.
Tamat sudah catatan di taman hutan The Habitat. Alhamdulillah tercapai jua hasrat saya nak ke sini. Kami menghabiskan masa di The Habitat selama 4 jam (masuk sekitar pukul 9.40 pagi dan keluar menaiki buggy sekitar pukul 1.40 petang). Bagi pencinta hutan/alam semulajadi, The Habitat sangat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Pastikan pakai pakaian termasuk kasut yang bersesuaian ya. Bawa juga air minuman (boleh buat isian semula di stesen water dispenser) dan makanan ringkas (jika bercadang berlama-lama di sini macam kami).
Sampai dataran, kami terus je naik funikular untuk turun dari Bukit Bendera. Nak kena cepat turun sebab tadi naik tak bawa kelengkapan solat (tinggal di kereta), ingatkan sejam dua je di Bukit Bendera. Rupanya dari awal pagi membawa ke petang. Kalau bawa, kita boleh terus solat di Masjid Bukit Bendera.
Rakaman video oleh suami semasa kami menaiki buggy untuk kembali ke dataran Bukit Bendera.
—————————————————————————
THE HABITAT
Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Waktu operasi :
9 pagi - 7 petang
Harga tiket (Standard Entry) :
Dewasa - RM55
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM35
Facebook : thehabitatpenanghill
Laman web : thehabitat.my
*terdapat pilihan pakej lain, sila rujuk laman web.
*nak tiket standard entry pada harga promo? Baca caranya DI SINI.
.
Kalau dari pagi sampai petang memang puaslah teroka banyak ceruk. Berbaloi-baloi, dapat melihat keindahan alam dan dapat bakar kalori!
ReplyDeleteHabis semua rata saya teroka, tu yang lama 😄
Deleteview yang sangat menarik
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat lihat indah alam.
Deleteooh, wak pon penah naik the habitat nih.,. gayat kannn., hehehe
ReplyDelete😅
DeleteHehe kalau zipline dibuka adakah Puan Ujie dan suami akan mencubanya? Walaupun tidak dibuka dapat juga jalan keliling tengok pemandangan di Curtis Crest Tree Top Walk.
ReplyDeleteLaju juga buggy dipandu.
Hehe..soalan NA. Aritu memang suami ajak juga, saya macam takut tapi macam teringin. Kena tengok dulu. Tapi tutup pulak.
DeleteVideo buggy ride tu saya lajukan supaya tak panjang sangat. Tapi ya, memang laju juga buggy tu dibawa.
teringin nak naik bukit bendera he hee masa kecik2 penah naik sini. tu pun arwah mak. yg cerita ha haa
ReplyDeleteHehe...pernah naik, walaupun tak ingat ya.
DeleteSaya ni pun pertama kali naik 😄
Suka tengok jalan berlumut hijau tu... raaa sejuk je...
ReplyDeletetinggi..bestnya jalan2 dipuncak pokok...pernah naik buggy di Bukit Bendera..pusing2 je..
ReplyDeleteRasa macam nak ke sana nanti
ReplyDeletesubhanallah cantiknya kak...
ReplyDeletepuas hati penat jalan mendaki bila tengok pemandangan yang cantik sangat gitu
cantik
ReplyDeletehampir pergi dah tahun 2019 tapi sbb ptg x lepas nak naik
ReplyDeleteTingginya! memang gayat lah lantai berlubang macam tu. Boleh nampak bawah. Entahlah kan, kalau guna nama melayu lama klasik okay jugak.
ReplyDeleteBestnya kak. Masa saya belajar di USM dulu takde lagi tempat ni. Gayat juga tu kalau lantai boleh nampak bawah. So kesimpulannya jalan pandang depan je. Ok nak baca part 1 pulak ye
ReplyDeleteboleh lah simpan impian ke sini
ReplyDelete